Monday 3 December 2012

Alat Permainan Merbahayakan Kanak-Kanak


    Alat permainan sering menjadi perhatian kanak-kanak kerana ia boleh menghiburkan mereka. Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan pendidikan dan membantu dalam meningkatkan imaginasi kanak-kanak.
   Namun begitu, alat permainan juga boleh mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. Ini kerana terapat alat permainan yang mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak yang menggunakannya. Di antara bahan berbahaya tersebut ialah plumbum.
    Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah melaporkan sekurang-kurangnya 16 orang kanak-kanak di bawah usia 9 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan bekaitan dengan alat permainan.
    Dalam tempoh 1990 hingga 2004, seramai 210,300 orangtelah mendapat rawatan kecemasan kerana kecederaan akibat alat permainan.

    Menurut sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, dianggarkan bahawa antara 15-18 juta kanak-kanak di negara-negara membangun mengalami kesosakan otak yang berkekalan akibat daripada keracunan plumbum. Pada masa ini masih belum terdapat kajian oleh pihak berkuasa terhadap kandungan plumbum dalam alat permainan kanak-kanak yang dijual di pasaran tempatan.
    Oleh sebab itu, Persatuan Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telahmengambil inisiatif melakukan kajian terhadap 24 alat permainan yang dibeli di pelbagai kedai, termasuk kedai permainan dan pasaraya besar. Kajian tersebut dibuat dengan menggunakan kit kajian berjenama "Leadcheck" yang dibeli dari Amerika Syarikat. Hasil kajian tersebut mendapati bahawadaripada 24 alat permainan yang dikaji, 23 alat permainan tersebut mempunyai kandungan plumbum yang tinggi. Kandungan plumbum yang dikesan adalah di antara 0.7 hingga 0.9 peratus.
    Kandungan plumbum yang dibenarkan adalah tidak boleh melebihi 90ppm atau 0.009 peratus. Walau bagaimanapun, standard-standard ini adalah bersifat sukarela dari segi perlaksanaannya.

Apa itu plumbum?
    Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakn berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat, yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.


Sumber-sumber Plumbum
  • Tanah tanih yang tercemar dan serpihan-serpihan cat.
  • Debu-debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan.
  • Air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum.
  • Menyimpan makanan atau buah-buahan, terutama yang berasid dalam bekas berplumbum.
  • Sesetengah barangan kosmetik.
  • Ubat-ubatan yang tercemar (kebanyakkannya terdiri dari keluaran tradisional).
  • Relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar semula plumbum.
  • Pembakaran surat khabar, bekas bateri, kayu serta serabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumpum.
  • Pensil warna dan warna air apabila dimakan.

Kaedah Plumbum masuk ke dalam badan
  • Melalui sentuhan dimulut atau digigit.
  • Di sentuh dengan tangan dan kemudian digunakan untuk mengambil makanan dan dimasukkan dalam mulut tanpa tangan itu dibasuh terlebih dahulu.
  • Mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan plumbum.

Bahaya Plumbum kepada kanak-kanak
  • Membantutkan perkembangan tulang dan otot.
  • Anemia (kekurangan darah) sehingga koma (tidak sedarkan diri).
  • merencatkan pertumbuhan fizikal dan pembangunan mental.
  • Kerosakan sistem saraf di otak.
  • Pengurangan tahap kecerdasan (IQ) kanak-kanak.
  • Kesukaran belajar, kurang beri tumpuan dan tingkah laku luar biasa.

Cara mengenal pasti kandungan plumbum
  • Pastikan alat permainan yang dibeli terdapat label yang menyatakan "lead free" atau "zero lead" yang diiktiraf.
  • Permukaan alat permainan yang mengandungi plumbum yang tinggi kebanyakkan berwarna kelabu, merah terang atau kuning.

Sekiranya alat permainan mengandungi Plumbum
  • Jika ibu bapa mendapati anak mereka berusia 6 tahun kebawah telah menggigit, megunyah atau menghisap alat permainan tersebut, dapatkan ujian darah dengan nasihat doktor.
  • Jika terdapat pengumuman penarikan balik alat permainan yang telah dibeli, simpan alat permainan tersebut jauh daripada kanak-kanak. Jangan di buang atau dibakar.

Sumber: Harian Metro

Saturday 1 December 2012

Saya ahli tupperware


Hahaha..saya dah jadi ahli Tupperware.. Walaupon xde pon nak beli sangat tapi rase cam seronok la plak jadi ahli. Kalau nak beli tiap2 bulan mmg xde la. Nak letak kat mana semua barang tu. Rumah pon still menyewa lagi. Kalau dah dapat rumah mendiri boleh la beli banyak2..Hehe
So, Kepada sesiapa yang nak beli barangan Tupperware boleh contact saya Nazliah : 012-9393147 atau email : nazliahabdul@yahoo.com atau melalui facebook saya : fb/nazliahabdul
Kepada sesiapa yang rajin nak pergi sendiri stokis boleh guna Consultant ID saya : 597850 



Wednesday 28 November 2012

Banyaknye duit...

