Sunday, 26 May 2013

Dia Sedar pon..

Lain macam jer bunyinye.. Padahal xde ape pon. Rasenye baru beberapa hari lepas update pasal dynamo klon. Baru harini en. husband bukak mulut.

Citernye macam ni.. Tadi dalam pukul 9 dekat-dekat pukul 10malam before dia keluar pergi main badminton, dia bagi topi-topi dia dekat Naz suruh rendam. Pastu siap dia cakap "Amek ni. Rendam ngan sabun serbuk dalam bilik air tu" Naz pon jawab la.. "Aik..Tanak guna dynamo tipu ni ke?" Dia terus jawab "Tak bersih".
So, moral of the story.. dia sebenarnya tau jer sabun tu tak best. Nanti kalau cakap kat Naz, nanti Naz dah tak guna. Membazir pulak. So dia biarkan je la Naz habiskan sabun dynamo klon tu...Tapi banyak lagi yang tinggal. Rasenye dalam + 3 liter lagi. Hadoiyaii...

Puding Roti Karamel (Kukus)

Bila dah cuti macam ni la.. Kepala dah mula memikirkan aktiviti yang nak dibuat. Pagi-pagi tadi dah ke pasar borong membeli lauk. bila dah petang mula rasa boring. Pikir punya pikir.. Akhirnya buka buku ni. 1 Hari 1 Resepi. Buku ni nak katekan hampir tiap hari Naz buka. Selalunya tak tiru sebijik2 resepi kat situ. Just ambil idea apa yang nan dimasak untuk hari tersebut. Pastu pandai-pandai la masak. Ikut citarasa sendiri. Kali ni Naz buat dessert Puding Roti Karamel. Naz buat ni sebab tak perlu guna oven. Just kukus.. Maklum la.. Tak ada oven. Ni pon first time merasmikan periuk kukus yang paling besar ni. Selalunya pakai yang kecik je (kukus pau segera). Ni dia periuk kukusnya. Ma Naz belikan kat kelantan. Lepas kitorang kawin dulu.


 Kesian kan tak ada oven.. Tak payah nak sedih sangat la.. Nia dia resepinya:

Sumber: 1 Hari 1 Resepi
By : Chef Hanieliza

Bahan A (Karamel)
½ cawan gula
½ cawan air

Bahan B (Puding)
10 Keping roti (dikoyakkan)
1 Tin susu cair (400ml)
1 Cawan air
1 Tin air  buah pic (Dalam tin)
2 Biji telur
½ Cawan gula halus
1 Sudu teh esen vanilla
2 Sudu makan tepung kastard
Buah Pic (Hiasan)

Cara Membuat
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau hingga gula larut dan mendidih.
3. Tuang karamel dalam loyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan hingga mendidih
6. Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi
7. Kukus selama 30 hingga 40 minit.
8. Sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dlam pinggan besar.
8. Susunkan buah pic. Sedia dihidangkan.

Dah jadi.. Tengok tu letak dalam pinggan pon senget. Nampak sangat tak profesional. Tapi rase memang terbaik. Ini bukan indah khabar dari rupa tau. Sedap..


Yang ni pulak untuk kengkawan. Habes senget -benget. Susah nak masukkan dalam tupperware. Huhu.. Janji ada bahagian untuk kengkawan.


Buah pic jadi cam tak cantik (memang tak cantik pon) sebab nak terus susun kat atas karamel pastu baru letak puding (Masa nak kukus tu). Tak kesah la. Janji ada la buah pic u.


