Saturday, 6 April 2013

Sugar Wax Di Rumah

Ok. Jika pencarian tentang sugaring wax mambawa anda kesini, of course la kan korang semua nak tahu tentang sugaring wax ni. Sebelum ni rerambut di tempat sukar susah dicabut. Sampai juling bijik mate nak cabut rerambut bawah lengan. Betol tak? Sama la apa yang Naz alami. Wax ni cara penyelesaian yang mudah dan kos sangat minima.
 
Senang ke nak buat? Selamat ke? Bajet dia berapa? Sakit ker?
 
Jawapannye senang. Selamat tapi perlu berhati2 hati. Bajet sangat rendah. Xhabis pon RM5. Tak sakit lah. Sakit kejap je pastu ok.
 
Cara nak buat:
 
 Bahan- bahan

- 2 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan jus lemon/ limau nipis/ oranges (naz guna limau kasturi)
 
Bahan2 tu senang nak dapat kan? Kalau duduk dengan mak. Cilok je kat dapur tu,hehe..Xpayah nak kuar modal. Jimat..Jimat
 
Cara masak sangat mudah. Campur semua bahan dalam periuk (Naz guna kuali. Senang nak kacau coz xde edge yang memungkinkan bahan2 xtak terkacau) kacau kejap lepas tu letak atas dapur dengan api kecil. Kacau sampai pekat. Bila dah hampir nak pekat tu, campuran tu akan berbuih. Time ni kene hati-hati. Alih sekejap periuk/kuali supaya dapat tengok warna. Masak hingga warna berubah menjadi keemasan/gold. Jangan terover masak nanti jadi keras and xboleh nak apply. Lepas tu tutup api and terus masukkan dalam bekas.
 
*Note: Jangan sesekali nak test power celup jari dalam mixture tu. Takut bukan sekadar nak tanggalkan bulu-buluan. Kuku pon boleh tercabut nanti.
 
Cara menyimpan:

Simpan dalam bekas yang tahan panas. Bekas yang ada cop microwave  kat bawah tu boleh guna. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Coz sekali buat ni boleh guna untuk 3-5 kali waxing (bergantung kepada keluasan) hehe macam tapak rumah pulak. Simpan dalam peti ais.
 
** Note: Sila guna bekas yang mulutnya besar. Senang nak cedok.
 
Application:
 
1. Panaskan sugaring wax dengan masukkan dalam microwave atau double boiling (Kalau xde microwave).
2. Bersihkan bahagian tubuh yang akan di wax dan tabur bedak
3. Sapukan wax (suhu yg suam, jangan panas) dengan menggunakan spatula mengikuti arah pertumbuhan rambut
4. Tampalkan kain cotton/linen ( Naz guna kain cotton murah yang RM2.50 semeter je) dan tekan-tekan
5. Tarik kain berlawanan dengan arah pertumbuhan rambut
6. Taraaaaaa... kulit bebaaaaas bulu !! Sapukan cream/baby oil untuk mencegah iritasi.
 
Senangkan. Berapa minit je dah siap. Xpayah nak cabut pakai tweezers yang amek mase sampai berhari2 baru habis.

4 comments:

  1. Kalau taruk gula lagi banyak boleh?

    ReplyDelete
  2. First try wax saya jd keras..lps tu saya tmbh air sikit.. dya jd cair pulak..mcm mna ya?

    ReplyDelete