Hohoho...Hmm banyaknye duit...


Total ni sume RM13k..Huhu bestnye kalau dapat wat shopping. Macam2 boleh beli. Ni hasil dari duit KWSP. Tapi boleh pegang n tengok jer. Esok nak bayar kat pemaju. Die suruh wat bank draf tapi macam malas je nak gi bank. So, kuarkan je kat ATM. Esok pepagi kitorang gi bayar la. Takot nak pegang lama-lama. Kalau hilang dah jadi kes naya..Putih mata la jwbnye (0_o)
Yang kelakar husben siap cakap camni. Duit ni boleh wat kawin lagi satu nih!! Adoii!!! Kan dah kene cubit.. Geram je rasenye.
Pegang duit banyak2 camni jadi cam bersemangat plak nak keje coz nak pegang duit banyak camni lagi. Walaupon duit tu dah lusuh tapi nilai die tetap x lusuhkan. Pastu terfikir plak. Baru pegang 13k ni rase heaven giler coz duit tu xnampak duit KWSP la katekan. Tapi camne la abah aku rase time wat downpayment kete die aritu. Die kuarkan 25k untuk bayar downpayment kete die tu. Mesti macam berat je nak lepaskan..Hmmm..kene berusaha kumpul duit ni. Bleh lawan abah walaupon rasenye xterlawan ngan income abah dengan gaji naz bulan2.huhu..xpe2 usaha tangga kejayaan.

Wednesday 14 November 2012

Second step..


Alhamdulillah..S&P agreement dah siap sign and dah dapat pagi tadi. Masa sign agreement mmg sangat memenatkan coz kene sign di setiap muka surat yang bercetak. Rase kebas pon ada. So, nanti sesapa yang nak sign S&P ni guna la sign yang paling simple untuk sign di setiap muka surat tu. Kalau korang rase korang larat xkesah la nak sign panjang mana pon. Agreement ngan bank pon dah berapa jenis surat. Tebal2 pulak tu. Sabar je la..Ni dia S&P yang kitorang dapat. Hari jumaat ni dah apply cuti nak pergi KWSP kuarkan duit dari account 2. Hopefully lulus dengan cepat.


Wednesday 10 October 2012

Our First Step

Rumah dah cari dan berkenan. So, pergi kat office developer isi borang untuk tempah.. Yang bestnye developer ni kalau tempah xpayah bagi duit lagi. Just isi borang..Lepas isi borang diorang bagi masa dalam 2 minggu untuk survey and apply loan..Kalau loan lambat appove ke ape kene bagitahu die awal2.

Kitorang xsurvey pon bank mane yang paling sikit interest. Just tanye2 kawan2 je. Mane x, 2 minngu tu kejap jer.macam xsempat je nak survey and pastikan loan lulus..So, kitorang dengan yakin pergi ke BSN Jalan Munshi Melaka.. Xde contact sape2 pon just pergi je. Nasib la sape Mortage Sale Executive yang bertuah dapat kitorang nanti.. Akhirnya dapat la berhubung dengan Cik Zubaidah. OK la. Dia buat keja dengan cepat. Dalam masa 2 minggu loan kitorang dah lulus..Huh!! lega


Just nak bagitahu ape keistimewaan buat home loan dengan BSN. First, interest memang rendah berbanding bank lain. Kitorang dapat -2.0%.. Rasanya Public bank pon sama. Maybank -1.6%.. Satu lagi, lawyer fee adalah free. So korang dah jimat. Kalau xfree dalam 2K gak tu. Seronok rasenye. dah boleh save untuk buat benda lain..huhu

Lepas dah sign surat tawaran terus call developer bagitahu loan dah lulus. Die mintak copy surat tawaran tu and bayar down payment Rm 500. Die cakap diorang boleh tunggu balance down payment sampai kuar KWSP.. huhu xpayah nak pening2 nak cari duit yang banyak tu.

Balan yang masih tertunggak
10% dari harga rumah (Rm 143,000) = Rm 14,300
Dah bayar Rm 500. Yang kene cari lagi Rm 13,800

Saturday 15 September 2012

Misi Mencari Rumah

Misi mencari rumah bermula..Kitorang ni bukan banyak duit sangat pon. Tapi cukup la untuk hidup. Setelah lama memikirkan tentang hal rumah ni. So kitorang mengambil keputusan untuk beli rumah.. Kalau menyewa je sampai bile pon xdapat harta..
Bermula la misi explore race kitorang..Habis area melaka kat mane je ade project rumah baru kitorang survey..Cari mana yang paling best dari segi design,location dan yang paling penting mesti la $$$$ cantik..

