Friday, 21 June 2013

Apabila Bakal Bertiga

Sangat teruja dengan artikel dari Harian Metro hari ini.. "Apabila Bakal Bertiga" Bunyinya sangat seronok. Tapi bab pengurusan kewangan perlu di titik beratkan. Irfan Khairi share pasal panduan bakal ibu bapa dari segi kewangan. Moga kita dapat manfaat dari artikel ni.

1.    Bincang bersama suami isteri
     Tanggung jawab menimang cahaya mata amat besar. Begitu juga dengan isi kewangan anda berdua. Ketika waktu awal ibu mengandung, inilah masanya suami isteri perlu berbincang soal kewangan keluarga dengan lebih mendalam terutama mengenai perbelanjaan yang akan bertambah.
     Bukan sahaja perbelanjaan, tetapi juga perancangan ibu bapa dalam gaya hidup yang mungkin akan mengubah status kewangan. Contohnya, adakah anda berdua akan bekerja seperti sebelum ini atau salah seorang akan behenti kerja? Mampukah pendapatan seorang menampung keluarga bertiga?
     Bincang terlebih awal isu kewangan kini dan masa depan supaya tiada isu megejutkan timbul di saat akhir si kecil itu lahir kelak.

2.  Berbalanja berpada-pada
     Jangan jadikan menyambut ahli keluarga baru sebagai alasan untuk berbelanja sakan. Keputusan perbelanjaan manusia adalah 90% keputusan emosi. Ketika emosi gembira menunggu cahaya mata bakal tiba, emosi juga berperanan ingin berbelanja lebih daripada kemampuan untuk si kecil. Sememangnya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik bagi anak mereka apatah lagi anak pertama.
     Namun perlu diingat, membeli apa yang tidak perlu di luar kemampuan akan menyulitkan kawangan lebih-lebih lagi apabila si kecil itu lahir.

3. Tabungan kecemasan +1
     Tabung kecemasan penting untuk semua, bukan saja kepada bakal ibu bapa. Apabila anak lahir kelak, keluarga berdua kan manjadi bertiga. Apabila bertiga, kebarangkalian berlaku kecemasan juga akan bertambah berbanding dulu. Sepanjang tempoh sebelum menyambut cahaya mata, pastikan tabung kecemasan untuk menampung ahli keluarga bertiga cukup untuk perbelanjaan sara hidup antara tiga hingga enam bulan sekiranya punca pendatan terhenti.
     Sediakan payung sebelum hujan. Berjimat cermat dalam bulan berkenaan untuk memaksimumkan tabung kecemasan anda bertiga.

4. Dapatkan insurans hayat
     Malang tidak berbau sekiranya anda sebagai penjana pendapatan keluarga meninggal dunia, insurans hayat dapat membantu dalam menampung mengekalkan taraf hidup yang tersayang kelak merekan ditinggalkan.
     Perancangan kewangan yang betul dapat mendapatkan insurans hayat dapat meringankan beban pasangan serta anak.

5. Senarai permintaan
     Satu perkara yang sering dilihat pada budaya barat adalah menyediakan "senarai impian" (wishlist) kepada kenalan dan keluarga membabitkan keperluan apabila menyambut bayi.
     Dalam senarai terbabit, terdapat barangan yang sangat diperlukan oleh ibu dan bapa. Senarai ini ternyata membantu ibu bapa baru dalam mendapatkan barangan yang diperlukan disamping membantu kenalan dan keluarga mengetahui apa yang diperlukan.
     Disamping itu, ia juga mengelakkan pemberian yang bertindan. Ingat lagi ketika berkahwin anda menerimadua hingga tiga periuk atau dua tiga cerek elektrik? Walaupun "senarai impian" ini sering dikaitkan dengan budaya barat, kini ada juga masyarakat kita yang mengamalkannya. Sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan mana-mana pihak, apa salahnya untuk diamalkan - terutama bagi mereka yang rapat dengan kita.
     Menyambut cahaya mata sememangnya sesuatu yang dinantikan dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Dalam pada itu, jadikan penambahan ahlin keluarga ini sebagai satu picu motivasi untuk memperkukuhkan lagi keadaan kewangan anda!!

" Seronok kan baca. Tapi mampukah kita? Hopefully kita dapat mempraktikkan. Bilakah masa untuk bertiga itu? Hanya dia yang Maha Mengetahui"

Buffet Ramadhan Di Melaka 2013 (Part 1)

Ramadhan tiba lagi!!! Tak sampai sebulan lagi kita nak bertemu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sudah pastinya sekalian umat mula la sibuk mencari tempat-tempat yang best untuk berbuka puasa. Termasuklah aku. Sekarang masih banyak hotel atau resort yang belum keluarkan flyer buffet ramadhan. Kalau google pun still tunjuk flyer tahun lepas. Tahun 2013 belum ada lagi. Tapi disebabkan nak buat proposal untuk berbuka puasa untuk rakyat Emergency Response Team (ERT) dan untuk mintak sponsor dari vendor/supplier untuk department tahun ni. Terpaksalah menggigihkan diri untuk mencari jugak. Buat masa sekarang just ini jer yang dapat. Semua buffet ramadhan ni di sekitar negeri Melaka sahaja ek. negeri lain tak ambil port. Hehe..

Sila Pilih yang mana menjadi idaman kalbu

Tahun lepas dah pergi. Tahun ni mintak-mintak ade orang yang bermurah hati bagi voucher Hatten Hotel ni. Kawasan cafe indoor tak berapa besar tapi still selesa. untuk keterangan lanjut sila klik SINI

Tak pernah kesini. Ada budget lebih boleh kot.. Lagipun hotel ni berada di kawasan bandar Melaka. Sesak kot nak pergi kesana. Kalau nak tahu kat mana Hotel Casa Del Rio & information pasal hotel ni. Sila klik SINI. Kalau beli voucher dari sekarang hingga 10 July 2013. Beli 5 percuma 1. 

Kat sini boleh pergi. Harga kompom-kompom lah murah. Dari awal tahun kononnye nak pergi makan ostrich burger kat sini. Sampai sekarang tak pergi. Buffet ramadhan nanti ade tak burger tu? Tempahan sebelum ramadhan, dapat 20% discount.

A'Famosa resort. Harga moderate tapi jauh la pulak. Hmm..ni kalau nak pergi pon weekend. Kalau weekdays tak sempat kot. Tempahan awal untuk buffet ramadhan sebelum 9 July 2013. Dapat discount.

Still menunggu flyer & promotion buffet ramadhan dari hotel-hotel sekitar Melaka. Especially hotel area Ayer Keroh sebab senang nak pergi. Jalan pun tak sesak. Nak pergi Philea Resort lagi!! Mampukah??

Kalau dah keluar flyer/promotion buffet ramadhan 2013 yang lain di sekitar melaka ni, akan di upload lagi ek..  Selamat berpuasa !!!!!!!!!!!

Sunday, 16 June 2013

Apam Polkadot

Apam polkadot la sangat... Tapi yang aku buat ni bukan polkadot sangat pon. Boring dengan polkadot. Ubah citarasa and asah bakat terpendam.hehe

Kite tengok resepi dulu


Bahan - bahan :
3 biji telur gred A
300g tepung gandum *diayak - Naz guna tepung kek
1 1/2 cawan gula pasir - kurangkan kalau tak nak manis
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N
1 sudu teh esen vanilla / esen pisang / esen ros
beberapa jenis pewarna yang disukai
Blueberry filling - Naz guna jem jer coz malas nak kuar beli filling
paper cup secukupnya

Cara - cara:
  1. Satukan gula, telur dan ovelete dan pukul hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan tepung dan ais krim soda secara berselang seli kacau. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Bahagikan mengikut warna yang disukai
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus selama 15 minit 

Masukkan adunan separuh dalam paper cup, masukkan inti. Masukkan lagi adunan hinggan 3/4 penuh. Finally tunjukkan kreativiti korang. Nak ukir angry bird ke polkadot ke, ape ape lah.

**Untuk memudahkan masukkan dalam paper cup boleh masukkan adunan dalam piping bag. kalu tak ade piping bag, masukkan dalam plastik jer. buat lubang kat hujung. Jimat!!

 Apam heart shape gitu

 Apam bunga-bunga


Bila dah siap jadilah macam ni.. Sodap..

