Saturday, 13 July 2013

Buffet Ramadhan Di Melaka 2013 (Part 2)

Wah hebat.. sampai ade part 2. Ni semua disebabkan gara-gara permintaan yang nafsu yang tinggi di bulan Ramadhan ni.hehe. Tak payah cakap banyak ek. Tengok je la yang mana berkenan.

1. Philea Resort & Spa

Si idaman hati.. Harga still sama dengan tahun lepas. Sape la yang nak belanja makan kat sini tahun ni.hmmm.. Tapi tahun ni ade steamboat. tahun lepas rasanye xde. Kalau ada maybe terlepas pandang la tu.





EQ ada 2 restorant yang menawarkan buffet ramadhan iaitu Seri Nyonya & Rest House cafe. Harga dua-dua restorant sikit lebih kurang. Tapi aku rase Seri Nyonya best kot. Sebab pernah pergi sana. Makanan dia sedap. Cendol kat situ sedap....





3. Permaisuri Hotel & Resort

Kat Melaka ni ada 2 hotel Permaisuri ni. Satu kat MITC (dulu Ankasa hotel) dan satu lagi bersebelahan dengan Stadium Hang Jebat. Kai sini murah dari hotel-hotel lain.
FYI hanya hotel yang kat MITC je ada sijil halal dari JAKIM. Yang dekat Stadium tu tak ada. Kalau korang yakin boleh la pergi kot...



4. Bayview Hotel

Kat sini Ok gak. Dulu-dulu pernah makan kat sini. Makanan die sedap. Tapi tak tahu la macam mana sekarang. Harga pun murah sikit..



Hotel tak letak promotion ni kat website diorang. Tapi diorang ada bagi email kat aku aritu. Terlambat plak nak post kat sini..Klik SINI untuk tengok email dia.
Harga Adult : RM45.00 nett tapi aku dapat beli dengan harga promotion RM39.00 nett.
Untuk menu klik SINI
Kalau nak senang korang call je orang hotel ni. Aku deal ngan Agnes. Dengan dia ni senang sikit
Amik no telepon die nih : 016-556 1270

Harga
Adult: Rm38.00 nett
Child: Rm28.00 nett
Buy 10 Free 1 - untung nih!! Kalau pergi 11 orang dalam RM34.60 sorang

Tak kesah lah korang nak makan kat mana untuk bebuka tahun ni. Tapi yang penting check dulu kat JAKIM. FYI, restoran2 yang dekat hotal tu tak semua ada sijil halal.  Kalau kat hotel tu ada 5 restoran, maybe 3 je restoran yang diorang apply sijil halal. Nanti ada pulak terpergi ke tempat-tempat yang tak ada sijil halal. Untuk hotel-hotel and restoran besar je la. Jangan pulak korang bingai sangat sampai Warung Mak Jemah pun korang nak check. Memang tak de la...






No comments:

Post a Comment