1. Taman Nuri Durian Tunggal; Teres 2 tingkat 22X70


Rumah under construction..Tengok harga dari 188K(Bumi) xsilap la..Memang cantik kawasan die coz diorang nak buat eco living area..nanti kat situ ade tasik, kawasan riadah macam2 la.. Rumah die pon ceiling tinggi untuk menyejukkan udara dalam rumah..Udara memang la sejuk.Poket kitorang plak yang panas nanti.huhu

2. Taman Rembia Perkasa; teres setingkat 22X65


Rumah die cam gambar kat atas ni la..kawasan die dah banyak orang duduk ade sikit2 je yang masih kosong. Kawan ade beli kat sini awal tahun aritu. Harga die xsilap 142K (bumi). Lebih kurang la..Rumah memang cantik, kawasan atas bukit strategik sangat la tu. Tapi yang jadi xbrape best coz dapur terus longkang. Tak ada ruang @ tanah kat belakang.Kitorang nio dua2 anak Felda. So macam rimas gak la kalau blakang rumah xde tanah. Lagi satu area die dekat Alor Gajah. Cam jauh je nak pergi kerja..Traffic light pon banyak. Susah la untuk insan yang payah nak bangun pagi ni.huhu.. So reject!

3. Taman Bukit Rambai Permai, Teres setingkat 24X70


Rumah ni under construction gak. Rumah luas dah cantik. Harga pon OK. 147K (bumi)

4.Taman Merdeka; Teres setingkat 22X80



Rumah ni dah siap CF. Beli dan duduk jer. Grill pon dah siap pasang (huhu jimat tuh). Belakang rumah ade tanah dalm 10 kaki. Harga 143K.. Bila tanye kawan-kawan ramai gak yang membangkang coz tu area banjir. Tapi last banjir tahun 2006/2007. Tu pon sebab diorang bukak dam..Pikir punye pikir akhirnye kitorang pilih rumah ni gak. Lagi pon dekat dengan rumah yang kitorang sewa sekarang. Kawasan di tengah2 antara tempat kerja naz n en.husband. Kitorang xpenah pon tengok camne interior umah ni..tengok dari luar je pastu terus tempah.huhu..sabar je la.nanti la bebila kalau ade kesempatan bleh la upload gambar rumah tu dari dalam

Sunday 2 September 2012

Barut Baby

Minggu ni dah 37th kak wani mengandung..Die dah suruh buat barut ni dah lame.rasenye dah hampir 2 bulan. Tapi xgerak2 gak..Mule2 alasan sebab xbeli kain lagi tapi lps tu dah tau nak bagi alasan ape dah.Tau jer la kalau dah balik kerja kompom penat.Mood nak menjahit mule xde..yang ingat nak tido je. Sebab mengenangkan die mmg dah tunggu hari untuk bersalin je tu baiklah aku buat barut tu. kang kempunan nak pakaikan bakal baby dia barut bercorak.

Dah siap barutnye..comel x?Ni antara sebahagian corak yang dah buat..Ade corak lain tapi dah bagi last week coz nak tenangkan kak wani.haha..Siap amek gamba mesin jahit..
 Xtahu nak bagi ape kat kak wani . So, aku buatkan diapers case untuk die. Guna je la kain2 yang ada kat dalam rumah ni. Nak keluar g kedai kain dah malas.Just plain camtu je la coz malas nak mengubang dalam kotak2 cari riben2 / butang cantik..Jadi la.Janji ade rupe beg.
Ni diapers case yang digantung.Camni la rupenye..Kecil je.Kalau kanak2 bawak letak botol air pon ok gak..

Tuesday 7 August 2012

Melaka to Pahang

Dah tengah puasa baru ada kesempatan nak balik kampung..Maklum la kerja makan gaji..Pagi2 lagi dah bersiap nak balik kampung. Plan awal nak balik awal tapi en.husben kerja malam n balik pukul 8.30 pagi..xpe la janji dapat balik..Excited sangat la nak balik kampung. Lepas je simpang kemayan tetiba traffic jadi slow.rupa2nya ade Xcident kat depan..Tanya2 orang kat tepi2 jalan dapat tahu yang lori balak n lori sawit terbalik kat tengah2 jalan. So, jalan dah kene block dengan balak n sawit.Semua vehicle xboleh melepasi halangan tersebut. Alamak...



