1. Kita Memberi alasan untuk berbelanja
Kita sering memberi sebab perlu berbalanja seperti "Aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian di luar kemampuan. Adakalanya kita meyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.
2. Kita tidak mahu dilihat kedekut
Adakalanya kita sibuk memikirakan tanggapan orang lain pada diri kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap 'persetujuan' daripada orang lain.
3. Kita rasakan sukar untuk memahami kewangan
Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi. " Aku tak pandai dengan angka", "Aku tak akan jadi kaya", atau "Sukarnya memahami pelaburan".
Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab kita perlu berbelanja, membazir dan pada masa yang sama tidak pula menyimpan dan melabur.
4. Kita suka pada kepuasan sementara
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pasti kita kan membeli sesuatu tidak kira sama ada perlu ataupun tidak.
Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu iti dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
5. Kita tidak mengaku (atau tahu) jumlah sebenar perbelanjaan kita
Pernahkan kita mengira jumlah sebenar perbelanjaan bulanan dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon, bayaran rumah, ansuran kereta, bejet makan minum sebulan serta mengira wang untuk hiburan dan seumpamanya.
Tetapi bagaimana pula dengan perbalanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta, cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah atau temu janjo doktor gigi setahun sekali?
Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan menyebabkan kita berbelanja lebih.
6. Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang
Yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kedudukan kewangan diri sama ada dengan cara melabur, memulakan perniagaan atau ingin mempelajari skil baru untuk menambah pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai keutamaan.
Akibatnya, kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita mulakan langkah memperbaiki kewangan.
Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazir wang, kita maju setapak ke hadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudah-mudahan kita akan ingat enam sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment