Thursday 25 April 2013

5 Bidang Kerja Yang diJangka Menjadi Pilihan Utama 2013

1. Akauntan
    Tidak dinafikan peluang menjadi seorng akauntan bukanlah sesuatu yamg mudah. Kebiasaannya mereka yang dari lulusan akauntan akan memulakan karier sebagai pembantu akaun atau pelatih akaum sebelum benar-benar bersedia memegang jawatan sebagai akauntan. Gaji yang bakal diterima juga memang besar dan berbaloi, bahkan kini di Malaysia banyak kolej-kolej swasta dan universiti tempatan yang menwarkan jurusan ini.

2. Pereka atau Pembina Software
    Dengan aplikasi perisian (software) yang pelbagai setiap hari, mereka yang mengerah idea untuk mencipta perisian baru ini berpeluang menjual idea seterusnya memberikan keuntungan yang berganda kepada syarikat mereka. Hanpir setiap manusia pada zaman ini menggunakan perisian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bayangkan betapa pentingnya kerja sebagai seorang pereka software. Kerja ini juga memerlukan kepakaran yang tinggi, maka gaji yang akan diperoleh juga memang mengagumkan. Silap-silap memang cukup untuk 7 keturunan.

3. Penasihat KewanganPersendirian
    Terutama kepada merekan yang sibuk bekerja tidak tentu hari, sememangnya memerlukan seorang rakan penasihat atau ejen yang membantu mereka meguruskan dana dan aset mereka secara berhemah. Sekarang masa untuk melabur harta dan aset supaya semakin bertambah, oleh itu mereka memerlukan seorang penasihat kewangan bagi membantu menguruskan kewangan mereka.

4. Eksekutif Komunikasi Korporat
    Salah satu faktor kejayaan sesebuah syarikat, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan pihak media dan pelanggan mereka. Dengan hubungan ini mereka mengenal mengenai penerimaan produk mereka, pencapaian sebenar produk, keberkesanan strategi pemasaran mereka dan banyak lagi. Mereka akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan dunia luar dengan syarikat. Jika anda sebagai seornag eksekutif komunikasi korporat yang bagus, anda mungkin akan membawa jenama syarikat anda lebih maju. Hasilnya, sudah pasti bonus dan imbuhan yang banyak.

5. Kejururawatan
    Kini kita sedia maklum banyak penyakit merbahaya yang semakin merebak. Kesihatan adalah penting bagi seseorang untuk hidup. Mereka sanggup bayar walaupun semahal mana untuk kekal sihat. Oleh itu, mereka memerlukan khidmat seorang jururawat. Jururawat semestinya adalah orang yang akan bertanggungjawab menjaga dan membantu golongan yang sakit serta memerlukan perhatian ketika mereka berada  di klinik atau hospital. Tidak hairan jika di negara Arab, gaji bulanan seorang jururawat terlatih mencecah RM15,000 sebulan.

Sumber : Harian Metro.
Muka surat : V11

Wednesday 24 April 2013

TIPS UNTUK PERGI MENGUNDI PRU PILIHANRAYA UMUM KE 13

Tahun ini Pilihan raya umum untuk menentukan siapa kerajaan yang bakal memerintah Malaysia jatuh pada 5 Mei 2013 ( Ahad ) dan tahun ini dikatakan seramai 2.9 juta pengundi baru telah mendaftar untuk membuang undi pada tahun ini. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya
Jadi sebelum anda pergi membuang undi di tempat masing-masing, apa yang perlu dilakukan? Jadi saya mahu kongsikan sedikit tips dan informasi dengan anda mengenai PRU 13.

Cara Mengundi Pada Pilihanraya Umum Ke-13 (pru13) Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.

LANGKAH 1 Sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

LANGKAH 2 Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.

LANGKAH 3 Kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.