Kesian En.husben dah la baru balik keje, pastu kene drive dari melaka ke pahang time pose plak tu..Nak drive die xbagi. So,duk sebelah just sembang2 la supaya xmengantuk. Lepas sekian lame menunggu kat tengah jalan n bawah panas terik,kitorang amek keputusan benti kat bawah pokok sambil tunggu mereka2 yang berkenaan buat kerja masing2 untuk mengalihkan lori2 yang terbalik tu..
Ni dia punya la panjang kenderaan beratur..Adoyai..Kesudahannye, pukul 1.30 baru la kerja2 siap n kitorang boleh lalu.Hampir 2 jam gak la menunggu. Sabar..sabar.. ni dugaan bulan puasa.
Sampai kat rumah dah penat. Ape lagi cari port nak tido la.huhu..
Balik kali ni agak seronok coz ada anak saudara Aleeya.Rumah kompom jadi bising biase la budak2..Adik ipar duk kampung bulan pose ni coz nak berniaga kuih kat bazar ramadhan.Elok la tu..ma pon jual kuih gak.Ade la semangat die nak buat kuih coz ade teman.
Aleeya mmg sangat suke bergambar. tengok tu kalau ade camera cepat je jari dia tunjuk peace..comel jer..

Sunday 29 July 2012

Buffet Ramadhan

Alhamdulillah..Semalam officemate yang baik hati belanja berbuka puasa di Philea Resort & Spa kat Ayer Keroh. Package agak mahal la RM72++ untuk dewasa. Kalau xpercaya tengok sendiri flyer ni


Time melangkah masuk sangat2 lah teruja sebab sangat cantik tempat itu. Lobby xpayah citer la.Berkilat sini sana. Jubin sangat klasik tapi moden. Kalau lah banyak duit, dah pasang kat umah jubin macam tu.haha..

Cite semula pasal makan. Masakan ala kampung tapi sangat banyak sampai xtau nak makan ape. Antara menu yang ada time aku pergi tu Ayam golek, Lamb & mushroom sauce, ketam masak merah, Ikan patin masak tempoyak, Kuzi kambing, entah la sangat banyak sampai xdapat nak ingat..
Gerai kat tepi2 pon bayak ada kambing bakar, laksa, bihun sup, tempayaki dll tapi yang paling menarik coz ade coklat terjun.haha macam budak-budak pulak.

Air pulak dah tentu resort ni kat melaka. Ape lagi tarikan utama adalah air long chan..Majority amek air ni coz kat tempat lain susah nak jumpe melainkan dekat melaka. Air Long Chan ni same je macan air berkabonat F&N dulu2 tu. Tak silap dulu sebotol 80 sen je. Kalau beli mesti makcik2 kedai bungkuskan dalam plastik. Teringat plak zaman kecik2. Kalau tolong abah jual sayur kat kebun mesti abah upah air ni. Adik2 siap panggil air sakit hidung coz kalau minum n sendawa gas naik sampai hidung.huhu
Tempat makan plak. Amat mendamaikan tempat makan dikelilingi oleh kolam buatan yang penuh dengan ikan kap. kalau budak2 mesti suka tengok ikan2 tu. Xde la mengamuk nanti. Mak ayah boleh melantak makan dengan senang hati. Maklum lah bayar mahal tu.

Rasa macam nak pergi lagi je kat situ tapi mahal..mana mampu. Jawabnye tahun depan plak la. Janji dapat merasa sudah la. Korang bleh klik kat SINI. Survey ape yang patut kat resort tu. Mana yang banyak duit tu boleh la terus book bilik kat situ. Lepas berbuka terus lepak dalam bilik. Xsilap start harga sbiji bilik dalam RM8++ tapi kalau korang nak murah book melalui agoda. Kat situ dapat murah sikit.

Wednesday 25 July 2012

Aduhai Ramadhan..

Salam ramadhan..Masuk hari dah 5 hari kita berpuasa.Rasa macam sekejap je..Tapi yang sekejap tu la berlaku sesuatu yang membuatkan aku hangen+nak gelak. Ni aku nak citer. Layan je la ek.
Sahur (24/7/12):
Xtahu ape yang aku pikir malam tu tido tanpa kunci jam. Ape lagi pagi en.suami kejutkan pastu die cakap "dah 5.25 bangun!" "Ya Allah!" Aku terus bangun macam pelesit la terus masuk dapur panaskan ape yang patut. Tapi bukan panaskan sangat pon. Nyalakan api kejap je pastu tutup.Buat syarat jer. Dengan segera aku hidang. "Makan cepat2 mase nak habis dah ni." Tu jer la aku mampu cakap. En. suami balas. "Minum air kosong je la kite pagi ni.."Senyum jer la nak buat macam mane dah darurat dah.Haha..

