Sunday, 28 July 2013

Chocolate Chips Femes Emes

Semalam dah buat biskut badam. Bila dah menjadi rase sangat gembira la. Arini mula la bersemangat nak buat biskut lagi.. Last-last decide nak buat chocolate chips. Amek kertas, amek pen ngadap laptop. Google resipi. Last-last berkenan ngan resepi dari hanidamoss. Salin, pastu terus masuk dapur susun barang-barang nak diperlukan. Ape yang takde tulis atas kertas kuar rumah start motor pegi cari barang kat kedai belakang rumah. Memang sangat ketara tahap semangatnye kan... Pastu singgah 7eleven beli m&m sebab kat kedai tu xde m&m. Walaupon mahal belasah je la dah bersemangat sangat ni kan...

Meh sini nak share sikit resepi die:


Bahan bahan
1. 2 ½ cawan tepung gandum - naz guna 3 cawan
2. 2 cawan gula perang  (kalau guna gula castor sila kurangkan)
3. 250g butter 
4. ½  cawan serbuk koko - naz guna 1 sudu teh chocolate emalco (untuk menggelapkan cookies.xletak pon xpe.
5. 1 biji telur grade apa-apa je, belasah :p
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan tambahan
- Chocolate chip
- Badam (chopped)
- M&M - ni untuk orang kaye cam aku jer rase sakit ati x?Haha
 *boleh je tambah ape2 je. Belasah je la.

Cara-cara
1. Ayakkan tepung gandum baking powder dan soda bikarbonat. Kalau guna serbuk koko ayakkan sekali . Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati.  (kalau guna coklat emalco masukkan time ni)
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips &  kekacang. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit thats why naz guna tepung 3 cawan.
Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius.
Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk (untuk merangupkan cookies).
Sudukan dalam dulang pembakar. Jangan besar2 sangat. Letak jauh2 nanti die mengembang.
Lepas bakar sejukkan atas redai. Pastu simpan dalam balang ke tapawe ke. Kang lemau plak..

Ni gambar before bakar. Lepas bakar lupe nak amek.. Tapi boleh tengok tekstur tepung di before bakar. Memang lembik.

No comments:

Post a Comment