Alhamdulillah, dah 5 bulan lebih aku berpindah rumah. Semalam, selamatlah Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah kami ni. Kawan-kawan asik bertanya "Bila nak wat Housewarming?", "Open House Hari Raya bila?" dan banyak lagi la. So kitorang decide nak buat kenduri je terus. Alang-alang dah nak buat tu. Biar sekali buat dengan puas hati. Xpayanh nak ikut sangat orang barat housewarming pasal. Kite yang orang Islam ni kene la ikut cara Islam. So, cara yang paling baik wat kenduri kesyukuran. Semalam majlis bermula lepas solat zuhur, buat sikit bacaan doa. Ambil berkat la kan.. Majlis berjalan lancar hingga ke malam. Buat sampai malam sebab xsampai hati pulak kawan-kawan cakap xdapat datang siang. So, buat sampai malam.
Menu untuk kenduri semalam simple-simple je. Takde la meriah sangat. Masakan kampung. Xde la nasik beriani. Just bajet ikut kemampuan kami. Ni dia menunya:
Nasi putih
Ikan cencaru asam pedas
Daging singgang : Masakan pantai Timur
Ayam goreng
Ikan patin tempoyak
Kubis goreng
Ulam-ulam
Sambal belacan
Buah-buahan : Jambu, Lai, Apple, Rambutan
Bubur Jagung
Bihun sup/soto
Nasi impit
Kuah kacang
Dendeng daging
Rendang daging
Sambal ikan (kelapa yang digoreng dengan ikan + gravy2 lain) masakan pantai timur
Bila list kat sini baru sedar banyak gak menu hari tu. Tak rancang pun. Tapi dah rezeki orang nak sponsor & buatkan kite terima je dengan tangan yang terbuka.FYI tukang masak semalam adalah 2 orang heroin iaitu ma & mak (mak & mak mertua). Terima kasih banyak2 coz sanggup datang dari jauh untuk masak untuk majlis kami.
Bila tengok ramai kawan-kawan datang makan rase seronok sangat. Rase nak buat lagi jer. Bukan ape, bila orang makan kita rase puas hati. Tengok la next year. Kalau ada rezeki Insyaallah kitorang buat lagi.. Doakan yang terbaik untuk kami agar rezeki melimpah ruah untuk tahun2 mendatang. Boleh buat meriah2. Hehehe..
No comments:
Post a Comment