Berbuka (24/7/12)
Masa bekerja kat kompeni naz pada bulan ramadhan ni 8am~5.45pm (lame giler kan). Balik kerja je dengan segera ke pasar malam yang berdekat dengan rumah sebab nak beli sayur untuk dimasak. Tau jer la kalau pergi pasar orang ramai walaupon jalan dengan lajunye tapi ade jer "roadblock" kat tengah2 pasar malam tu. Maklum la bulan puasa ramai la membeli untuk berbuka. Lepas tu aku terpaksa berpatah Balik ke Caltex coz nak kuarkan duit..Lepas tu pulak ke kedai runcit nak beli kelapa parut nak masak. Sebenarnya suami xkesah nak masak ape tapi dah dari awal dah plan nak masak gulai lemak ikan.So, kena la buat gak. Sampai jer Rumah dah pukul 6.40 pm..Mak ai..Terus la bersilat makcik. Rase macam nak ketar je buat kerja. Akhirnya selesai memasak pukul 7.15pm. Naz buat Gulai lemak ikan + timun, sawi goreng & sambal belacan + tomato. Hmm..hebat x? Macam master chef plak rasenye..
perjalanan before balik rumah
kilang-pasar malam-caltex-kedai runcit-rumah

Dah siap berbuka, tanak ape yang terjadi tadi berulang lagi, naz pergi la membeli barang dapur sorang coz en.suami kerja malam.Lega rasenye..

Sahur (25/7/12)
Pagi ni entah sebab ape en.suami sediakan sahur..Naz tersedar coz rase macam bau orang masak. Maklum lah rumah sewa ni kecik jer..Bila celik je mata nampak en.suami degan tersenyum bancuh air milo. So suweet..haha.Seronoknye kalau hari2 macam ni xapayah susah2 nak bangun. Tapi xde maknenye..kau tu isteri wahai nazliah..Sesekali boleh la..

Ni la citer stakat ramadhan yang ke-5 ni. Xtahu la ape yang bakal terjadi lagi ramadhan ini.

Wednesday 18 July 2012

Pearl Night

Dua hari yang lepas buat kali kedua naz menghadiri majlis makan malam Kotra Pharma..Maklum la dinner ni diorang buat 2 tahun skali. Tahun ni Kotra Pharma menyambut ulang tahun ke-30 tahun sejak ditubuhkan.Disebabkan itu, tahun ni tema majlis adalah Pearl..Mula-mula dapat tahu tema majlis adalah pearl rase cam pening je. nak pakai baju camne? dalam kepala pikir pakai rantai atau gelang pearl je la.. Lagi seminggu nak pergi dinner baru la semua sibuk cari baju. Cara yang termudah beli online je la. Lepas pilih punya pilih, aku berkenan la ngan sepasang maxi dress ni..kaler die camne ek..Kalau adik ipar aku cakap kaler tu kaler pink belacan.Ala..kaler pink kusam tu..Pastu tanye pendapat kawan2 lain pon, diorang cakap cantik. So, dengan segera la book. Pastu ade gak kawan yang mintak tolong belikan sekali. Maklum la kalau beli ramai2 nanti kos penghantaran lebih murah. Tambahan pulak butik tu offer kalau beli over RM200 postage free.. So, total harga baju yang naz beli tu RM243. Dapatlah free postage. Selang 2 hari lepas booking n bayar dapat la baju yang dicita-citakan..Dengan rase excited kat reception tu gak naz bukak bungkusan tu..

Huh! Time tu rase gelabah,marah, macam2 lagi la. Mane xnye kaler yang sampai sangat- berbeza dengan ape yang terpapar dalam catalog. Kalau lari sikit2 tu xpe la. Ini terus out. Yang sampai kaler coklat ala2 silver.xreti la nak cakap..Nak pulangkan mase dah suntuk sangat. Dalam mase yang singkat hanya tinggal 2 hari je. Kepale mula la pikir macam2. Camne nak buat baju ni jadi cantik ek??kusut kepala aku nih!!
Last2 malam tu ajak husband pergi nagoya cari border lace konon nak tampal2 kat baju. Tapi yang sengalnye, xbawak plak dress tu. Agak2 jer kaler baju tu. Kesudahan nye aku beli lace hijau. Totally different dengan baju tu. Bukan sikit2. Tapi TOTALLY..Harrrr!!!! Bengangnye..

Husband diam je. Naz pon xbrani nak bising2. Kang kene marah lagi.. Terus pergi kat laptop google dress design..last2 baru teringat kepada tudung intan (my childhood friend) mase bertandang..Ape lagi selongkar shawl lame2 jahit ala2 shawl intan tu pastu xnak bagi kontra sangat ngan baju aku letak sikit patch lace kat tangan habis cerita..Jadi inilah hasil kerja aku..Korang layan je la ek.

