Thursday 25 April 2013

5 Bidang Kerja Yang diJangka Menjadi Pilihan Utama 2013

1. Akauntan
    Tidak dinafikan peluang menjadi seorng akauntan bukanlah sesuatu yamg mudah. Kebiasaannya mereka yang dari lulusan akauntan akan memulakan karier sebagai pembantu akaun atau pelatih akaum sebelum benar-benar bersedia memegang jawatan sebagai akauntan. Gaji yang bakal diterima juga memang besar dan berbaloi, bahkan kini di Malaysia banyak kolej-kolej swasta dan universiti tempatan yang menwarkan jurusan ini.

2. Pereka atau Pembina Software
    Dengan aplikasi perisian (software) yang pelbagai setiap hari, mereka yang mengerah idea untuk mencipta perisian baru ini berpeluang menjual idea seterusnya memberikan keuntungan yang berganda kepada syarikat mereka. Hanpir setiap manusia pada zaman ini menggunakan perisian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bayangkan betapa pentingnya kerja sebagai seorang pereka software. Kerja ini juga memerlukan kepakaran yang tinggi, maka gaji yang akan diperoleh juga memang mengagumkan. Silap-silap memang cukup untuk 7 keturunan.

3. Penasihat KewanganPersendirian
    Terutama kepada merekan yang sibuk bekerja tidak tentu hari, sememangnya memerlukan seorang rakan penasihat atau ejen yang membantu mereka meguruskan dana dan aset mereka secara berhemah. Sekarang masa untuk melabur harta dan aset supaya semakin bertambah, oleh itu mereka memerlukan seorang penasihat kewangan bagi membantu menguruskan kewangan mereka.

4. Eksekutif Komunikasi Korporat
    Salah satu faktor kejayaan sesebuah syarikat, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan pihak media dan pelanggan mereka. Dengan hubungan ini mereka mengenal mengenai penerimaan produk mereka, pencapaian sebenar produk, keberkesanan strategi pemasaran mereka dan banyak lagi. Mereka akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan dunia luar dengan syarikat. Jika anda sebagai seornag eksekutif komunikasi korporat yang bagus, anda mungkin akan membawa jenama syarikat anda lebih maju. Hasilnya, sudah pasti bonus dan imbuhan yang banyak.

5. Kejururawatan
    Kini kita sedia maklum banyak penyakit merbahaya yang semakin merebak. Kesihatan adalah penting bagi seseorang untuk hidup. Mereka sanggup bayar walaupun semahal mana untuk kekal sihat. Oleh itu, mereka memerlukan khidmat seorang jururawat. Jururawat semestinya adalah orang yang akan bertanggungjawab menjaga dan membantu golongan yang sakit serta memerlukan perhatian ketika mereka berada  di klinik atau hospital. Tidak hairan jika di negara Arab, gaji bulanan seorang jururawat terlatih mencecah RM15,000 sebulan.

Sumber : Harian Metro.
Muka surat : V11

3 comments:

  1. calibration technician pun ok gk huhu

    ReplyDelete
  2. Btol tu.. Boleh ngular.haha

    ReplyDelete
  3. mnada calibration is like a wave tenang diluar huru hara didalam

    ReplyDelete