Wednesday, 9 August 2017

Doorgift Murah

Bismillahirrahmanirrahim...

Macan tak percaya je. Dah 4 tahun sebenarnya berniaga doorgift. Tapi biase la kalau berniaga ni. Ada pasang surut. Ada masa jualan mencanak-canak adalakanya krik..krik..hehehe

Tapi disebabkan bulan-bulan lepas raya dan menuju ke akhir tahun. Dah tentu ramai yang nak buat majlis. Majlis kahwin la, cukur jambul la.. dah tentu korang akan cari doorgift kan?
Kita "UP" sikit design doorgift yang ada. Tapi korang ke confimkan dulu dengan naz dia punya stock tau. Sebab takut out of stock

Oh lupa nak bagi tahu. Delivery adalah dalam kawasan Melaka..Free delivery untuk kawasan Batu Berendam, selain Batu Berendam charge delivery akan dikenakan. Kalau tetiba ada orang negeri sembilan ke KL ke yang berminat nak beli. Naz memang akan sarankan korang self pick-up. Sebab barang adalah kaca. Dan tentu berat. Nanti tak berbaloi kalau harga postage lagi mahal dari harga barang. Negeri Sembilah (Gemas) Insyaallah boleh hantarkan.. Tapi kene bgtau awal. Sebab tunggu time balik kampung baru boleh buat delivery area Gemas.













Abaikan tulisan dekat kotak tu..tak sempat nk crop. Boleh je nak order sikit-sikit. Sebab xde minimum order pun...

Kalau ada yang berminat boleh la contact naz 0129393147. Korang whatsapp tau.. 



Monday, 7 August 2017

Apa Promo Mary Jardin Ogos ni?

Sedar tak sedar dah bulan Ogos dah. Promo Bulan Ogos pun dah menampakkan diri. Bulan ni bertemakan detox..

Detox keluarkan segala sampah sarap yang ada pada kulit kita ni.. Kalau ditanya best ke tak best detox clay mask ni.. Jawapan dia SANGAT BEST!!!!!!!

Review dari naz sendiri. Jumaat lepas bersemangat kitorang laki bini duk berdetox.. Lepas 2 hari tgh bersantai-santai terperasan black head dekat hidung husband. Ape lagi... Memang rase gatal gilerrr tangan ni nak picit.. Ntah kenapa husband pun macam merelakan diri.

Bila picit..ambik kau... melompat-lompat blackhead keluar. Dulu blackhead tersekat dek kotoran-kotoran dekat muka tu.. Bila dah buang segala sampah sarap tu.. memang senang la mereka-mereka tu nak keluar. Lepas ni tak ada lagi la adengan laki bini bergaduh sebab laki sakit hidung bila bini die picit nak keluarkan blackhead.


No automatic alt text available.

Seriusly, memang best sangat sanngat detox ni..
Bulan ni ade promo dia adalah....

Detox Clay Mask (RM80) + Microfiber Towel (RM18) = RM85

Kot-kot ada yang berminat nak berdetox boleh la contact naz ye..
012-9393147

Thursday, 20 July 2017

Mary Jardin



Assalamualaikum...

Dah berhabuk, bersarang, berminyak, berkulat, macam2 lagi la blog ni..
Xsempat nak update.
Alhamdulillah harini ada kesempatan untuk update.

Just nak share dengan korang dengan satu product skincare yang tengah viral sekarang ni. Mary Jardin!!! Korang nak tahu x? seriusly Mary Jardin ni best.

Kisahnye....

Muka naz memang ada bintik-bintik sejak dari sekolah lagi. Maklum la.. Gen oram putissss..hahahaha.

Pada suatu hari, kawan sekolah lama (yatie) PM. Dia agent MJ ni. Die just langgar pintu nk sharing MJ ni. Kebetulan memang sangat nak cari skincare, memang elok sangat la tu!! Cerita punya cerita, naz beli Basic set. Mula2 kene detox dulu muka ni. Bila pakai masker die terus jatuh hati. Muka jadi tegang, segala minyak2 hilang, whitehead menghilangkan diri.. Seronok sangat2..

