30 Things Before 30

Rasa macam sekejap je masa berlalu. 2 years to go before turns 30.Sobsob.. Tahun ni dah buat checklist awal. Tak boleh lambat-lambat nanti tak cukup masa nak penuhi semuanya.(saja sedapkan hati sepatutnya 10 tahun dari awal dah buat checklist). This list maybe more than 30. Depend..


1. Bought a House

Rumah memang perancangan dari awal. Lepas kahwin (tahun 2011) terus merancang nak beli rumah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan oleh-NYA
(Completed : Dapat kunci 14/01/2013)

2. Dapat Baby
Sekarang tengah berusaha untuk dapat baby. Hopefully berjaya.
(insyaallah mission will accomplished in MAY 2014)
(Completed. Ammar ziqryn : 15/04/2014)

3. Holiday In Langkawi
Dah booking Flight 5/1/2014 time airasia sale haritu. Kira nasib-nasib la. Kalau ditakdirkan dapat baby, bermakna xde rezeki lagi nak pergi time tu.
(Completed : 05/01/2014) sempena 1000days anniversary celebration

4. Bought  DSLR Camera
Ni cita-cita yang sangat lama. Time ada duit konon-konon nak beli terpaksa korbankan untuk perkara yang lebih penting. Hmm.. nasib la..
Canselled : not relevant dah buat masa sekarang

5. Go Oversea
Xkisah la pergi mana-mana janji guna passport. Pergi sempadan Thailand pon boleh...hehe
PTPTN sangkut..hahaha xtahu la lepas x nnt kalau nk pergi haji,
Mane nak cekau duit oiiiii

6. Bought Industrial Sewing Machine
Sangat suka menjahit. Maklum lah anak tukang jahit. Sekarang dah ada mesin jahit tapi kecil. Tak de feel sangat kalau menjahit. Dah ada mesin-mesin yang di aim. Tunggu masa yang sesuai je.
(Dah xpayah. Mesin jahit yang dah ada tu pon dah jadi berhala dah dalam store. dah taksentuh since 2014.huhuhu)

7. Invest Dalam ASB at least RM 50K 
Ini pelaburan untuk masa depan. Sekarang dah ada RM30K. Tinggal RM20K je lagi. Mudah-mudahan berjaya.
Macam mana nak tambah kalau dah CCRIS hahahaha

8. Bugee Jumping & Solero Shoot
Sangat suka aktiviti outdoor tapi belum berkesempatan untuk mencuba aktiviti ni. Bila la boleh dapat. Rase-rasenye nak plan pergi Genting Highland la hujung tahun ni.
Tak Mau dah la.. Anak dah ramai..pikir oiii kang mati katak anak kau sape nk jage

9. Umrah / Haji
Seronok kan kalau dapat ke tanah suci pada usia muda. Rasenye susah sikit nak capai tapi takpe la. Yang penting ada niat dalam hati. Jangan tak ada langsung.

10. Swimming
December 2012 dah start tapi tergendala sebab coach dah tak ada. Dinar (officemate) dah pindah ke Singapore ikut husband. Terpaksa mencari coach baru. Since hari ni belum cari lagi. Adoyai..

11. Backpacking
Cita-cita sejak grad. Sampai sekarang tak tercapai disebabkan banyak komitmen. Dah ada kawan untuk buat aktiviti ni. Tungguuuu..
buat masa sekarang mampu galas beg susu je.. tggu anak2 besar dulu

12. Hobi & Stable business
Usia yang dah makin meningkat seharusnya ada hobi yang sesuai dan seterusnya hopefully hobi itu akan menjadi satu sumber pendapatan yang stabil. Nak buat ape ye???
Alhamdulillah...semakin nampak jalan itu

13. Wearing Braces
Sejak dari sekolah menengah terasa nak pakai braces memandangkan gigi sangat jarang. Selalu cakap kat abah. "abah, kalau along nak pakai besi kat gigi tu boleh tak". Abah selalu cakap mahal. Kalau kerajaan sakit. Huhu sampai sekarang kalau sebut braces mesti aku rasa sakit gigi. Sekarang macam dah nekad nak pakai coz ada klinik swasta yang boleh bayar ansuran. Tak la terasa sangat. Dah survey klinik yang murah kat melaka. Segala information telah dikumpul.hehehe