Ni la hasil usaha last minutes aku..Boleh la..
Kak Fida, Qila Dan ....
Ikhwan yang sangat bertuah. RM2500 tu..Rezeki bakal anak + raye

Ops!! lupe plak just nak bagitau naz, nadia n K.fisda pon bertuah gak. Dapat voucher aeon RM190. Boleh la wat beli kasut raye


Sunday 15 July 2012

1 tahun 3 bulan??

Semalam sebenarnya my old friend text me. Just tanya kat mana sekarang.Bila nak balik kampung. So, naz bagitahu dia yang last week dah balik maybe lambat lagi nak balik kampung. So, dia stat la cerita dia sekarang kat kampung n baru lepas kemas rumah. Tetiba die terjumpa hadiah yang sepatutnya die bagi kepada naz time majlis perkahwinan last year. Hmm..Tahun lepas time majllis memang naz ada jemput dia datang ke majlis perkahwinan naz. Tapi dia tak dapat datang disebabkan ke Guangzhou atas urusan kerja. Xpe la xjadi masalah tapi agak pelik kan..kenapa hingga sekarang dia simpan lagi hadiah tu?? Maybe sangat istimewa kot. Dia bagitahu naz supaya bagitahu dia kalau balik kampung. Tapi malu la rasenye..Rase macam saya ni tertunggu2 sangat hadiah tu.Hmm..xtahu la ape orang lain rasa. Last2 dia wish "SELAMT PENGANTIN BARU" walaupon dah 1 tahun 3 bulan. Naz mula terpikir BARU KER???hehe

Wednesday 11 July 2012

Ladies Collagen


Selepas period yang lewat dulu naz mengalami masalah keputihan yang sangat teruk..Tak pernah jadi xtahu la sebab apa.Mungkin disebabkan masalah hormon yang tak stabil. Dari sehari ke sehari nak pergi klinik tapi tak pergi-pergi pon. Kat office mula la berkongsi masalah bersama office mate. Dia mencadangkan supaya mencuba minum ladies collagen. Agak tertarik dengan flyer die disebabkan die tulis boleh merawat masalah keputihan. So, dengan segera tempah sekotak buat percubaan.

Baru 3 hari minum collagen ni. Hopefully masalah keputih yang dasyat ni dapat dipulihkan sebab sangat xtahan dengan rasa2 yang tidak menyenangkan. Sekarang xminum hari2 pon. Minum selang sehari. Maklumlah mahal. RM35 sekotak. Kalau sebulan dah berapa bajet tu..Tapi hari yang xambil collagen ni, naz makan pil collagen..xtahu la jenama apa. Ambil time balik kampung haritu. Sebenarnya ni collagen abah dalam botol besar, so ambil kesempatan ambil sikit. Tapi xsikit sangat la ade gak dalam 50 biji.huhuhu...Dah jimat tu..

Sunday 20 May 2012

Bubur nasi



Kalau ade sesape yang ada perasan naz pernah post gambar ni dalam FB..Lepas tu banyak la yang mengidam nak makan bubur nasi gak.huhu.. Buat bubur ni time demam haritu coz tekak xrase nak makan nasi.  So, ubah selera buat bubur nasi.
Ramai yang tanya nak buat bubur nasi ni susah ke x. Mudah je kalau anda rajin n minat memasak.huhu..(xberapa rajin nak masak pon..) Ini sekadar untuk berkongsi ilmu masakan yang xberapa tinggi ni dengan kawan-kawan sekalian. Naz masak jenis agak2 je kuantiti bahan. Tak pandai nak sukat-sukat. Masak ikut citarasa sendiri

Bahan:
Udang / ayam / daging secukupnya
Fish cake / ball
Cendawan
Sawi
sup bunjut
Beras (untuk bubur)
Garam

Bahan tumisan:  (Semuanya ditumbuk/dikisar)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Jintan Putih
Lada Hitam
serbuk sup adabi

Cara-caranya:

Sediakan bubur dulu dengan merebus beras dengan air yang banyak.Tambah sedikit garam. air boleh ditambah bila dah kering n nasi tu belum lembik macam yang dikehendaki.

Sup ini disediakan caka tumisan darat
Rebus udang/ayam/daging dan fish cake/ball hingga mendidih.
Masukkan sup bunyut
Tumis bahan2 yang ditumbuk dan serbuk sup adabi hingga naik bau dalam kuali.Pindahkan ke dalan periuk rebusan sup tadi bila tumisan sudah naik bau.
masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa(jika perlu)

Dah siap!! Kalau nak pedas lagi buat la sambal kicap macam sambal kicap bihun sup tu.
Kalau faham, boleh email/msg/call chef nazliah untuk lebih detail..huhuhu




Monday 14 May 2012

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu Untuk Ibu naz Pn.Norizan dan ibu mertua Pn.Robeah
Hari ini genap 50 hari selepas period yang terakhir..Mungkinkah naz bakal menjadi IBU? Xsabar nak buat pregnancy test sebenarnya.Tapi hari rabu lepas dah buat test dah dekat klinik sebab naz demam+selesema+batuk.Tapi bila test keputusannya -ve.Doktor macam tanak bagi naz kecewa dia just cakap ni bukannya bermakna naz xmengandung.Ade 2 kemungkinan.