Yatie pesan suruh pakai satu demi satu dulu. Tapi dak naz ni degil. pakai semua sekaligus!!! hahahaha (ketawa jahat). Tapi alhamdulillah xde sebarang alahan. Malah whitehead, bintik2 hitam berkurangan. Sekarang ni dah masuk 2 bulan pakai. Dan Naz sendiri pon dah jadi agent.hehehe..

Kalau korang nak muka putih melepak dalam masa 24jam, ini bukan productnya. Tapi kalau nk kulit sihat & berseri secara semulajadi ini lah die. Kesan bukan secara mendadak. Faham-faham la kalau benda organik.. Biar lambat asalkan selamat.

Kalau ada sesiapa nak cuba boleh whatsapp naz (0129393147) Kalau nak jadi agent pon dialu-alukan.

Love;
Naz
MJ Agent
ID 003669
No automatic alt text available.

Wednesday, 10 June 2015

2 Tahun bertapa..

Alhamdulillah..baru ada kesempatan untuks update blog ni yang dah lama giler bersawang..naseb baik tak berhantu jer.insyaallah...akan terus active update blog ni..

Tuesday, 17 December 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..setelah lama berhibernasi & dah lama tak mengarang, hari ni kembali. Setelah mengharungi masa-masa sukar muntah-muntah & pening-pening. Sekarang keadaan kembali pulih. Minggu ni baby dalam perut ni dah berusia 17week. Rasa macam tak percaya pun ada. Maklum la, kitorang dah lama menunggu si comel ni. Akhirnya dia hadir. Hopefully dia dapat membesar dengan sihat.

Kalau diingat semula time mula kitorang detect yang aku ni mengandung memang kelakar pon ade. Camni, last period aku bermula 23/07/13. Period cycle aku memamang payah nak dikira. Kebiasaannya dalam 42hari. Sememangnya sangat panjang. Ok dah tamat satu bab.

Since pertengahan bulan 9 aku rase pelik sebab period aku still tak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu sampai la 19/09/13 aku rase cam tak sabar. Lastly pukul 10 malam aku kuar dengan en.husben (naik moto jer) pergi klinik kat blakang rumah ambil HCG test kit. Sampai rumah je berdebar dah rase ni.. En.husben suruh test terus. Tapi aku cam malu-malu plak. Bila si dia dah masuk tido aku mula la masuk toilet test. Ya Allah!! Seriusly aku memang tak percaya coz ada 2 line. Bila kuar je dari toilet rupa-rupanya en.husben tak tido lagi. Tak boleh nak sorok la. Terus pergi kat katil tunjuk katsi dia. Dia buat muka slamber jer. Huhh!! menyampah! Cover macho la tu.

memang sangat jelas. 2 line!!

Muka masing-masing cam relax habis. Padahal aku nu rase sebak pon ade. Nak nanges takot kene gelak.huhu.. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang excited, si dia pon same. Dua-dua tak boleh tido. Terkelip2 bijik mata ni di tengah-tengah malam. Klakar je... Keesokkan malamnya kitorang ke klinik lagi sekali nak scan and pastikan aku betul-betul preggy. 

Sah!! 4w5d

Kalau diikut tarikh period baby dah 8weeks time tu. Tapi disebabkan period cycle aku yang pelik ni, unur baby sebenarnya kurang 1 bulan. Tapi aku bernasib baik baby aku ni kuat. FYI lepas aku buat kenduri haritu, pada 10/09 & 11/09 aku pergi ujian fizikal untuk jawatan penguatkuasa JPJ & KPDNKK (xdapat pon..sedeh..). Kalau dikira-kira baby dah ada dalam perut ni. Rasenya dalam 1-2 weeks. Bayangkan time tu aku berlari pusing padang bola 7x. Tak ke gile. Rase nak pengsan. Mujurlah perkara-perkara yang tak diingini xterjadi. Insyaallah, kami dapat berjumpa dengannya bulan 5 2014 nanti.