LANGKAH 4 Bergerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

LANGKAH 5 Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. (pastikan kertas undi anda tiada apa kerosakan. Jika anda melihat sebarang kerosakan, sila minta untuk menukar kertas undi)

LANGKAH 6 Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

LANGKAH 7 Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LANGKAH 8 Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi. - Sumber Google

Penting sebelum ada pergi mengundi ada baiknya anda membuat semakan daftar pemilih terlebih dahulu. Pastikan nama anda ada didalam daftar pemilih dan lebih mudah jika anda mengetahui dimana pusat mengundi, saluran dan masa untuk mengundi. 
SEMAKANDAFTAR PEMILIH DAN LOKASI TEMPAT MENGUNDI

Selamat mengundi!

Saturday 20 April 2013

SPR : AMBIL DUIT BALIK MENGUNDI BUKAN RASUAH ?


Tiada Elaun Perjalanan Disediakan Bagi Pengundi Pulang Ke Kawasan Mengundi - SPR 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini, Rabu.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.  "Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

"Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.-BERNAMA Sumber :  mStar
**kalau dah ada yang nak bagi duit tu rembatkan aje..Orang memberi kite merasa, Orang berbudi kita hmmmm.. (xsesuai kot time2 camni)hehe

Friday 19 April 2013

Evening Primrose Oil (EPO)

Hadoi dah penat ngadap drawing yang berlambak, kene pergi hantar laminate lagi. Dengan SOP yang berlambak2 dah expired. Kenapa la jadi hari ni. Terpakse la balik lambat harini nak siapkan. Tapi tak siap2 jugak. Mane taknye, nak buat ayat sebaris je tapi pikir berjam2. Nampak sangat malas and takde idea nak goreng. Naseb baik tengah hari tadi dah makan supplement. Konon la..


Cube jeling2 kat belah kiri tu. Banyak kan stock EPO. Haha borong sakan.EPO ni naz beli dengan harga yang sangat murah (Staff purchase). Sebenarnye semalam ada promotion untuk vitamin yang short expired. Kalau kat luar dah berapa puluh sekotak. Tapi kali ni dapat harga bawah RM10 sekotak xboleh bagitahu harga sebenar..Rahsia la sangat kalau sesape nak tahu harga yang Naz beli ni email ek. Expired date die bulan September 2013 ni. So, masih sempat nak habiskan stok2 tu. EPO ni naz makan 2 biji sehari.. Tak boleh makan banyak2. Nati cepat habis. Haha

Next week nak beli folic acids pulak. Semalam boleh lupe plak nak beli. Dulu penah makan. Tapi dah boring benti. Huhu kali ni nak sambung semula. Kuatkan semangat!!! Nanti kalau ada duit lebih nak beli B-Complex, Vitamin E, dan GLA dari shaklee. Semoga usaha kali ni berbaloi...

Thursday 18 April 2013

Puding Kastad Jagung Berkuah

Pepagi ni teringat pulak nak update resipi. Sabo jer la.. Petang ni lepas balik keje boleh la buat dessert ni.
Resepi die senang je. Orang malas je kate susah.haha.. :-P


Bahan2 Untuk Kastad
 
1 cawan tpg kastard
2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air (Naz guna 1 cawan susu cair + 3 cawan air)
3 sudu besar gula
1/2 tin jagung kremer dalam tin (lebih pun xpe)

Cara cara
 
1.   Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu + air. Kalau guna kuali lagi senang nak kacau.
2.   Panaskan (api kecil hingga sederhana) dan sentiasa kacau hingga adunan manjadi kental. Kacau adunan sehingga berkilat.
3.   Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan

Bahan2 Untuk Kuah:
 
1 tin susu cair (naz guna stengah tin. balance dari kastad tadi)
1 tin air (naz guna 1 cawan. Ikut sukatan susu)
5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:
 
1.   Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah dan tambahkan secubit garam.
2.   Biarkan kuah mendidih.
3.   Biarkan sejuk masukkan dalam peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
4.   Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm mangkuk/piring.
5.   Hias dengan buah-buahan yang disukai..