Saturday, 15 June 2013

Baju Raya 2013

Huh!! Puasa pon tak lagi tapi dah sebok-sebok cari baju raya. Al-Maklum la..kalau orang perempuan time ni la kena tempah baju. Kena hantar awal. Kalau lambat tailor dah taknak ambil tempahan. Hadoi...sekarang pon majoriti tailor dah penuh. Tak nak ambil tempahan lagi dah. Jawabnye kene beli baju ready made je la... Tahun ni tak tahu la baju raya trend ape. Tapi rasenye peplum lagi kot. Tapi di upgrade la dengan bermacam design. Berlayer-layer, patch lace meriah-meriah, berlabuci sakan dll. Tak gitu?
Raya tahun ni nak pakai baju kurung moden je. Dah tempah tailor. Tapi kain tak hantar lagi. Aci tak?? hehe..Yang penting makcik tu siap request. "Jangan beli kain lembik-lembik. nanti susah nak jahit". Acaner tu? Tak kisah la. Janji die nak jahit. Lagipon taknak pon beli kain lembik..Cotton je kot. Selesa dipakai. Tapi kat makcik tu tempah baju je tau. Kain jahit sendiri.. Pelik kan?? Tapi tak rase pelik pon sebab ma tukang jahit. Ma malas nak layan karenah anak pompuan sorang die ni  buat baju kurung moden, die suruh tempah ngan orang lain. Konon-konon nak suruh ma tolong jahitkan kain. Tapi silap-silap memang jahit sendiri juga. Sabo jer la.

Ma dah cakap kat makcik tu nak buat baju kurung moden. Kalau nak buat baju lain makcik tu layan ke tak? Rase macam nak buat baju lain jer. Sebab dah ter'usha' baju-baju kat google. Hadoi.. Terbekenan ngan banyak baju. Antaranya:

Ni design baju raya tahun lepas dari hatta dolmat cantiknye..



Dua-dua baju kat atas dari anisa's collection. Rase nak pakai peplum tapi dah tanya husban die kate tak suka. Die reject tapi hati ni tanak reject. cantik kot. Yang kaler mustard tu rasenye ramai yang pakai / guna design ni untuk majlis persandingan. Baju still pattern kurung modern cuma kain kembang-kembang gitu.. Nak!!! Kalau dapat baju ni mesti time raya nanti ramai yang nak bergambar dengan saya. Perasan!!!!!!
 

Dress camni pon cantik kan. Simple but sweet. Kalau pakai rase macam princess gitu. Tapi still tak keterlaluan. Boleh pakai bila-bila masa jer. Nak jugak la yang ni.

Untuk husband dia just request nak baju melayu johor lepas tu leher nak jahit tulang belut. Ok senang. Beli baju siap. Lepas tu leher tu jahit sendiri tulang belut. Habis cite. (Kalau nak tempah kompom mahal)
Tahun ni tema baju kaler turqoise / Striking baby blue. design memang la berlambak boleh dapat. Tapi colour yang kitorang nak tu ada ker??

Thursday, 13 June 2013

Adab Dan Tatatertib Ketika Makan

Kali ni saje je post pasal makan ni sebab aku rasa masih ade lagi orang-orang yang diluar sana yang kurang beradab ketika makan. Maybe dulu-dulu zaman kat matrik diorang asik tuang kelas dinamika kemahiran kalau tak pun diorang tak masuk matrik, bila ditegur pon buat dono jer. Hadoi... Kalau lelaki boleh tahan lagi. Kalau pompuan?? Huh!! spoil habes. Muke chantek pon tak guna kalau time makan hancur..Setelah di google-google ni lah hasil pancarian.

Antara adat dan tatatertib berkaitan dengan makan adalah seperti berikut: 

Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.


Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.

Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.


Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang rnuda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.


Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.


Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.


Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

(Yang ni aku rase ramai yang tak buat. Memang la makan guna tangan kanan. Tapi kalau dah sudu tu beminyak, bersambal dan macam-macam lagi. Silap-silap air liur pon terlekat kat sudu tu. Ye la kalau jenis orang yang suap nasik masuk sekali ngan jari tu. Cube bayangkan. Nanti orang lain pon rase geli nak pegang)
Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.


Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.


Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.
(Aku paling menyirap kalau orang makan time kunyah tu berbunyi. Bikin potong selera jer. Kalau nak makan bunyi, tapau makan kat rumah. Kalau nak kunyah bunyi kuat mane pon orang tak marah.
Cuba bayangkan kalau dating, partner korang makan bunyi pastu berkahak2 pulak tuh. Rase nak clash time tu gak. So sesape yang terasa tolongggg!!!! lah sedar dan ubah perangai korang. Orang lain pon nak makan jugak.)


Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.


Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.


Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.


Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu Maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang Isyak.
(Rasenye ni selalu terjadi time raye. Kalau ye pon nak beraya dan makan free kat umah orang pon kan.. Agak-agak ler. Melainkan tuan rumah tu sendiri yang suruh datang awal. Tu lain cite la ek..)