Sunday, 29 July 2012

Buffet Ramadhan

Alhamdulillah..Semalam officemate yang baik hati belanja berbuka puasa di Philea Resort & Spa kat Ayer Keroh. Package agak mahal la RM72++ untuk dewasa. Kalau xpercaya tengok sendiri flyer ni


Time melangkah masuk sangat2 lah teruja sebab sangat cantik tempat itu. Lobby xpayah citer la.Berkilat sini sana. Jubin sangat klasik tapi moden. Kalau lah banyak duit, dah pasang kat umah jubin macam tu.haha..

Cite semula pasal makan. Masakan ala kampung tapi sangat banyak sampai xtau nak makan ape. Antara menu yang ada time aku pergi tu Ayam golek, Lamb & mushroom sauce, ketam masak merah, Ikan patin masak tempoyak, Kuzi kambing, entah la sangat banyak sampai xdapat nak ingat..
Gerai kat tepi2 pon bayak ada kambing bakar, laksa, bihun sup, tempayaki dll tapi yang paling menarik coz ade coklat terjun.haha macam budak-budak pulak.

Air pulak dah tentu resort ni kat melaka. Ape lagi tarikan utama adalah air long chan..Majority amek air ni coz kat tempat lain susah nak jumpe melainkan dekat melaka. Air Long Chan ni same je macan air berkabonat F&N dulu2 tu. Tak silap dulu sebotol 80 sen je. Kalau beli mesti makcik2 kedai bungkuskan dalam plastik. Teringat plak zaman kecik2. Kalau tolong abah jual sayur kat kebun mesti abah upah air ni. Adik2 siap panggil air sakit hidung coz kalau minum n sendawa gas naik sampai hidung.huhu
Tempat makan plak. Amat mendamaikan tempat makan dikelilingi oleh kolam buatan yang penuh dengan ikan kap. kalau budak2 mesti suka tengok ikan2 tu. Xde la mengamuk nanti. Mak ayah boleh melantak makan dengan senang hati. Maklum lah bayar mahal tu.

Rasa macam nak pergi lagi je kat situ tapi mahal..mana mampu. Jawabnye tahun depan plak la. Janji dapat merasa sudah la. Korang bleh klik kat SINI. Survey ape yang patut kat resort tu. Mana yang banyak duit tu boleh la terus book bilik kat situ. Lepas berbuka terus lepak dalam bilik. Xsilap start harga sbiji bilik dalam RM8++ tapi kalau korang nak murah book melalui agoda. Kat situ dapat murah sikit.

Wednesday, 25 July 2012

Aduhai Ramadhan..

Salam ramadhan..Masuk hari dah 5 hari kita berpuasa.Rasa macam sekejap je..Tapi yang sekejap tu la berlaku sesuatu yang membuatkan aku hangen+nak gelak. Ni aku nak citer. Layan je la ek.
Sahur (24/7/12):
Xtahu ape yang aku pikir malam tu tido tanpa kunci jam. Ape lagi pagi en.suami kejutkan pastu die cakap "dah 5.25 bangun!" "Ya Allah!" Aku terus bangun macam pelesit la terus masuk dapur panaskan ape yang patut. Tapi bukan panaskan sangat pon. Nyalakan api kejap je pastu tutup.Buat syarat jer. Dengan segera aku hidang. "Makan cepat2 mase nak habis dah ni." Tu jer la aku mampu cakap. En. suami balas. "Minum air kosong je la kite pagi ni.."Senyum jer la nak buat macam mane dah darurat dah.Haha..

Berbuka (24/7/12)
Masa bekerja kat kompeni naz pada bulan ramadhan ni 8am~5.45pm (lame giler kan). Balik kerja je dengan segera ke pasar malam yang berdekat dengan rumah sebab nak beli sayur untuk dimasak. Tau jer la kalau pergi pasar orang ramai walaupon jalan dengan lajunye tapi ade jer "roadblock" kat tengah2 pasar malam tu. Maklum la bulan puasa ramai la membeli untuk berbuka. Lepas tu aku terpaksa berpatah Balik ke Caltex coz nak kuarkan duit..Lepas tu pulak ke kedai runcit nak beli kelapa parut nak masak. Sebenarnya suami xkesah nak masak ape tapi dah dari awal dah plan nak masak gulai lemak ikan.So, kena la buat gak. Sampai jer Rumah dah pukul 6.40 pm..Mak ai..Terus la bersilat makcik. Rase macam nak ketar je buat kerja. Akhirnya selesai memasak pukul 7.15pm. Naz buat Gulai lemak ikan + timun, sawi goreng & sambal belacan + tomato. Hmm..hebat x? Macam master chef plak rasenye..
perjalanan before balik rumah
kilang-pasar malam-caltex-kedai runcit-rumah

Dah siap berbuka, tanak ape yang terjadi tadi berulang lagi, naz pergi la membeli barang dapur sorang coz en.suami kerja malam.Lega rasenye..

Sahur (25/7/12)
Pagi ni entah sebab ape en.suami sediakan sahur..Naz tersedar coz rase macam bau orang masak. Maklum lah rumah sewa ni kecik jer..Bila celik je mata nampak en.suami degan tersenyum bancuh air milo. So suweet..haha.Seronoknye kalau hari2 macam ni xapayah susah2 nak bangun. Tapi xde maknenye..kau tu isteri wahai nazliah..Sesekali boleh la..

Ni la citer stakat ramadhan yang ke-5 ni. Xtahu la ape yang bakal terjadi lagi ramadhan ini.

