Monday 8 April 2013

Soal Jawab : Air Liur Tak Bahaya?

Sumber : Harian Metro (7 April 2013)
Muka Surat : E34

 
Doktor, setiap kali bersama isteri, saya sering menggunakan air liur sabagai pelincir untuk memulakan pesetubuhan. Persoalan saya, adakah penggunaan air liur ini boleh mendatangkan masalah kepada alat kelamin isteri serta saya sendiri? ~ Azmi Kuala Lumpur



Air liur adalah ejen perantaraan yang paling sesuai sebagai pelincir untuk melembabkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj. Jarang sekali air liur mangandungi kuman yang boleh memudaratkan. Jangkitan alat sulit wanita juga jarang berlaku kerana tahap keasidan di faraj akan mengawal pembiakan kuman.

Malah, bagi yang mempunyai air mani yang pekat, enzim protease di dalam air liur membantu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan pantas di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat.

Begitupun, Mustahak untuk membersihkan mulut dan memberus gigi serta lidah supaya kuman dapat dihapuskan sebelum melakukan hubungan intim sedemikian, sekali gus merendahkan risiko.

No comments:

Post a Comment