Thursday, 4 April 2013

Breast Pump Terbaik

Hehehe..Kalau kengkawan baca ni mesti tanya. "Eh Naz, ko mengandunng eh.." Jawabnye tak lagi. Tapi saje2 berkongsi kekalutan orang2 yang tengah mengandung and mencari-cari breast pump terbaik untuk baby diorang.
Petang semalam sementara menunggu waktu asar bercerita dengan officemate tentang breast pump. Sebabnya ramai gak kawan2 sekerja yang pakai Medela Freestyle. Kalau cite bab harga. Glup!! Mahal... Dalam RM1200~RM2000. Kalau yang Swing dalam RM600~850. Yang Harmony @ manual murah la dalam RM250++. Avent manual breast pump dalam RM145~RM245. Semua harga depend pada kedai.
Lepas tu Kak Fida citer. Last week dia balik kampung coz ada kenduri cukur jambul anak saudara dia. Lepas tu bercerita + bertanya kepada akak ipar dia tentang Medela Freestyle ni. Last2 dia kene marah sebab membazir. Huhu.. Ape yang akak ipar die cerita ni berdasarkan cerita benar dan baru je berlaku. Akak ipar dia bagitahu semuanya bermula dari hati. Kalau hati dah kata AKU MALAS. Xpayah la. Beli beribu pon xguno. Kawan kepada akak ipar dia baru je naik kerja. Apa yang berlaku, dia beli kat supermarket breast pump manual dengan harga lebih kurang RM50++. Tak pasti la jenama apa. Tapi yang pentingnya. Dalam tempoh masa dia bercuti 100 hari (coz dia seorang cekgu) dia boleh buat stock sebanyak 400 pack. Cuba bayangkan banyak mana tu!! Dengan hanya berbekalkan sebijik breast pump manual yang tak berjenama dia boleh buat. Orang yang pakai yang letrik dua2 belah pon belum tentu boleh buat macam yang dia buat. TAHNIAH la kepada ibu cekal + rajin + hebat tu. Apa yang dia amalkan, minum + makan logan (logan kering yang di rebus). InsyaAllah susu banyak.
Cuba kita renungkan.. Segalanya berpunca dari hati.. Duit yang kita dah simpan untuk beli pam mahal2 tu dah boleh buat beli chest freezer coz nak simpan stock susu banyak2.
Ini sekadar cerita. Kalau yang bekemampuan tu tak kisah la beli yang mahal2 pon. Kalau rasa tak termampu, hati je yang perlu cekal. So kesimpulannye breast pump terbaik adalah HATI kita. Hati penentu segalanya.

2 comments: