Sunday 6 January 2013

Fakta @ Mitos : Selimutkan Anak Ketika Demam

Sumber : Harian Metro
Muka Surat : E31
 
 
Biasanya jika si kecil demam, selepas memberi makan ubat, ibu akan menyelimutkan anak dengan selimut tebal. Alasan berbuat demikian ialah disebabkan anak sejuk dan selimut tebal membantu mamanaskan tubuh anak.
 
Teori kita ialah apabila anak berpeluh, suhu badannya yang tinggi akan berkurangan. Biasanya ibu bapa tidak membenarkan anak mandi kerana bimbang demamnya tidak kebah.
 
Adakah amalan itu betul atau sebaliknya? Adakah langkah yang diambil membantu menyembuhkan demam?
 
JANGAN selubungkan anak jika dia demam. lazimnya masyarakat kita berbuat demikian kerana beranggapkan tindakan itu mampu menurunkan suhu badan anak.
 
Jika kita pegang tubuhnya dan rasa panas, itu memberi petunjuk suhu dalam badan anak lebih panas. Kulit anak perlu didedahkan dengan suhu biasa supaya bahang dari tubuhnya keluar.
 
Anak boleh  mandi tetapi dengan air biasa, bukannya air sejuk kerana jika suhu badannye jatuh mendadak, kanak-kanak akan menggigil kesejukan.
 
Sebaiknya lap badan anak kerana langkah itu dapat membantu menurunkan suhu badan anak. Pakaikan anak pakaian hariannya dan bukan baju sejuk atau baju tebal.
 
~ Perunding Paediatrik dan Neanatalogi Pusat Perubatan Tropicana, Anushree Narayanan ~

No comments:

Post a Comment