Kastad jagung + creamer jagung + buah koktail. Terbaek la..
(Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)



Friday 12 April 2013

General Election Voting Procedure 2012

Article ni dapat dari mane ntah. Ni procedure last year la kot. But i think still can use.
Just read. Do for your right.
...................................................................................................................................

"PLEASE bring along your own pencil ERASER. It is VITAL that we get this information across to as many people as possible.

The Voter Agent Training recently conducted at the PJ Civic Centre brought to the fore some very critical issues which every Voter ought to know.

These are :

1. As soon as you enter the polling station, you will be ushered to Kerani 1, who will check your personal identity against your NRIC. He/she will then read out your name, NRIC number and the Siri/Bilangan number in accordance to the List provided by the Election Commission (SPR).

2. Once all that is verified, Kerani 1 will pass your NRIC to the next officer, Kerani 2.
3. Here, Kerani 2 will hand you a ‘Kertas Undi,’ which is identified by its Serial Number. As a Voter, please know your rights. 
You have the constitutional right under our Election Laws to NOT accept the ‘Kertas Undi’ that the officer assigns to you. You CAN and should ask for a different ‘Kertas Undi’ from a different book. To do that, just say to the officer, “Encik (or Cik), saya minta Kertas Undi dari buku lain atau dari bawah.” Translated, that is, “Sir (or Madam), I like to request a different ballot paper from a different book or from below.” This must be done so that the Voter CANNOT be identified via the SPR’s Master List. It will take just ONE voter to upset the whole sequence, which will eventually affect the SPR’s Master List for that voting centre. The aim of doing this is to SAFEGUARD every Voter’s identity. No one has the right to know how you want to vote.
4. Once your ‘Kertas Undi’ is issued to you, just stand there and do NOT leave immediately.
Instead please CHECK BOTH SIDES of the ballot paper in order to ensure that there are NO pencil markings or Any other form of suspicious markings on it. If there are, REJECT the ballot paper issued to you and instead request for these markings to be either erased to your satisfaction or for you to be issued with a new ‘Kertas Undi.’ Also do NOT accept any loose-lying ‘Kertas Undi,’ which may have been strewn about because it was rejected by someone else earlier. ALWAYS ask for a fresh ballot paper from the book. An alternative, as suggested by certain other people via email, is to Bring along your own eraser so that when you see any pencil marks, you can rub them off completely yourself.

5. Kerani 2 will then hand the ‘Kertas Undi’ to the next officer, Kerani 3Kerani 3 carries a seal, which will be used to stamp your ‘Kertas Undi.’
 
PLEASE watch carefully that the officer stamps your ballot paper FULLY and CLEARLY. After that, see that it is folded into two before the ballot paper is handed over to you. Incomplete stamp mark can and will render your ballot paper as spoiled vote.
 

6. You can now proceed to the voting booth.

7. At the booth, please ensure that the ballot paper has only your
 
ONE marking of a single X. If for whatever reason, suspicious or otherwise, you overlooked some pencil marks of numbers or markings on the front or back of the ballot paper (ie other than your own mark), please ERASE those markings completely. REMEMBER, these markings can and will render your ballot spoiled – so be Extra Cautious. The most careful approach is to check your ‘Kertas Undi’ thoroughly before you accept it from the officer.

REMEMBER
 to check it in front of the relevant officer so that if you have to reject it, he is right in front of you.

8. Do not be afraid or cower in fear when you have to express your objections because there are representatives from the various participating political parties who will be there to observe the whole voting process and they are there to assist you as and when you need.

As mentioned earlier, It is this kind of information that GUILTY PARTY does not want others to know. They thrive on public ignorance so that they can do whatever they feel like brazenly.

One way to stop them is to send this information to as many of your friends as possible so that everyone, on voting day, knows exactly what to do, knows his/her constitutional voting rights and is aware of Print this out and keep it safely. When Voting Day finally arrives, it will be handy for you to access and read again.
 
 

Thursday 11 April 2013

Tarikh penting PRU 13

Tahun ni tahun ke-2 pergi mengundi.huhu. First time tu still blaja lagi (final Sem). Seronok dapat mengundi. Tapi lebih seronok kalau balik kampung dapat duit minyak. Tahun ni tak nak umumkan ke berapa dapat? Dulu ada gak die bagi duit minyak. Dah la first time mengundi, ada orang2 yang malas buat kerja boleh pulak die cakap terlupa name aku yang chanteq ni.haha Baran je rase. Padahal hari2 lalu depan rumah parent aku kot. Hadoi...Tahun ni pastikan dapat duit minyak. Kalau tak dapat gak, memang kene maki buat kali ke-2 gak la orang tu.

Berbalik kepada PRU 13 ini dia tarikh-tarikh penting:

Jangan tak mengundi!!
Usah risau..Undi adalah rahsia..

Wednesday 10 April 2013

2nd Anniversary

Semalam genap 2 tahun kami menjadi suami isteri. Cepat je masa berlalu. Tahun ni takde candle light dinner, takde makan besar, takde hadiah. Hanya sekadar ucapan dan doa. Semoga perkahwinan kami diberkati Allah SWT dan kekal bahgia hingga ke syurga. Amin.

Monday 8 April 2013

Soal Jawab : Air Liur Tak Bahaya?

Sumber : Harian Metro (7 April 2013)
Muka Surat : E34

 
Doktor, setiap kali bersama isteri, saya sering menggunakan air liur sabagai pelincir untuk memulakan pesetubuhan. Persoalan saya, adakah penggunaan air liur ini boleh mendatangkan masalah kepada alat kelamin isteri serta saya sendiri? ~ Azmi Kuala Lumpur



Air liur adalah ejen perantaraan yang paling sesuai sebagai pelincir untuk melembabkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj. Jarang sekali air liur mangandungi kuman yang boleh memudaratkan. Jangkitan alat sulit wanita juga jarang berlaku kerana tahap keasidan di faraj akan mengawal pembiakan kuman.

Malah, bagi yang mempunyai air mani yang pekat, enzim protease di dalam air liur membantu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan pantas di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat.

Begitupun, Mustahak untuk membersihkan mulut dan memberus gigi serta lidah supaya kuman dapat dihapuskan sebelum melakukan hubungan intim sedemikian, sekali gus merendahkan risiko.

Saturday 6 April 2013

Sugar Wax Di Rumah

Ok. Jika pencarian tentang sugaring wax mambawa anda kesini, of course la kan korang semua nak tahu tentang sugaring wax ni. Sebelum ni rerambut di tempat sukar susah dicabut. Sampai juling bijik mate nak cabut rerambut bawah lengan. Betol tak? Sama la apa yang Naz alami. Wax ni cara penyelesaian yang mudah dan kos sangat minima.
 
Senang ke nak buat? Selamat ke? Bajet dia berapa? Sakit ker?
 
Jawapannye senang. Selamat tapi perlu berhati2 hati. Bajet sangat rendah. Xhabis pon RM5. Tak sakit lah. Sakit kejap je pastu ok.
 
Cara nak buat:
 
 Bahan- bahan

- 2 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan jus lemon/ limau nipis/ oranges (naz guna limau kasturi)
 
Bahan2 tu senang nak dapat kan? Kalau duduk dengan mak. Cilok je kat dapur tu,hehe..Xpayah nak kuar modal. Jimat..Jimat
 
Cara masak sangat mudah. Campur semua bahan dalam periuk (Naz guna kuali. Senang nak kacau coz xde edge yang memungkinkan bahan2 xtak terkacau) kacau kejap lepas tu letak atas dapur dengan api kecil. Kacau sampai pekat. Bila dah hampir nak pekat tu, campuran tu akan berbuih. Time ni kene hati-hati. Alih sekejap periuk/kuali supaya dapat tengok warna. Masak hingga warna berubah menjadi keemasan/gold. Jangan terover masak nanti jadi keras and xboleh nak apply. Lepas tu tutup api and terus masukkan dalam bekas.
 
