Sangat teruja dengan artikel dari Harian Metro hari ini.. "Apabila Bakal Bertiga" Bunyinya sangat seronok. Tapi bab pengurusan kewangan perlu di titik beratkan. Irfan Khairi share pasal panduan bakal ibu bapa dari segi kewangan. Moga kita dapat manfaat dari artikel ni.
1. Bincang bersama suami isteri
Tanggung jawab menimang cahaya mata amat besar. Begitu juga dengan isi kewangan anda berdua. Ketika waktu awal ibu mengandung, inilah masanya suami isteri perlu berbincang soal kewangan keluarga dengan lebih mendalam terutama mengenai perbelanjaan yang akan bertambah.
Bukan sahaja perbelanjaan, tetapi juga perancangan ibu bapa dalam gaya hidup yang mungkin akan mengubah status kewangan. Contohnya, adakah anda berdua akan bekerja seperti sebelum ini atau salah seorang akan behenti kerja? Mampukah pendapatan seorang menampung keluarga bertiga?
Bincang terlebih awal isu kewangan kini dan masa depan supaya tiada isu megejutkan timbul di saat akhir si kecil itu lahir kelak.
2. Berbalanja berpada-pada
Jangan jadikan menyambut ahli keluarga baru sebagai alasan untuk berbelanja sakan. Keputusan perbelanjaan manusia adalah 90% keputusan emosi. Ketika emosi gembira menunggu cahaya mata bakal tiba, emosi juga berperanan ingin berbelanja lebih daripada kemampuan untuk si kecil. Sememangnya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik bagi anak mereka apatah lagi anak pertama.
Namun perlu diingat, membeli apa yang tidak perlu di luar kemampuan akan menyulitkan kawangan lebih-lebih lagi apabila si kecil itu lahir.
3. Tabungan kecemasan +1
Tabung kecemasan penting untuk semua, bukan saja kepada bakal ibu bapa. Apabila anak lahir kelak, keluarga berdua kan manjadi bertiga. Apabila bertiga, kebarangkalian berlaku kecemasan juga akan bertambah berbanding dulu. Sepanjang tempoh sebelum menyambut cahaya mata, pastikan tabung kecemasan untuk menampung ahli keluarga bertiga cukup untuk perbelanjaan sara hidup antara tiga hingga enam bulan sekiranya punca pendatan terhenti.
Sediakan payung sebelum hujan. Berjimat cermat dalam bulan berkenaan untuk memaksimumkan tabung kecemasan anda bertiga.
4. Dapatkan insurans hayat
Malang tidak berbau sekiranya anda sebagai penjana pendapatan keluarga meninggal dunia, insurans hayat dapat membantu dalam menampung mengekalkan taraf hidup yang tersayang kelak merekan ditinggalkan.
Perancangan kewangan yang betul dapat mendapatkan insurans hayat dapat meringankan beban pasangan serta anak.
5. Senarai permintaan
Satu perkara yang sering dilihat pada budaya barat adalah menyediakan "senarai impian" (wishlist) kepada kenalan dan keluarga membabitkan keperluan apabila menyambut bayi.
Dalam senarai terbabit, terdapat barangan yang sangat diperlukan oleh ibu dan bapa. Senarai ini ternyata membantu ibu bapa baru dalam mendapatkan barangan yang diperlukan disamping membantu kenalan dan keluarga mengetahui apa yang diperlukan.
Disamping itu, ia juga mengelakkan pemberian yang bertindan. Ingat lagi ketika berkahwin anda menerimadua hingga tiga periuk atau dua tiga cerek elektrik? Walaupun "senarai impian" ini sering dikaitkan dengan budaya barat, kini ada juga masyarakat kita yang mengamalkannya. Sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan mana-mana pihak, apa salahnya untuk diamalkan - terutama bagi mereka yang rapat dengan kita.
Menyambut cahaya mata sememangnya sesuatu yang dinantikan dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Dalam pada itu, jadikan penambahan ahlin keluarga ini sebagai satu picu motivasi untuk memperkukuhkan lagi keadaan kewangan anda!!
" Seronok kan baca. Tapi mampukah kita? Hopefully kita dapat mempraktikkan. Bilakah masa untuk bertiga itu? Hanya dia yang Maha Mengetahui"
Nice sharing...
ReplyDelete