Sunday, 20 May 2012

Bubur nasi



Kalau ade sesape yang ada perasan naz pernah post gambar ni dalam FB..Lepas tu banyak la yang mengidam nak makan bubur nasi gak.huhu.. Buat bubur ni time demam haritu coz tekak xrase nak makan nasi.  So, ubah selera buat bubur nasi.
Ramai yang tanya nak buat bubur nasi ni susah ke x. Mudah je kalau anda rajin n minat memasak.huhu..(xberapa rajin nak masak pon..) Ini sekadar untuk berkongsi ilmu masakan yang xberapa tinggi ni dengan kawan-kawan sekalian. Naz masak jenis agak2 je kuantiti bahan. Tak pandai nak sukat-sukat. Masak ikut citarasa sendiri

Bahan:
Udang / ayam / daging secukupnya
Fish cake / ball
Cendawan
Sawi
sup bunjut
Beras (untuk bubur)
Garam

Bahan tumisan:  (Semuanya ditumbuk/dikisar)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Jintan Putih
Lada Hitam
serbuk sup adabi

Cara-caranya:

Sediakan bubur dulu dengan merebus beras dengan air yang banyak.Tambah sedikit garam. air boleh ditambah bila dah kering n nasi tu belum lembik macam yang dikehendaki.

Sup ini disediakan caka tumisan darat
Rebus udang/ayam/daging dan fish cake/ball hingga mendidih.
Masukkan sup bunyut
Tumis bahan2 yang ditumbuk dan serbuk sup adabi hingga naik bau dalam kuali.Pindahkan ke dalan periuk rebusan sup tadi bila tumisan sudah naik bau.
masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa(jika perlu)

Dah siap!! Kalau nak pedas lagi buat la sambal kicap macam sambal kicap bihun sup tu.
Kalau faham, boleh email/msg/call chef nazliah untuk lebih detail..huhuhu




Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu Untuk Ibu naz Pn.Norizan dan ibu mertua Pn.Robeah
Hari ini genap 50 hari selepas period yang terakhir..Mungkinkah naz bakal menjadi IBU? Xsabar nak buat pregnancy test sebenarnya.Tapi hari rabu lepas dah buat test dah dekat klinik sebab naz demam+selesema+batuk.Tapi bila test keputusannya -ve.Doktor macam tanak bagi naz kecewa dia just cakap ni bukannya bermakna naz xmengandung.Ade 2 kemungkinan.

  1. mmg xmengandung
  2. mengandung but masih baru

So, kalau baru pon biasanya xboleh detect lagi.Doktor cakap tunggu seminggu lagi.Kalau xdatang bulan lagi die suruh datang test lagi sekali.Doktor tu cakap kalau +ve dah boleh scan.Macam tersangat excited.Tapi naz nak tunggu lagi 10 hari la biar cukup 60 hari.Kalau ada rezeki tu dapat la nampak dua garisan..Insyaallah..

Saturday, 12 May 2012

Sangat Busy

Sejak 2 menjak ni tersangat la sibuk sebenarnye dengan tempahan brooch yang berlambak2.tapi still relax je wat keje.padahal member2 dah bising."mane brooch aku? mane brooch aku?"sabar.. tu je yang mampu naz cakap.nak buat macam mane.masa kerja yang panjang hampir 12 jam setiap hari.rumah pon dah makin bersepah2 macam tongkang pecah.tapi nasib baik la ada husband yang sangat memahami..Thanks abang..

Raw material memang bersepah2 la tengah rumah.Nak buat macam mane. rumah kecik.semua kerja buat kat depan TV.naseb baik xde org datang rumah.kalau la ade, malu...huhuhu

Saturday, 5 May 2012

Happy birthday to me

Malam tadi husband naz kerja malam n sangat keletihan n tidur awal. En. husband biase la buat muka selamber n buat xtau jer. Malam tu mmg en. husband xbanyak cakap.xtau kenapa. Takut rahsia terbongkar kot..huhu.. Pastu dalam pukul 1 pagi tersedar coz handphone berbunyi ada msg masuk.excited la rupa2nya msg dari adik wish birthday.terpikir gak."husband aku ni lupe ke birthday aku arini?maybe dia lupa kot.ptg ke mlm kang ke die wish la.."
Pagi2 bangun nak mandi ternampak kad birthday n hadiah kat depan cermin di ruang tamu. Mula la berjurai2 air mata ni.macam tak percaya je.xade apa yang mampu diucapkan melainkan menangis.huhu..
Lepas tu terus masuk bilik semula cari handphone contact en.husband..saya sayang husband saya..huhu (tetiba je)
Ini la hadiah naz