Monday, 16 September 2013

Cederahati @ Doorgift Perkahwinan/Majlis Keraian

Dah mendekati bulan-bulan terakhir tahun 2013 ni. Biasa la, cuti sekolah pun hampir tiba. Jadi, kenduri kendara seperti Majlis Perkahwinan, Cukur jambul, Pertunangan, dan sebagainya mula mengambil tempat. Budak-budak sekolah mana yang periksa, hanya tunggu habis periksa. Lepastu MERDEKA!!!
Tapi yang bakal mengadakan majlis selagi belum habis majlis belum merdeka lagi.

Sekarang, kepada sesiapa yang bakal mengadakan majlis. Ini masa paling berserabut nak memikirkan apa yang perlu dibeli untuk doorgift kepada para tetamu yang hadir. Jom cuci mata apa yang u oll leh bagi. Sekarang aku ade menjual barang-barang dari Syarikat Menang Glassware. Ini antara barangan yang boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.







Bermula dengan harga RM1.96 hingga RM9.90 pastinya harga yang mampu dibeli. Setiap pembelian 10@5 pcs free 1(depend on offer).
Nak jimat korang boleh memborong barang yang murah untuk tetamu biasa dan membeli yang mahal sedikit hanya untuk tetamu VVIP. Kesemua barangan didatangkan dalam kotak yang cantik. Tak perlu memikirkan @ membazir kos untuk membeli kotak @ beg. Kalau nak isi gula-gula atau apa2 makanan terus masukkan je dalam bekas tu.. Bukan kah jimat tu?

Sebarang pertanyaan sila pm/whatsApp : 012-9393147
Pembelian borong, ada diskaun menanti anda. Fikir-fikirkan

Monday, 9 September 2013

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah, dah 5 bulan lebih aku berpindah rumah. Semalam, selamatlah Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah kami ni. Kawan-kawan asik bertanya "Bila nak wat Housewarming?", "Open House Hari Raya bila?" dan banyak lagi la. So kitorang decide nak buat kenduri je terus. Alang-alang dah nak buat tu. Biar sekali buat dengan puas hati. Xpayanh nak ikut sangat orang barat housewarming pasal. Kite yang orang Islam ni kene la ikut cara Islam. So, cara yang paling baik wat kenduri kesyukuran. Semalam majlis bermula lepas solat zuhur, buat sikit bacaan doa. Ambil berkat la kan.. Majlis berjalan lancar hingga ke malam. Buat sampai malam sebab xsampai hati pulak kawan-kawan cakap xdapat datang siang. So, buat sampai malam.

Menu untuk kenduri semalam simple-simple je. Takde la meriah sangat. Masakan kampung. Xde la nasik beriani. Just bajet ikut kemampuan kami. Ni dia menunya:

Nasi putih
Ikan cencaru asam pedas
Daging singgang : Masakan pantai Timur
Ayam goreng
Ikan patin tempoyak
Kubis goreng
Ulam-ulam
Sambal belacan
Buah-buahan : Jambu, Lai, Apple, Rambutan
Bubur Jagung
Bihun sup/soto
Nasi impit
Kuah kacang
Dendeng daging
Rendang daging
Sambal ikan (kelapa yang digoreng dengan ikan + gravy2 lain) masakan pantai timur

Bila list kat sini baru sedar banyak gak menu hari tu. Tak rancang pun. Tapi dah rezeki orang nak sponsor & buatkan kite terima je dengan tangan yang terbuka.FYI tukang masak semalam adalah 2 orang heroin iaitu  ma & mak (mak & mak mertua). Terima kasih banyak2 coz sanggup datang dari jauh untuk masak untuk majlis kami.
Bila tengok ramai kawan-kawan datang makan rase seronok sangat. Rase nak buat lagi jer. Bukan ape, bila orang makan kita rase puas hati. Tengok la next year. Kalau ada rezeki Insyaallah kitorang buat lagi.. Doakan yang terbaik untuk kami agar rezeki melimpah ruah untuk tahun2 mendatang. Boleh buat meriah2. Hehehe..

