Sunday 24 February 2013

Langsir Baru

Dah dapat rumah baru semangat nak menjahit langsir pun membuak-buak. Macam-macam style di Google finally kami bersepakat nak buat design yang simple memandangkan modal dah nipis. Kami dah banyak berhabis untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan rumah tu. So, buat yang simple je. Tanya kawan-kawan tempat yang paling murah untuk beli langsir dan kebayakannya cakap Nagoya apa lagi tak perlu survey lagi kat tempat lain. Padahal dah survey kat Nilai 3. Mahal!!. 
Kami ke Nagoya Melaka Sentral Melaka. Kain untuk buat langsir dekat sana memang sangat banyak dengan pelbagai corak dan range harga. Dengan budget kami yang nipis ni kena pilih yang murah je la walaupon hati ni dah terbekenan dengan yang design yang agak mahal. Nasib baik sedar diri.. Finally kami ambil kain yang bewarna purle dengan harga RM5 semeter. Murah kan.. Day curtain pun kami ambil yang harga RM5 semeter. Sebagai pengubat hati, berfikir secara positif. Kalau kain murah pun dah jahit nanti jadi cantik jugak..Nak bagi langsir nampak mahal sikit kami guna eyelet (Mahal sangat!!) Guna yang murah jugak RM 3 semeter. Instant and mudah. Kira2 kalau yang eyelet sebiji2 tu dah 80sen sebiji. Satu langsir dalam 16 biji. huh!! besar modal nak keluar tu.

Masa mula-mula Google tu konon-konon nak buat macam ni:


Tapi dah kekurangan modal nak beli banyak-banyak kain kene la buat satu warna je. Hasilnya jadi la macam ni:

Tunjuk sikit-sikit dulu nanti baru amek gamba penuh ek. Lagipon ni sangkut kat batang penyapu je time kat kampung haritu. Try test dulu. Hehe..





Friday 22 February 2013

Apabila Kita Membazir

Punca Pembaziran

1. Kita Memberi alasan untuk berbelanja
   Kita sering memberi sebab perlu berbalanja seperti "Aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian di luar kemampuan. Adakalanya kita meyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

2. Kita tidak mahu dilihat kedekut
  Adakalanya kita sibuk memikirakan tanggapan orang lain pada diri kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap 'persetujuan' daripada orang lain.

3. Kita rasakan sukar untuk memahami kewangan
   Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi. " Aku tak pandai dengan angka", "Aku tak akan jadi kaya", atau "Sukarnya memahami pelaburan".
    Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab kita perlu berbelanja, membazir dan pada masa yang sama tidak pula menyimpan dan melabur.

4. Kita suka pada kepuasan sementara
   Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pasti kita kan membeli sesuatu tidak kira sama ada perlu ataupun tidak.
   Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu iti dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

5. Kita tidak mengaku (atau tahu) jumlah sebenar perbelanjaan kita
   Pernahkan kita mengira jumlah sebenar perbelanjaan bulanan dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon, bayaran rumah, ansuran kereta, bejet makan minum sebulan serta mengira wang untuk hiburan dan seumpamanya.
   Tetapi bagaimana pula dengan perbalanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta, cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah atau temu janjo doktor gigi setahun sekali?
   Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan menyebabkan kita berbelanja lebih.

6. Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang
   Yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kedudukan kewangan diri sama ada dengan cara melabur, memulakan perniagaan atau ingin mempelajari skil baru untuk menambah pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai keutamaan.
   Akibatnya, kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita mulakan langkah memperbaiki kewangan.


Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazir wang, kita maju setapak ke hadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudah-mudahan kita akan ingat enam sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

Sumber: Harian Metro

Sewa Paha Untuk Iklan

"1,300 wanita daftar jadi ruang promosi produk"


Ia negara yang terkanal kerana cara unik untuk mengiklankan produk. Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.
Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang yang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai. Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan.
Setakat November lalu, kira-kira 1,300 wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.

Paha mereka ditampal iklan dan mereka menjalani kehidupan seprti biasa, memakai skirt pendek dan mempamerkan anggota itu sebaik mungkin. Selagi iklan itu berada di paha mereka selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan akan dibayar.

Sebagai bukti mereka melakukan tugas berkenaan, peserta perlu memuatnaik gambar mereka 'memakai' iklan itu pada laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka.

Dan bukan setakat syarikat pengeluar produk saja mendapat khidmat mereka. Sebuah kumpulan rock, Green Day juga menggunakan khidmat sama untuk mempromosikan album baru mereka, !Uno!

Menurut jurucakap Absolute Territory, Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih dalam laman sosial dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas.

Sumber:  Harian Metro muka surat 68

Wednesday 20 February 2013

Sambut 3 Orang Baru Tapi Melepaskan 1 Orang Pergi

Eeee..Senonoknye tengok orang dapat baby. Boleh la tumpang gembira. Aku? Bile nak gembira ni?hehe..Sabar..Sabar..Semua tu ujian untuk aku dan en.usben. Dah3..berbalik kepada cite asal. Biasa la kalau ada office mate yang dapat baby mesti la buat collection nak beli hadiah. Disebabkan sekali serentak 3 orang (bukan tarikh yang sama tapi dekat-dekat) lagi la excited nak bagi hadiah. Habes semua budak2 department aku collect duit (Bape kerat je budak dept. aku yang ade). Department lain pon ade gak. Dah hujung bulan kan..susah sikit la nak kumpul banyak2. Tapi ade la sikit..
Yang pergi beli hadiah ni aku, Qila and Nadia. Bajet yang ada dibahagi 3 pastu hadiah mesti sama. Fair & Square. Last2 ini jer yang menepati bajet yang ada.

