Monday 9 January 2012

Bola Oh Bola..

Keletihan & mengantuk je hari ni..Maklum la malam tadi ke Bukit Jalil menyokong pasukan pilihan Negeri Sembilan melawan Kelantan.Huhu..Bukannye minat sangat pon ngan bola sepak pada mulanya. Tapi selepas berkahwin n husband memang kaki bola. So, tetibe je jadi minat n sikit2 mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Dari tak kenal langsung sekarang boleh kenal la sikit2 pemain2 bola tu..
Ni first time ke stadium Bukit Jalil menonton bola.Selalunya husband hanya bawak ke Stadium kat Paroi. Sebelum permainan bermula rasa lapar sesangat. So, pergi la beli makanan. Mak aiiii..Mahalnye makanan. Air dalam cawan macam kat pasar malam tu RM2 secawan. Bebola2 yang dicucuk kat lidi tu pon sama RM2..Tapi perut dah lapar beli je la..Lepas permainan bermula n time rehat first half, ada sorang brader jual air mineral botol kecik. Member husband pon panggil die coz tekak dah perit menjerit beri sokongan. Bila tanya harga kitorang terkejut.. RM3 sebotol.Betol2 makan riba' tu.hahaha.. Lepas ni beringat2 la nazliah..kalau nak masuk stadium beli makanan awal2 kat luar. Xde la kene cekik darah lepas ni..

N9 Die Hard Supporter
Pergi stadium mesti la bersama kawan-kawan. Barulah happening


Kuaci mesti ada tiap kali ke stadium
Makanan ruji kalau ke stadium..Kalau match ok makan kuaci cam biasa jer, bila match boring laju je aku makan..Tapi, bila dah goal, silap-silap berterabur kuaci tu..Hilang kawalan seketika..Hehe

N9 juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2012
Akhirnya berbaloi jugak pergi Bukit Jalil..

No comments:

Post a Comment