Sunday, 28 July 2013

Chocolate Chips Femes Emes

Semalam dah buat biskut badam. Bila dah menjadi rase sangat gembira la. Arini mula la bersemangat nak buat biskut lagi.. Last-last decide nak buat chocolate chips. Amek kertas, amek pen ngadap laptop. Google resipi. Last-last berkenan ngan resepi dari hanidamoss. Salin, pastu terus masuk dapur susun barang-barang nak diperlukan. Ape yang takde tulis atas kertas kuar rumah start motor pegi cari barang kat kedai belakang rumah. Memang sangat ketara tahap semangatnye kan... Pastu singgah 7eleven beli m&m sebab kat kedai tu xde m&m. Walaupon mahal belasah je la dah bersemangat sangat ni kan...

Meh sini nak share sikit resepi die:


Bahan bahan
1. 2 ½ cawan tepung gandum - naz guna 3 cawan
2. 2 cawan gula perang  (kalau guna gula castor sila kurangkan)
3. 250g butter 
4. ½  cawan serbuk koko - naz guna 1 sudu teh chocolate emalco (untuk menggelapkan cookies.xletak pon xpe.
5. 1 biji telur grade apa-apa je, belasah :p
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan tambahan
- Chocolate chip
- Badam (chopped)
- M&M - ni untuk orang kaye cam aku jer rase sakit ati x?Haha
 *boleh je tambah ape2 je. Belasah je la.

Cara-cara
1. Ayakkan tepung gandum baking powder dan soda bikarbonat. Kalau guna serbuk koko ayakkan sekali . Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati.  (kalau guna coklat emalco masukkan time ni)
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips &  kekacang. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit thats why naz guna tepung 3 cawan.
Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius.
Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk (untuk merangupkan cookies).
Sudukan dalam dulang pembakar. Jangan besar2 sangat. Letak jauh2 nanti die mengembang.
Lepas bakar sejukkan atas redai. Pastu simpan dalam balang ke tapawe ke. Kang lemau plak..

Ni gambar before bakar. Lepas bakar lupe nak amek.. Tapi boleh tengok tekstur tepung di before bakar. Memang lembik.

Saturday, 27 July 2013

Raya preparation

Dah masuk ramadhan ke-18 ni baru bersemangat nak buat biskut raya.. Macam-macam resepi dah aku google. Sampai juling bijik mate nak pilih mana satu nak buat dulu. Maklum la first time nak beraya kat rumah sendiri, kene la prepare kalau ade orang datang beraya. Macam ramai sangat je orang nak beraya kat rumah aku nanti. Tapi dah first time buat biskut raya ni kena la buat yang simple dulu. Kalau buat yang susah dulu kompom la tu yang akan menjadi biskut raya yang pertama dan terakhir aku buat. Hehe.. kali ni buat biskut badam dulu.

Biskut Badam
Sumber : Yatiememories

Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur *hentam jer gred ape pon
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cwn badam hancur (lebih pon boleh)
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang
 Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen vanilla
  2. Masukan badam hancur ,tepung jagung dan tepung gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak ( suhu oven 160ÂșC )
Heart shape gitu.. Dah siap sedia untuk dibakar
Haha kantoi...bakar atas tudung periuk very classic gitu. Maklum la orang baru nak menceburi bidang bakar membakar ni. mane nak ade loyang bayak..Pakai je la ape yang ada. FYI oven ni pon pinjam MIL punye tau..Kesian saya. Tak mampu nak beli oven. Huhuhu