*Note: Jangan sesekali nak test power celup jari dalam mixture tu. Takut bukan sekadar nak tanggalkan bulu-buluan. Kuku pon boleh tercabut nanti.
 
Cara menyimpan:

Simpan dalam bekas yang tahan panas. Bekas yang ada cop microwave  kat bawah tu boleh guna. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Coz sekali buat ni boleh guna untuk 3-5 kali waxing (bergantung kepada keluasan) hehe macam tapak rumah pulak. Simpan dalam peti ais.
 
** Note: Sila guna bekas yang mulutnya besar. Senang nak cedok.
 
Application:
 
1. Panaskan sugaring wax dengan masukkan dalam microwave atau double boiling (Kalau xde microwave).
2. Bersihkan bahagian tubuh yang akan di wax dan tabur bedak
3. Sapukan wax (suhu yg suam, jangan panas) dengan menggunakan spatula mengikuti arah pertumbuhan rambut
4. Tampalkan kain cotton/linen ( Naz guna kain cotton murah yang RM2.50 semeter je) dan tekan-tekan
5. Tarik kain berlawanan dengan arah pertumbuhan rambut
6. Taraaaaaa... kulit bebaaaaas bulu !! Sapukan cream/baby oil untuk mencegah iritasi.
 
Senangkan. Berapa minit je dah siap. Xpayah nak cabut pakai tweezers yang amek mase sampai berhari2 baru habis.

Friday 5 April 2013

Usaha Untuk Ber"TIGA"

Setelah kecundang experiment last month, this month mesti kuatkan hati untuk berusaha lagi.
Bulan ni cycle dah jadi 30 hari. Better than last-last-last month. Sebelum ni kitaran haid dalam 40 hingga 50 hari. Sekarang dah bertambah baik lepas menggunakan life gel 2 tube. Naz beli 3 tube dari GBE  sebenarnya, tapi tak guna lagi 1 tube. Bukan tak nak guna, sebab bila di kira-kira minggu yang lagi satu tu adalah waktu subur. So Naz simpankan takut mengganggu kalau-kalau ada "sesuatu". Bila dah kecundang lepas habis period ni nak guna lagi 1 tube tu. Hopefully dapat mambantu dan menyuburkan lagi.
 
Pagi tadi dah google semula calendar-calendar ovulation (ovulation calculator). Moga-moga berjaya. Kalau tak kita cuba lagi next month.

Yang ni xingat dari mana 

Yang ni dari http://www.babymed.com
Suke calendar ni coz dia bgtau macam-macam dan ape yang sepatutnye kite buat.

 
Yang ni dari www.essentialbaby.com.au kat sini mintak 3 bulan period cycle dan akan kira average. Calendar lain cuma ambil cycle untuk 1 bulan jer.
 
 
Yang ni plak dari http://womenshealth.gov die xbg calendar cuma dia bgtau bila ovulation period termasuklah due date.
 
Results
  • First day of your last menstrual period: April 1, 2013
  • You most likely ovulated between: April 15, 2013 and April 17, 2013
  • If conception occurred:
*   Your estimated due date is: Monday, January 6, 2014
*   Your second trimester will begin: June 25, 2013
*   Your third trimester will begin: October 15, 2013
A missed period is often the first sign of pregnancy. You might have other body changes too, such as morning sickness and breast tenderness. If you think you could be pregnant, see your doctor to confirm your pregnancy. In the meantime, make sure you are taking 400 to 800 micrograms (400 to 800 mcg or 0.4 to 0.8 mg) of folic acid every day. A baby's vital organs begin to form in the first weeks of pregnancy — sometimes before a woman even knows she is pregnant. Taking folic acid can help lower the chances of certain birth defects if you are pregnant.
 
Ok. Berdasarkan semua calculation, so untuk membantu pengesanan waktu subur; Naz akan menggunakan OPK (ovulation prediction kits) start 12 April till 26 April. Dalam tempoh masa tu kalau dah dapat 2 garis yang terang xperlu la test sampai 26hb tu. Just estimation. Stock mesti mencukupi. Next week akan order OPK sebanyak 20 pcs. Just standby. Kalau xhabis guna next month boleh guna lagi. Yang bulan lepas pon ade lebih 4 pcs lagi.
 