Wednesday, 18 July 2012

Pearl Night

Dua hari yang lepas buat kali kedua naz menghadiri majlis makan malam Kotra Pharma..Maklum la dinner ni diorang buat 2 tahun skali. Tahun ni Kotra Pharma menyambut ulang tahun ke-30 tahun sejak ditubuhkan.Disebabkan itu, tahun ni tema majlis adalah Pearl..Mula-mula dapat tahu tema majlis adalah pearl rase cam pening je. nak pakai baju camne? dalam kepala pikir pakai rantai atau gelang pearl je la.. Lagi seminggu nak pergi dinner baru la semua sibuk cari baju. Cara yang termudah beli online je la. Lepas pilih punya pilih, aku berkenan la ngan sepasang maxi dress ni..kaler die camne ek..Kalau adik ipar aku cakap kaler tu kaler pink belacan.Ala..kaler pink kusam tu..Pastu tanye pendapat kawan2 lain pon, diorang cakap cantik. So, dengan segera la book. Pastu ade gak kawan yang mintak tolong belikan sekali. Maklum la kalau beli ramai2 nanti kos penghantaran lebih murah. Tambahan pulak butik tu offer kalau beli over RM200 postage free.. So, total harga baju yang naz beli tu RM243. Dapatlah free postage. Selang 2 hari lepas booking n bayar dapat la baju yang dicita-citakan..Dengan rase excited kat reception tu gak naz bukak bungkusan tu..

Huh! Time tu rase gelabah,marah, macam2 lagi la. Mane xnye kaler yang sampai sangat- berbeza dengan ape yang terpapar dalam catalog. Kalau lari sikit2 tu xpe la. Ini terus out. Yang sampai kaler coklat ala2 silver.xreti la nak cakap..Nak pulangkan mase dah suntuk sangat. Dalam mase yang singkat hanya tinggal 2 hari je. Kepale mula la pikir macam2. Camne nak buat baju ni jadi cantik ek??kusut kepala aku nih!!
Last2 malam tu ajak husband pergi nagoya cari border lace konon nak tampal2 kat baju. Tapi yang sengalnye, xbawak plak dress tu. Agak2 jer kaler baju tu. Kesudahan nye aku beli lace hijau. Totally different dengan baju tu. Bukan sikit2. Tapi TOTALLY..Harrrr!!!! Bengangnye..

Husband diam je. Naz pon xbrani nak bising2. Kang kene marah lagi.. Terus pergi kat laptop google dress design..last2 baru teringat kepada tudung intan (my childhood friend) mase bertandang..Ape lagi selongkar shawl lame2 jahit ala2 shawl intan tu pastu xnak bagi kontra sangat ngan baju aku letak sikit patch lace kat tangan habis cerita..Jadi inilah hasil kerja aku..Korang layan je la ek.

Ni la hasil usaha last minutes aku..Boleh la..
Kak Fida, Qila Dan ....
Ikhwan yang sangat bertuah. RM2500 tu..Rezeki bakal anak + raye

Ops!! lupe plak just nak bagitau naz, nadia n K.fisda pon bertuah gak. Dapat voucher aeon RM190. Boleh la wat beli kasut raye


Sunday, 15 July 2012

1 tahun 3 bulan??

Semalam sebenarnya my old friend text me. Just tanya kat mana sekarang.Bila nak balik kampung. So, naz bagitahu dia yang last week dah balik maybe lambat lagi nak balik kampung. So, dia stat la cerita dia sekarang kat kampung n baru lepas kemas rumah. Tetiba die terjumpa hadiah yang sepatutnya die bagi kepada naz time majlis perkahwinan last year. Hmm..Tahun lepas time majllis memang naz ada jemput dia datang ke majlis perkahwinan naz. Tapi dia tak dapat datang disebabkan ke Guangzhou atas urusan kerja. Xpe la xjadi masalah tapi agak pelik kan..kenapa hingga sekarang dia simpan lagi hadiah tu?? Maybe sangat istimewa kot. Dia bagitahu naz supaya bagitahu dia kalau balik kampung. Tapi malu la rasenye..Rase macam saya ni tertunggu2 sangat hadiah tu.Hmm..xtahu la ape orang lain rasa. Last2 dia wish "SELAMT PENGANTIN BARU" walaupon dah 1 tahun 3 bulan. Naz mula terpikir BARU KER???hehe

Wednesday, 11 July 2012

Ladies Collagen


Selepas period yang lewat dulu naz mengalami masalah keputihan yang sangat teruk..Tak pernah jadi xtahu la sebab apa.Mungkin disebabkan masalah hormon yang tak stabil. Dari sehari ke sehari nak pergi klinik tapi tak pergi-pergi pon. Kat office mula la berkongsi masalah bersama office mate. Dia mencadangkan supaya mencuba minum ladies collagen. Agak tertarik dengan flyer die disebabkan die tulis boleh merawat masalah keputihan. So, dengan segera tempah sekotak buat percubaan.

Baru 3 hari minum collagen ni. Hopefully masalah keputih yang dasyat ni dapat dipulihkan sebab sangat xtahan dengan rasa2 yang tidak menyenangkan. Sekarang xminum hari2 pon. Minum selang sehari. Maklumlah mahal. RM35 sekotak. Kalau sebulan dah berapa bajet tu..Tapi hari yang xambil collagen ni, naz makan pil collagen..xtahu la jenama apa. Ambil time balik kampung haritu. Sebenarnya ni collagen abah dalam botol besar, so ambil kesempatan ambil sikit. Tapi xsikit sangat la ade gak dalam 50 biji.huhuhu...Dah jimat tu..