14. Get Motorcycle License
Dah 7 tahun usia lesen. Tapi ada class D jer. Nak ambil class B2 kalau rase-rase larat and berani nak tunggang motor besar boleh la ambil class B terus. Tapi B2 jadi la..dari tak ada. Dah tanya kat driving school. Untuk lesen motor RM270 je.. Duit tu mampu tapi masa tu yang belum mampu.

15. Bought Motorcyle
Kalau dah ambil lesen motor dah boleh beli motor.suke.suke.suke.
Berangan la kau nazliah oiii.. Lesen pon tak ambil lagi. Motor yang telah di aim adalah sejenis scooter. Tak tahu nak pilih mana satu. Antara EGO atau NOUVO atau ICON..Hmmmm
Laki kau cakap.. TAK PAYAH!!!!!! hahahaha

16. Holiday In Tioman
Ramai orang cakap Tioman cantik. Kesian aku tak pernah pergi pon. Biarpon Tioman kat pahang. Buat malu orang pahang je.Kalau orang nak pergi Homeymoon mesti pergi situ. Sekarang tak de plan nak pergi sana lagi. Tahun depan la nak pergi pon..

17. Belajar Buat Desert & Masak Western Sedap-Sedap
Sebenarnya aku xberapa pandai buat desert. Masak tu boleh la tapi masakan kampung je la. Al-maklum la masak pon belajar dengan arwah tokmek dan tok. Mana ada western2 ni. Semua masakan tekak orang melayu.

18. Belajar menjahit
Even memang dilahirkan sebagai anak kepada tukang jahit, tapi masih tak mampu mahir dalam semua skill jahitan. menjahit sebenarnya tak susah cuna perlu sesemangat, berani, kreatif dll. Tak ada ke mana-mana kedai jahit nak pakai orang part time. Boleh curi ilmu kat situ

19. Beli handphone canggih
Kesian kan. Sejak menggunakan handphone dari tahun 2003, seingatnya baru beli 2 handphone. First beli model nokia 8210 (butterfly) time tu dah canggih dah tu. Pastu bila dah rosak beli lain pada tahun 2006. Nokia gak. Model 1600. Yang tu dah tak tahu mane pergi. Sampai sekarang bertukar-tukar handphone bukan sebab beli sendiri. Semua adik-adik & husband bagi sebab tak nak guna sebab dah outdated.
Kesian, kesian, kesian.
(Dah beli baru punye Xiaomi Redmi 4X 3GB/32GB on 29/06/17. Lagi 10 tahun baru dapat handphone baru. Kau pakai la sampai reput ape yang ada ni)

20. Rantai kaki
Teringin nak pakai. Bila orang pakai rasa cantik jer. Walaupun kadang-kadang rase macam khaf lam ya pon ada. Huhuhu..Nak yang simple-simple jer. Tapi tak nak yang ade loceng.
Rantai pon ko dah cabut. ni nak pakai rantai kaki. kang kene kokang ngan anak2 je

21. Honeymoon (officially)
Pelik kan. Dah 2 tahun kahwin takkan tak pernah pergi honeymoon. Itu la hakikatnya. Kitorang memang ada berjalan & bercuti tapi bukan berdua. Mesti ada family and kawan-kawan yang ikut. First year kawin rasa can tension gak la kan. orang lain sebok berhoneymoon sakan. Tapi kitorang tak. Sibuk mencari harta dunia. Ape nak jadi nih!!
Package 2 in 1 05/01/14

22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.



3 comments:

  1. k.naz backpacking tu pe?

    ReplyDelete
  2. Jalan2 dengan gamblenye la..Jom la ape lagi. Tapi tahun ni xboleh. Tahun depan kite gi ek

    ReplyDelete
  3. Dah berapa point yg boleh delete tu????

    ReplyDelete