Kalau ade sesape yang ada perasan naz pernah post gambar ni dalam FB..Lepas tu banyak la yang mengidam nak makan bubur nasi gak.huhu.. Buat bubur ni time demam haritu coz tekak xrase nak makan nasi. So, ubah selera buat bubur nasi.
Ramai yang tanya nak buat bubur nasi ni susah ke x. Mudah je kalau anda rajin n minat memasak.huhu..(xberapa rajin nak masak pon..) Ini sekadar untuk berkongsi ilmu masakan yang xberapa tinggi ni dengan kawan-kawan sekalian. Naz masak jenis agak2 je kuantiti bahan. Tak pandai nak sukat-sukat. Masak ikut citarasa sendiri
Bahan:
Udang / ayam / daging secukupnya
Fish cake / ball
Cendawan
Sawi
sup bunjut
Beras (untuk bubur)
Garam
Bahan tumisan: (Semuanya ditumbuk/dikisar)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Jintan Putih
Lada Hitam
serbuk sup adabi
Cara-caranya:
Sediakan bubur dulu dengan merebus beras dengan air yang banyak.Tambah sedikit garam. air boleh ditambah bila dah kering n nasi tu belum lembik macam yang dikehendaki.
Sup ini disediakan caka tumisan darat
Rebus udang/ayam/daging dan fish cake/ball hingga mendidih.
Masukkan sup bunyut
Tumis bahan2 yang ditumbuk dan serbuk sup adabi hingga naik bau dalam kuali.Pindahkan ke dalan periuk rebusan sup tadi bila tumisan sudah naik bau.
masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa(jika perlu)
Dah siap!! Kalau nak pedas lagi buat la sambal kicap macam sambal kicap bihun sup tu.
Kalau faham, boleh email/msg/call chef nazliah untuk lebih detail..huhuhu
No comments:
Post a Comment