  1. mmg xmengandung
  2. mengandung but masih baru

So, kalau baru pon biasanya xboleh detect lagi.Doktor cakap tunggu seminggu lagi.Kalau xdatang bulan lagi die suruh datang test lagi sekali.Doktor tu cakap kalau +ve dah boleh scan.Macam tersangat excited.Tapi naz nak tunggu lagi 10 hari la biar cukup 60 hari.Kalau ada rezeki tu dapat la nampak dua garisan..Insyaallah..

Saturday 12 May 2012

Sangat Busy

Sejak 2 menjak ni tersangat la sibuk sebenarnye dengan tempahan brooch yang berlambak2.tapi still relax je wat keje.padahal member2 dah bising."mane brooch aku? mane brooch aku?"sabar.. tu je yang mampu naz cakap.nak buat macam mane.masa kerja yang panjang hampir 12 jam setiap hari.rumah pon dah makin bersepah2 macam tongkang pecah.tapi nasib baik la ada husband yang sangat memahami..Thanks abang..

Raw material memang bersepah2 la tengah rumah.Nak buat macam mane. rumah kecik.semua kerja buat kat depan TV.naseb baik xde org datang rumah.kalau la ade, malu...huhuhu

Saturday 5 May 2012

Happy birthday to me

Malam tadi husband naz kerja malam n sangat keletihan n tidur awal. En. husband biase la buat muka selamber n buat xtau jer. Malam tu mmg en. husband xbanyak cakap.xtau kenapa. Takut rahsia terbongkar kot..huhu.. Pastu dalam pukul 1 pagi tersedar coz handphone berbunyi ada msg masuk.excited la rupa2nya msg dari adik wish birthday.terpikir gak."husband aku ni lupe ke birthday aku arini?maybe dia lupa kot.ptg ke mlm kang ke die wish la.."
Pagi2 bangun nak mandi ternampak kad birthday n hadiah kat depan cermin di ruang tamu. Mula la berjurai2 air mata ni.macam tak percaya je.xade apa yang mampu diucapkan melainkan menangis.huhu..
Lepas tu terus masuk bilik semula cari handphone contact en.husband..saya sayang husband saya..huhu (tetiba je)
Ini la hadiah naz

Saturday 3 March 2012

Crochet brooch

Dah lame xupdate blog ni..Sangat penat n banyak kerja sekarang ni..Tambah2 ade minat lama tapi baru je buat balik..Crochet..Crochet..Crochet.. Ade je masa terluang mesti hook & benang kat tangan.Hinggakan nak buat kerja lain pon malas. Ade satu hari tu naz bawak kat opis.Time rehat n xde orang kat opis naz stat la wat keje..I'm addicted!! tapi sekarang dah ok sikit..Sebab tangan dah lenguh kot. Sebab tu leh control. Ni la hasil kerja time balik rumah mertua kat minggu lepas. Husband anak bongsu, mmg xde orang la kat rumah tu melainkan parent die je..Sambil2 tengok tv tu ape lagi..tangan bergerak je la..


B4 gam pin kene susun button yang sesuai dulu

Tada.. crochet brooch dah siap

Brooch sedia untuk dijual RM2.00 each. murah kan..
Buat masa sekarang crochet brooch ni x dijual online lagi sebab malas nak letak kod no. sekarang jual terus kepada pembeli.sape2 berkenan leh ambil..kalau warna yang diorang berkenan tu dah habis, diorang nak lagi naz buatkan lagi. Kalau ade orang yang berkenan n berminat nak beli online pon boleh, crop je gamba diatas, email saya di nazliahabdul@yahoo.com .insyaallah naz akan buatkan..

Saturday 28 January 2012

Gong Xi Fa Cai...

