Monday 16 September 2013

Cederahati @ Doorgift Perkahwinan/Majlis Keraian

Dah mendekati bulan-bulan terakhir tahun 2013 ni. Biasa la, cuti sekolah pun hampir tiba. Jadi, kenduri kendara seperti Majlis Perkahwinan, Cukur jambul, Pertunangan, dan sebagainya mula mengambil tempat. Budak-budak sekolah mana yang periksa, hanya tunggu habis periksa. Lepastu MERDEKA!!!
Tapi yang bakal mengadakan majlis selagi belum habis majlis belum merdeka lagi.

Sekarang, kepada sesiapa yang bakal mengadakan majlis. Ini masa paling berserabut nak memikirkan apa yang perlu dibeli untuk doorgift kepada para tetamu yang hadir. Jom cuci mata apa yang u oll leh bagi. Sekarang aku ade menjual barang-barang dari Syarikat Menang Glassware. Ini antara barangan yang boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.







Bermula dengan harga RM1.96 hingga RM9.90 pastinya harga yang mampu dibeli. Setiap pembelian 10@5 pcs free 1(depend on offer).
Nak jimat korang boleh memborong barang yang murah untuk tetamu biasa dan membeli yang mahal sedikit hanya untuk tetamu VVIP. Kesemua barangan didatangkan dalam kotak yang cantik. Tak perlu memikirkan @ membazir kos untuk membeli kotak @ beg. Kalau nak isi gula-gula atau apa2 makanan terus masukkan je dalam bekas tu.. Bukan kah jimat tu?

Sebarang pertanyaan sila pm/whatsApp : 012-9393147
Pembelian borong, ada diskaun menanti anda. Fikir-fikirkan

Monday 9 September 2013

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah, dah 5 bulan lebih aku berpindah rumah. Semalam, selamatlah Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah kami ni. Kawan-kawan asik bertanya "Bila nak wat Housewarming?", "Open House Hari Raya bila?" dan banyak lagi la. So kitorang decide nak buat kenduri je terus. Alang-alang dah nak buat tu. Biar sekali buat dengan puas hati. Xpayanh nak ikut sangat orang barat housewarming pasal. Kite yang orang Islam ni kene la ikut cara Islam. So, cara yang paling baik wat kenduri kesyukuran. Semalam majlis bermula lepas solat zuhur, buat sikit bacaan doa. Ambil berkat la kan.. Majlis berjalan lancar hingga ke malam. Buat sampai malam sebab xsampai hati pulak kawan-kawan cakap xdapat datang siang. So, buat sampai malam.

Menu untuk kenduri semalam simple-simple je. Takde la meriah sangat. Masakan kampung. Xde la nasik beriani. Just bajet ikut kemampuan kami. Ni dia menunya:

Nasi putih
Ikan cencaru asam pedas
Daging singgang : Masakan pantai Timur
Ayam goreng
Ikan patin tempoyak
Kubis goreng
Ulam-ulam
Sambal belacan
Buah-buahan : Jambu, Lai, Apple, Rambutan
Bubur Jagung
Bihun sup/soto
Nasi impit
Kuah kacang
Dendeng daging
Rendang daging
Sambal ikan (kelapa yang digoreng dengan ikan + gravy2 lain) masakan pantai timur

Bila list kat sini baru sedar banyak gak menu hari tu. Tak rancang pun. Tapi dah rezeki orang nak sponsor & buatkan kite terima je dengan tangan yang terbuka.FYI tukang masak semalam adalah 2 orang heroin iaitu  ma & mak (mak & mak mertua). Terima kasih banyak2 coz sanggup datang dari jauh untuk masak untuk majlis kami.
Bila tengok ramai kawan-kawan datang makan rase seronok sangat. Rase nak buat lagi jer. Bukan ape, bila orang makan kita rase puas hati. Tengok la next year. Kalau ada rezeki Insyaallah kitorang buat lagi.. Doakan yang terbaik untuk kami agar rezeki melimpah ruah untuk tahun2 mendatang. Boleh buat meriah2. Hehehe..