Ini lah pendekatan yang Naz buat setakat ni. Sekurang-kurangnya kami berusaha. Kalau rezeki kami belum ada lagi kami Redha. Maybe masih ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.
 
*Just nak berkongsi information. Kalau ada yang beranggapan memalukan diri sendiri coz bgtau semua orang masa period la bla.bla.bla, Naz xkisah. Kalau kita tak berkongsi perkara sebenar kita takkan belajar.
 

Thursday 4 April 2013

Breast Pump Terbaik

Hehehe..Kalau kengkawan baca ni mesti tanya. "Eh Naz, ko mengandunng eh.." Jawabnye tak lagi. Tapi saje2 berkongsi kekalutan orang2 yang tengah mengandung and mencari-cari breast pump terbaik untuk baby diorang.
Petang semalam sementara menunggu waktu asar bercerita dengan officemate tentang breast pump. Sebabnya ramai gak kawan2 sekerja yang pakai Medela Freestyle. Kalau cite bab harga. Glup!! Mahal... Dalam RM1200~RM2000. Kalau yang Swing dalam RM600~850. Yang Harmony @ manual murah la dalam RM250++. Avent manual breast pump dalam RM145~RM245. Semua harga depend pada kedai.
Lepas tu Kak Fida citer. Last week dia balik kampung coz ada kenduri cukur jambul anak saudara dia. Lepas tu bercerita + bertanya kepada akak ipar dia tentang Medela Freestyle ni. Last2 dia kene marah sebab membazir. Huhu.. Ape yang akak ipar die cerita ni berdasarkan cerita benar dan baru je berlaku. Akak ipar dia bagitahu semuanya bermula dari hati. Kalau hati dah kata AKU MALAS. Xpayah la. Beli beribu pon xguno. Kawan kepada akak ipar dia baru je naik kerja. Apa yang berlaku, dia beli kat supermarket breast pump manual dengan harga lebih kurang RM50++. Tak pasti la jenama apa. Tapi yang pentingnya. Dalam tempoh masa dia bercuti 100 hari (coz dia seorang cekgu) dia boleh buat stock sebanyak 400 pack. Cuba bayangkan banyak mana tu!! Dengan hanya berbekalkan sebijik breast pump manual yang tak berjenama dia boleh buat. Orang yang pakai yang letrik dua2 belah pon belum tentu boleh buat macam yang dia buat. TAHNIAH la kepada ibu cekal + rajin + hebat tu. Apa yang dia amalkan, minum + makan logan (logan kering yang di rebus). InsyaAllah susu banyak.
Cuba kita renungkan.. Segalanya berpunca dari hati.. Duit yang kita dah simpan untuk beli pam mahal2 tu dah boleh buat beli chest freezer coz nak simpan stock susu banyak2.
Ini sekadar cerita. Kalau yang bekemampuan tu tak kisah la beli yang mahal2 pon. Kalau rasa tak termampu, hati je yang perlu cekal. So kesimpulannye breast pump terbaik adalah HATI kita. Hati penentu segalanya.

Monday 1 April 2013

10 paun najis terlonggok dalam usus

Wah!! banyaknye.. Rase macam tak percaya je kan. Rasa macam geli pon ada. Tapi inilah hakikatnya...
....................................................................................................................................................

    Panjang usus manusia dianggar antara 3 hingga 4 meter. Dalam jangka masa panjang, usus mengandungi sisa makanan yang tidak terbuang dengan berat 3 hingga 11 kilogram dan megeluarkan zat beracun di dalamnya. Toksin ini diserap usus dan menjadi sumber segala penyakit berbahaya.
    Mengikut kajian, walaupun kita membuang air besar normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus. ini menyebabkan keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ini disebabkan usus hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan darupada kita mempunyai masalah sembelit.


Sumber : Harian Metro
Muka surat : H12