Orang sebok nak balik beraya kami sebok gak balik kampung beramai2 bersama adik beradik husband..Naz ke rumah emak saudara(sebelah suami) di manjung perak.Awal pagi kami bertolak.Dari melaka hingga ke KL ok la jalan.Keluar je KL kat area rawang Jam sangat2.lenguh kaki suami terchenta menekan clutch.maklum la..kereta manual.kalau auto xde la penat sangat kot. So, masuk je sempadan perak suami mula la mencari kawasan untuk berhenti tukar pemandu..Kat R&R tesangat sesak mmg xboleh nak masuk.Dengan selambenye kitorang berhenti je kat tepi highway.Naz plak memandu..Suami amek peluang la tido..Busan2..Tambah2 plak memandu time jam..Panas je hati ni.Sampai di perak area pukul 5.Bayangkan gerak dari melaka pukul 7 pagi, sampai pukul 5 petang..Lemau badan. Tapi dah sampai kire berpuas hati la..Sampai gak kami ke perak


 nieces n sis in law
 encik suami shopping hasil laut @lumut
 nak gak inteprem..
peace!! kami di kompleks pasir salak

Saturday 21 January 2012

Balik Kampung

Weekend lepas balik kampung..dah lama rasanya xbalik..kalau dah balik mmg banyak la aktiviti yang bermain di fikiran.Isnin aritu pon dah apply cuti leh la lame sikit duk kampung..Tambah plak dapat balik rumah tok kat jengka 3.best..tok wat sayur masak budu,ikan patin asam tempoyak, banyak lagi la..
Binatang pon banyak kat rumah tok

ade ikan....
anak saudara; aleeya sampai meleleh air liur geram tengok ikan.hehe..

ade rabbit...
 comel kan rabbit ni

ade buah limau..(tesesat gamba buah plak)

ade anak angsa

ade ikan patin..
sangat besar ikan ni..

banyak kan benda2 di rumah tok..xsabar nak balik lagi..tapi kene tunggu 2 bulan lagi la kalau nak balik..susah nak cuti.kesian..

Friday 13 January 2012

Jom exercise!!

Sekarang sangat sibuk dengan aktiviti bersenam..kalau tak ke gym, naz akan ke court main badminton..First time pegi gym tu macam cartoon je..Nak main ape pon xtau.tapi naseb baik la tuan punye gym tu sangat friendly. Bila dia nampak je sesiapa yang macam teragak-agak je, dia akan datang n tunjuk cara-cara yang betul nak guna alatan tersebut. Dah banyak kali pergi ni sebab murah. RM5 je skali masuk.Walaupon dah banyak kali pegi tapi macam xnampak pon perubahan.. Mungkin lepas bersenam makan secara berlebihan kot. Maklum la dah penat telan je la. Lepas ni kene tambahkan usaha ni. Bukan nak kurus motif utama coz dah tinggal tulang badan ni cuma nak tambah stamina xde la lemah je badan ni bila buat kerja.
 Warm up dulu
Muka dah berminyak maksudnye dah banyak peluh la tu.hehehe

Monday 9 January 2012

Bola Oh Bola..

Keletihan & mengantuk je hari ni..Maklum la malam tadi ke Bukit Jalil menyokong pasukan pilihan Negeri Sembilan melawan Kelantan.Huhu..Bukannye minat sangat pon ngan bola sepak pada mulanya. Tapi selepas berkahwin n husband memang kaki bola. So, tetibe je jadi minat n sikit2 mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Dari tak kenal langsung sekarang boleh kenal la sikit2 pemain2 bola tu..
Ni first time ke stadium Bukit Jalil menonton bola.Selalunya husband hanya bawak ke Stadium kat Paroi. Sebelum permainan bermula rasa lapar sesangat. So, pergi la beli makanan. Mak aiiii..Mahalnye makanan. Air dalam cawan macam kat pasar malam tu RM2 secawan. Bebola2 yang dicucuk kat lidi tu pon sama RM2..Tapi perut dah lapar beli je la..Lepas permainan bermula n time rehat first half, ada sorang brader jual air mineral botol kecik. Member husband pon panggil die coz tekak dah perit menjerit beri sokongan. Bila tanya harga kitorang terkejut.. RM3 sebotol.Betol2 makan riba' tu.hahaha.. Lepas ni beringat2 la nazliah..kalau nak masuk stadium beli makanan awal2 kat luar. Xde la kene cekik darah lepas ni..

N9 Die Hard Supporter
Pergi stadium mesti la bersama kawan-kawan. Barulah happening


Kuaci mesti ada tiap kali ke stadium
Makanan ruji kalau ke stadium..Kalau match ok makan kuaci cam biasa jer, bila match boring laju je aku makan..Tapi, bila dah goal, silap-silap berterabur kuaci tu..Hilang kawalan seketika..Hehe

N9 juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2012
Akhirnya berbaloi jugak pergi Bukit Jalil..

Thursday 5 January 2012

Project lagi

hehe ada lagi project nak buat ni.tapi tergendala sebab xde masa nak kuar beli barang.so, tunggu je la sampai ada masa.ni jer bahan mentah yang ada n dah siap.hmm.. ape yang akan jadi nnt ek..