Friday, 24 May 2013

Dynamo Klon

Ade sesape dah beli & guna dynamo klon ni? Tak tahu rupenye macam mana? Google je la Dynamo sabun, ke, Dynamo pencuci ke tak kesah la. Janji seangkatan dengan Dynamo. Mest korang akan jumpa apa yang Naz maksudkan. Naz dah gune + 2 bulan gak la. Tapi tak habis-habis. Jenuh nak menghabiskan segelen tu. Hadoi... Sebenarnya husband belikan. Dia sms bagitahu ada kawan dia jual dynamo ni murah. Tak silap RM38 (kaler pink). Naz pon sangat excited la kan.. Mane taknye kalau dah murah. Cepat je setuju. Bila dah sampai kat rumah terus bukak penutup dan amek bau. Dalam hati tak wangi pon... Nak bagitahu, kang kene marah pulak. Orang dah belikan banyak songeh pulak. Diamkan diri jer. Pastu weekend time shopping barang dapur Naz beli Downy sepeket (saiz sedang-sedang jer) campur dalam tng gelen tu. Jenuh goncang. Dah la berat. Buat sorang-sorang je kat dapur. Pastu en. husben perasan pastu sibuk la tanye kenapa tambah Downy lagi? Kan dah wangi.. senyap je la kan. Malas nak berhujah. Bila dah campur Downy baru la bau wangi sikit. Kalau tak bau asal tak tahu la nak cakap bau ape. Macam xde bau jer.hehe

Ape pendapat lepas + 2 bulan guna sabun ni? Pada pendapat Naz xbest!! salah satu bau tak wangi pastu kalau cuci baju macam tak bersih jer. Sebelum ni Naz basuh baju guna sabun serbuk FAB lavender. Kompom la wangi kan.. Baju pon bersih. Kesan minyak senang tanggal. Tapi yang ni bila keluar je baju-baju yang terkene minyak tu tengok macam tak basuh jer. Hangen je rase. Baik pakai sabun FAB aritu. Sekarang  tengah berusaha nak habiskan sabun tu. Time basuh baju letak sabun banyak-banyak. Pastu siap buat cuci bilik air, toilet, longkang dll. Gigih sungguh!!

Sori la kepada peniaga-peniaga yang menjual sabun ni. Bukan nak menjatuhkan bisness korang tapi tu la hakikatnye. Maybe yang Naz beli tu je tak baik. Yang korang jual tu ok je. So kepada bakal-bakal pembeli kalau korang nak beli tak ada masalah pon. Still boleh guna. Kalau korang dapat yang Ok, Ok la jadinya. Kalau dapat stock-stock yang Naz beli ni. Naseb badan je la jawab eh..

Monday, 20 May 2013

Hari Mingguku

Gatal nak jugak update..
Hari sabtu haritu biasanya Naz kerja sampai petang. Tapi disebabkan nak pergi cari kedai untuk tempah banner untuk abah. Keje halfday je la. Lagi pon rase macam malas je nak kerja. Pusing punya pusing kedai banyak yang tutup. Kedai printing belakang rumah pon tutup jugak. Jadinya terus je la balik rumah. Bila dah balik rumah rasa bosan GILERRR!! tak tahu nak buat apa. Husband kompom la tido. Maklum la orang kerja shift..
Apa yang Naz buat? Ni dia..


Bunga telur untuk majlis cukur jambul.. Semua barang-barang amek dalam kotak kat store. Ni lebihan mase kawin, tunang dan bermacam-macam lagi. Sayang nak buang. Baik buat sesuatu. Kebetulan kakak ipar (belah husband) and adik ipar bakal melahirkan. Kakak ipar dijangka bersalin dalam minggu depan. rezeki dia la ni. Mak mertua pon cakap boleh guna time buat majlis kesyukuran + cukur jambul nanti. Untuk adik ipar dia bersalin dalam hujung tahun. Sempat lagi buat yang lain.. Yang penting kene siapkan projek ni dulu. Bunga telur ni rasanya boleh dapat dalam 40++ batang. Cukup la koot..Untuk adik ipar nanti pikirkan nak buat ape pulak..

