Wednesday, 30 January 2013

Jimat..Jimat..

Hari ni clerk cuti. So sebagai gurl tunggal dlm team terpaksa la buat segala kerje kekeranian harini. Dah nak masuk bulan baru. Preventive Maintenance arrangement for next month dah kene prepare. Selalunya just bagi cover page berserta running no lepas tu clerk akan fotostat isi perut form tu. Dah die xdatang n clerk tu baru je masuk dalam 2 minggu terpaksa la buat sendiri. Nak ajar banyak nanti pening pulak kepala dia. Ajar sikit2 sekurang2nya dapat la membantu. Dah siap prepare checklist tu ternampak plak index divider yang lama2 and dah rosak. Hmm... Kalau recycle buat memo paper best gak ni. Berwarna-warni. Mula la episod memotong ketas2 tu.



Dah siap separuh potong index divider tu ada separuh lagi. Simpan dulu la. Nanti dah habis boleh potong lagi. Tadi guna mata pisau jer coz housing pisau tu entah kemana perginya dah kena songlap.Huhu.. Tapi sesiapa belum pakar/mahir guna mata pisau ni dinasihatkan jangan buat. Nanti ada juga yang terluka..Potong jangan alas meja office plak. Pastikan berlapik dengan cutting board. Xpon guna acrylic sheet cam yang naz guna ni (Dah buruk hampir 3 tahun dia berkhidmat).

Pensel tu kak Fadzilah bagi dia beli time dia pergi Thailand.  Jenis yang mata boleh tukar2. Dulu zaman kecik2 pensil ni Femes.

Tuesday, 15 January 2013

Ini Rumah Kami

Setelah agak lama menunggu akhirnya dapat juga rumah ni. Parking die besar kalau kereta pattern kancil @ kenari tu dah boleh masuk 4 biji. Tapi kete tu xboleh la coz panjang.


Kete dah siap posing tu. Dah sabar nampak gayanya.

Aktiviti untuk hari ini:

1. Daftar untuk sambungan air (SAMB)
Payment RM110 + setem hasil RM10

2. Cukai taksiran (Cukai pintu)
Payment RM85.50 untuk 6 bulan tapi bayar untuk setahun terus.
Total : RM171

3. Lampu dan kipas
Lampu ni dah book dari bulan lepas lagi tapi lepas tengok keadaan rumah kene kurangkan down light dan kene tambah lampu yang lain. Tadi terus ambil
Total: RM1620. Tu pon belum ambil chandeliar untuk living room. Xpe la. Beli yang penting2 dulu. Yang tu lain kali boleh beli.

4. Alatan gotong royong
Hehe beli penyapu, parang, tukul and hose pon dah RM70. Mahalnye..huhu dah la musim2 nak berjimat ni. Sabar je la

5. Mangga
Yang ni pon harganya xboleh tahan. Mangga beli yang pakai master key. Kunci yang sama boleh guna untuk 4 biji mangga. Harga RM 239. Tapi lepas episod tawar menawar dapat lah RM200. Brand IKROS. Pattern dia macam solex tapi baik punya la. Coz orang tu cakap die pakai bearing and susah nak bukak Orang tu claim mangga tu xkarat. Kalau karat siap la. Hehe

Ni la episod menghabiskan duit untuk hari ni. Adoyai... Esok nak daftar elektrik pulak. Pemaju cakap dalam RM280. Duit lagi..Jawabnye untuk tahun ni kene lupekan untuk holiday and shopping sakan. Berjimat la wahai Nazliah..


Monday, 14 January 2013

Collagen


 Sejak dua menjak ni jadi sangat obses dengan collagen. Ni semua disebabkan jeles tengok perubahan Adira penyanyi tu.. Google2 dapat tahu die makan suppliment SNE and beutskin essence. Tapi harga huh!! tak beragak. Mahal!! xmampu kot nak beli. Beli sekotak boleh la. Tapi lepas tu memang dah tak lah. Mane larat. Sekotak dah RM200 (60 biji) tu baru untuk setengah bulan coz dosage 4 biji sehari. 2pagi 2 malam. Sebulan dah RM400..Adoiii...Tambah sikit lagi dah boleh bayar installment persona tu...
Seach punya search dah jumpa yang terbaik la kot..Finally beli Colla-Plus. 1 pack ada 12bottle + free 4 bottle = 16 bottle. Price RM167 tapi kalau beli 3 pack dapat harga RM330. Dah save banyak tu..1 pack cukup untuk 1 bulan. First time makan kene minum hari2 selama 6 hari. 7hari - 3bulan minum 2hari sekali. 3 bulan ke atas 3 hari sekali..Why aku pilih collagen drink ni? concentrate die antara yang paling tinggi. 5000mg jenama lain termasuk innershine collagen dalam 2500mg je. Nak tahu lebih pasal colla plus ni click SINI
Lepas tu dah minum colla plus ternampak plak innershine pati berry ni time shopping kat Mydin. Ape lagi beli la.hehe..marah my husben. Time beli susu plak ternampak plak minuman sarang burung. Beli lagi hahaha..Xcantik lagi xtahu lah


Dah makan semua kat atas tu nampak plak my cousin jual marine collagen. Apa lagi beli lagi.


