Monday 3 December 2012

Alat Permainan Merbahayakan Kanak-Kanak


    Alat permainan sering menjadi perhatian kanak-kanak kerana ia boleh menghiburkan mereka. Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan pendidikan dan membantu dalam meningkatkan imaginasi kanak-kanak.
   Namun begitu, alat permainan juga boleh mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. Ini kerana terapat alat permainan yang mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak yang menggunakannya. Di antara bahan berbahaya tersebut ialah plumbum.
    Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah melaporkan sekurang-kurangnya 16 orang kanak-kanak di bawah usia 9 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan bekaitan dengan alat permainan.
    Dalam tempoh 1990 hingga 2004, seramai 210,300 orangtelah mendapat rawatan kecemasan kerana kecederaan akibat alat permainan.

    Menurut sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, dianggarkan bahawa antara 15-18 juta kanak-kanak di negara-negara membangun mengalami kesosakan otak yang berkekalan akibat daripada keracunan plumbum. Pada masa ini masih belum terdapat kajian oleh pihak berkuasa terhadap kandungan plumbum dalam alat permainan kanak-kanak yang dijual di pasaran tempatan.
    Oleh sebab itu, Persatuan Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telahmengambil inisiatif melakukan kajian terhadap 24 alat permainan yang dibeli di pelbagai kedai, termasuk kedai permainan dan pasaraya besar. Kajian tersebut dibuat dengan menggunakan kit kajian berjenama "Leadcheck" yang dibeli dari Amerika Syarikat. Hasil kajian tersebut mendapati bahawadaripada 24 alat permainan yang dikaji, 23 alat permainan tersebut mempunyai kandungan plumbum yang tinggi. Kandungan plumbum yang dikesan adalah di antara 0.7 hingga 0.9 peratus.
    Kandungan plumbum yang dibenarkan adalah tidak boleh melebihi 90ppm atau 0.009 peratus. Walau bagaimanapun, standard-standard ini adalah bersifat sukarela dari segi perlaksanaannya.

Apa itu plumbum?
    Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakn berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat, yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.


Sumber-sumber Plumbum
  • Tanah tanih yang tercemar dan serpihan-serpihan cat.
  • Debu-debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan.
  • Air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum.
  • Menyimpan makanan atau buah-buahan, terutama yang berasid dalam bekas berplumbum.
  • Sesetengah barangan kosmetik.
  • Ubat-ubatan yang tercemar (kebanyakkannya terdiri dari keluaran tradisional).
  • Relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar semula plumbum.
  • Pembakaran surat khabar, bekas bateri, kayu serta serabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumpum.
  • Pensil warna dan warna air apabila dimakan.

Kaedah Plumbum masuk ke dalam badan
  • Melalui sentuhan dimulut atau digigit.
  • Di sentuh dengan tangan dan kemudian digunakan untuk mengambil makanan dan dimasukkan dalam mulut tanpa tangan itu dibasuh terlebih dahulu.
  • Mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan plumbum.

Bahaya Plumbum kepada kanak-kanak
  • Membantutkan perkembangan tulang dan otot.
  • Anemia (kekurangan darah) sehingga koma (tidak sedarkan diri).
  • merencatkan pertumbuhan fizikal dan pembangunan mental.
  • Kerosakan sistem saraf di otak.
  • Pengurangan tahap kecerdasan (IQ) kanak-kanak.
  • Kesukaran belajar, kurang beri tumpuan dan tingkah laku luar biasa.

Cara mengenal pasti kandungan plumbum
  • Pastikan alat permainan yang dibeli terdapat label yang menyatakan "lead free" atau "zero lead" yang diiktiraf.
  • Permukaan alat permainan yang mengandungi plumbum yang tinggi kebanyakkan berwarna kelabu, merah terang atau kuning.

Sekiranya alat permainan mengandungi Plumbum
  • Jika ibu bapa mendapati anak mereka berusia 6 tahun kebawah telah menggigit, megunyah atau menghisap alat permainan tersebut, dapatkan ujian darah dengan nasihat doktor.
  • Jika terdapat pengumuman penarikan balik alat permainan yang telah dibeli, simpan alat permainan tersebut jauh daripada kanak-kanak. Jangan di buang atau dibakar.

Sumber: Harian Metro

Saturday 1 December 2012

Saya ahli tupperware


Hahaha..saya dah jadi ahli Tupperware.. Walaupon xde pon nak beli sangat tapi rase cam seronok la plak jadi ahli. Kalau nak beli tiap2 bulan mmg xde la. Nak letak kat mana semua barang tu. Rumah pon still menyewa lagi. Kalau dah dapat rumah mendiri boleh la beli banyak2..Hehe
So, Kepada sesiapa yang nak beli barangan Tupperware boleh contact saya Nazliah : 012-9393147 atau email : nazliahabdul@yahoo.com atau melalui facebook saya : fb/nazliahabdul
Kepada sesiapa yang rajin nak pergi sendiri stokis boleh guna Consultant ID saya : 597850