Wednesday, 15 May 2013

Dah 2 Bulan

Hari ni genap dua bulan kitorang pindah ke rumah baru. Rase macam sekajap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2 bulan pejam celik pejam celik dah 2 tahun..insyaallah kalau masih di berikan usia.
Rase nak share keadaan dan tahap kesepahan yang berlaku time pindah rumah haritu.




Memang bersepah tahap dewa rasenye. Tak tentu arah ape nak buat. Nak cari barang pon kemain susah. Sabo je la..
Tu bahagian rumah sewa.
Tapi bahagian rumah yang dipindahi xberapa nak bersepah sangat coz barang-barang semua simpan dalam kotak pastu duk diam2 dalam bilik belakang. Tapi rumah memang lengang gile sebab kitorang langsung xde beli perabot time duduk rumah sewa dulu. Sebabnye memang target nak beli rumah and beli perabot lepas pindah. Parent kitorang pon time tu tak menggalakkan beli perabot coz takut rosak time nak pindah2 barang.  Tapi betol gak cakap diorang. Senang nak pindah. Yang perabot xde ni pon rasenye macam nak pengsan mengemas. Kalau dah ade perabot entah lah!!

Lepas sebulan berpindah baru la sofa yang kami tempah sampai..

 Gambar sebelum
Dan selepas

Jam letak atas rak je. Rumah still dara coz tebuk-tebuk lagi. Bukan taknak gantung. Tapi tunggu nak cat dinding dulu dan cari decoration yang sesuai. Dah ada nanti baru la decide kat mana nak gantung.
Target decorate ruang tamu siap sebelum raya (hopefully berjaya).
Ruang lain tunggu dulu.. Kumpul duit dulu baru boleh nak cite. Hehe..

Sunday, 12 May 2013

Skytrex Advanture

Tahun ni kali pertama Naz ikut ERT training kat luar kilang. Selalunya kat dalam kilang je.. Jogging keliling kilang, angkat hos, kawad macam-macam la.. Tapi kali ni lain sikit. Kami pergi training jauh. Keluar melaka. kitorang pergi Taman Botanikal Shah Alam (sebelum ni dikenali sebagai Taman Bukit Cherakah kalau tak silap laa..).
Memang penat tapi seronok pergi sana. Tambah-tambah pergi dengan kawan-kawan. Macam-macam perangai ada. Sabar je la..
Kite layan gambar dulu ek..

Ni dia starting point untuk Big thrill. Penat habis. Kena gagahkan diri untuk memanjat tangga setinggi 17 meter ni. Baru setengah je panjat tangga tu dah mengah. Betol-betol menguji kesabaran dan ketahanan fizikal mahupun mental.

 Sempat lagi possing sebelom naik tangga.. Time ni muka ceria lagi.. Belum terima azab...

 Lepas naik tangga kena lalu kat jaring ni. Yang ni biasa-biasa jer. Tak takut sangat.

 Ni dia lagi satu tempat yang mencabar giler kene naik tangga lagi. Pastu kat sini baru terasa tahap ketinggian tempat tu. Ketar lutut pon ada... (gambar ni xtahu la nape xboleh pusing jenuh buat tak boleh2. Korang pusingkanlah sendiri ek..Nak gak share)

Lepas naik tangga tu ada titi yang sangat menakutkan and flying fox. kat sini pon susah jugak. Kena pandai imbangkan badan pastu kaki kena cepat. Silap langkah boleh terkangkang kat situ.. (Ni commander kitorang tau)

Banyak lagi halangan lepas tu. Tak sempat + tak larat nak amek gambar. Flying fox sangat banyak. seronok2.. Sesiapa yang suka aktiviti camni memang Naz recommend tempat ni..

Kadar bayaran:
Masuk ke Taman Botanikal : RM5

Skytrex
Little advanture: RM35
Big Thrill: RM45 (yang ni kitorang amek)
Extreme Challenge: RM55
Pergi 10 pax ke atas akan dapat discount 10%

Untuk keterangan lebih lanjut sila klik kat SINI