Ni ada bag untuk mak & ayah hantar baby ke nursery. Blakang bag tu ada pinggan,bekas air,sudu & garfu
(office budak2 engineering memang bersepah. Jangan ambil hati la ek)
 
Yang tak best ada officemate yang pergi (Benti keje). sedih je bile tahu ada offica mate nak berhenti. Aku ni xde ke orang nk offer keje? (macam mana nak offer kalau xmintak.adoyai..)
Ni je gamba yang ade kat dalam camera aku nih..Keep in touch ye cik Mai..
 
 

Tuesday 19 February 2013

Kenapa Dia Kejam??


Semalam lepas balik je dari Jerantut sebab hantar adik ambil voucer BR1M dengar cerita yang sangat tak best. Time duduk2 teman ma masak kat dapur abah datang. Terus abah cakap. "Dah tengok berita harini? Kesian sungguh la ke budak tu. Orang gaji die buat macam roti canai ke budak tu. Mujur la mak die tengok cctv kat enset die. Kalau x..tak tahu la ape nak jadi dengan budak tu."
Tetibe teringat patut la dalam perjalanan balik pahang hari sabtu haritu dengar berita kat radio tetang kes dera ni tapi tak tahu la teruk macam mana.
Abah dengan excited nak bercerita terus ambil towel good morning tu tunjukkan macam mana amah tu buat kat budak tu. Abah cakap kalau tengok video seram sangat. Abah cakap kalau abah la bapak budak tu memang kene pukul dulu orang tu baru la abah bagi dekat polis. Biar die rasa sakit macam mana.
Malam tu mula la aktiviti family tunggu depan TV coz nak tengok berita penuh. Hmm.. memang seram pon kalau tengok video tu. Rasa sangat geram dengan amah tu. Kenapa la dia sanggup dera baby yang comel tu? Dia sakit mental kah? Pressure ke? tapi rasanya tu hari first keje kan. Kesian baby tu kan.. Hopefully baby tu sihat and tak ada kesan-kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

Friday 8 February 2013

Bekalan Vitamin C

Kalau Chinese New Year macam ni la jadi keadaan office. Bekalan limau mandarin berkotak kotak banyaknye. maklum la vendor/supllier majority chinese. Nak dapat angpaw memang tak lah tapi ini lah hasilnye.

Pagi

Tengahari

Petang

Aku pon xmelepaskan peluang makan limau.. Petang balik rumah perut pon dah lain macam jer rasenye.

Ini antara yang dapat di"snap". Yang tak ter"snap" memang berlambak. Hinggakan sape jer yang lalu kat area office kitorang ni kitorang offer. Kalau banyak sangat kat office ni nanti bos marah plak. So, kene lah agihkan atau sorok dengan segera. Tinggal sikit-sikit jer kat luar. Huhu..
Rasenye sesape yang suntik Vitamin C bulan ni dah payah pergi suntik kot. Vitamin C dah banyak masuk dalam perut.

Saturday 2 February 2013

Steamboat/Sate Celop Buffet Murah

Malam tadi naz post gamba ni kat FB. Ramai plak tanye kat mana? Berapa? Halal ke?
Ni dia jawapan die. Naz dapat tahu kedai ni pon lepas tengok kat megazine yang diorang campak2 kat depan rumah tu. Xingat sangat ape name magazine tu. MAG kot..
Tengok je rase nak try la plak. Lagipon harga dia murah. Korang tengok la kat bawah nih


Kedai ni dekat Taman merdeka permai, Batu Berendam. Milik orang melayu Islam. So korang xperlu risau. Isyaallah halal. kalau korang pergi makan pastu xbayar haram lah jadinye.Hehehe
Pilihan kuah ada sup ayam dan tomyam. Ada pilihan mi, kuey teaw, megi, macam2 jenis mi la. Sayur pon boleh ahan banyak. Yang cucuk2 tu memang sangat banyak. Tepuk dada tanya selera. Air time  pergi tu ada air sirap. Korang boleh buat sirap bandung @ sirap limau. Semua self servis. Air termasuk dalam package. Xperlu risau. All in one.
Memang berbaloi2..Makan sampai boncit. Tapi perlu diingat!!!
Setiap ketul yang korang xhabis makan tu akan di charge RM1 seketol. So, ambil la sekadar yang mampu untuk dimakan. Xcukup boleh tambah lagi. Diorang sentiasa top-up xperlu risau kalau habis. Membazir tu kan amalan Syaitan..
Balik je dari kedai tu terus search fb Mira PGF tu.. Rupanya nanti dia nak buat cam grill tu. Tapi belum decide harga. Nanti nak pergi lagi la.