Ni la rupanya marine collagen yang dah direndam. Macam-macam collagen drink ade kat rumah. Kalu xcantik dan sihat lagi xtahu lah!! kalau xhabiskan mmg ade yang kene marah ni.. Chaiyok Nazliah Chaiyok.. Jangan putus asa. Xsedap pon telan jer. Janji cantik

Azam Yang Tertangguh

Hampir sebulan meninggalkan tahun 2012. Huh! cepatnya masa berlalu. Rase macam baru je samput tahun baru. Tahun baru, azam pon mesti lah baru kan.. Tapi sampai hari ni tak tahu lagi ape azam baru tahun ni.hehe.. Coz takut tak tercapai xbest pulak. Tapi last year ada 2 azam

Pertama: Rumah
Hari ni baru tercapai azam tu walaupon dah tertangguh 15 hari. Hari ni baru dapat kunci rumah. Sangatlah gumbira.Hehehe... rase dah lama menunggu untuk masa ni. Pagi tadi tengah rancak meeting dengan Mat Saleh dari Itali tetibe en. husben sms bagitahu lawyer call suruh datang office sign document lepas tu terus pergi developer office untuk ambil kunci. Adoyai..kenapa la die xbgtau awal2. Boleh apply cuti. Jawabnye my husben la pergi sorang. Xbestnye...Nak gak amek kunci. Duduk kat office ni rase xtenteram jer. Hati ni dah kat rumah baru. Dah xsabar sangat dah rasenye. Bukan boleh duduk terus pon. Tapi excited punye pasal.. balik kerja ni kompom ajak husben pergi umah baru.hahaha. teruk betol perangai.

Kedua: Baby
Since kitorang dah hampir 2 tahun tapi still belum dikurniakan anak. Segalanya ketentuannya. Tapi xapa la. Still berharap and berusaha untuk itu. Kalau ada rezeki ada la. Kalau belum kami terima. DIA lebih tahu and telah merancang yang lebih baik untuk kami. Mana la tahu lepas pindah rumah baru dapat. Sape tahu kan. Doakan yang terbaik untuk kami..

Tuesday, 8 January 2013

Durian Crepe

Musim durin belum habis lagi, so still available nak post pasal durian crepe ni kan..hehehe
Lunch tadi my office mate bagi duria crepe. Dia beli kat Durian Cake belakang Tesco cheng. Sedap... Ni kali ke2 naz makan. B4 ni 2@3 minggu yang lepas dah makan. Tapi beli kat Restaurant Aida Rich kat batu Berendam. Ape beza antara 2 kedai tu?


First ni yang Durian Cake punya. Ni bukan gambar sebenar tapi time makan tu ala-ala camni la..
First saiz dea yang comel2 gitu. Senang dimakan. Pastu die punya tepung tu xtebal sangat nipis je. Just nice. 

Yang ni dibeli kat Aida Rich. Saiz die besar. kalau makan seketul pon dah kenyang. Tapi rasa kurang suka coz tepung/kulit die tu tebal sikit la. Time beli tu cream die macam xcukup kental so rase ade kureng sikit. Tapi ade yang kate sedap. Ikut selere masing2 la kan..

Tapi yang baru2 nak cuba dinasihatkan cari yang bersaiz kecil je untuk rasa dulu. Coz kalau rase xsuke n xhabis xde la rase macam terkilan sangat. Maklum la harge seketul mende alah ni pon bukan murah ±RM3 gak. Rugi2 kalau membazir.huhu

Kalau family ramai tu better beli seketul dulu rase camne n tengok macam mane rupa die pastu buat sendiri. Senang je kot.. Cuba la Google resepi..


Sunday, 6 January 2013

Fakta @ Mitos : Selimutkan Anak Ketika Demam

Sumber : Harian Metro
Muka Surat : E31
 
 
Biasanya jika si kecil demam, selepas memberi makan ubat, ibu akan menyelimutkan anak dengan selimut tebal. Alasan berbuat demikian ialah disebabkan anak sejuk dan selimut tebal membantu mamanaskan tubuh anak.
 
Teori kita ialah apabila anak berpeluh, suhu badannya yang tinggi akan berkurangan. Biasanya ibu bapa tidak membenarkan anak mandi kerana bimbang demamnya tidak kebah.
 
Adakah amalan itu betul atau sebaliknya? Adakah langkah yang diambil membantu menyembuhkan demam?
 
JANGAN selubungkan anak jika dia demam. lazimnya masyarakat kita berbuat demikian kerana beranggapkan tindakan itu mampu menurunkan suhu badan anak.
 
Jika kita pegang tubuhnya dan rasa panas, itu memberi petunjuk suhu dalam badan anak lebih panas. Kulit anak perlu didedahkan dengan suhu biasa supaya bahang dari tubuhnya keluar.
 
Anak boleh  mandi tetapi dengan air biasa, bukannya air sejuk kerana jika suhu badannye jatuh mendadak, kanak-kanak akan menggigil kesejukan.
 
Sebaiknya lap badan anak kerana langkah itu dapat membantu menurunkan suhu badan anak. Pakaikan anak pakaian hariannya dan bukan baju sejuk atau baju tebal.
 
~ Perunding Paediatrik dan Neanatalogi Pusat Perubatan Tropicana, Anushree Narayanan ~

Saturday, 5 January 2013

Telekung kaler-kaler

Gigih berusaha untuk menambah pendapatan di samping meluangkan masa yang ada dirumah serta memenuhrase ketagih untuk menjahit.huhu..Mula-mula buatkan untuk anak officemate. Lepas tu dah macam cantik je buat la untuk diri sendiri(light green). Dah buat tu bawak la ke tempat kerja. Lepas tu dah ramai yang bertanya. So, ambil la tempahan sikit2. Xde la banyak nanti xterbuat pulak. Tapi still boleh  manage time untuk menjahit n bekerja. Hopefully diberi kesihatan yang baik. So boleh menjahit dengan lebih banyak.

Telekung ni di tempah oleh K.Fida (Pink)

Telekung ni pula dari nik Azihan (light purple)
** Please ignore the pale face.hehe