Ramadhan tiba lagi!!! Tak sampai sebulan lagi kita nak bertemu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sudah pastinya sekalian umat mula la sibuk mencari tempat-tempat yang best untuk berbuka puasa. Termasuklah aku. Sekarang masih banyak hotel atau resort yang belum keluarkan flyer buffet ramadhan. Kalau google pun still tunjuk flyer tahun lepas. Tahun 2013 belum ada lagi. Tapi disebabkan nak buat proposal untuk berbuka puasa untuk rakyat Emergency Response Team (ERT) dan untuk mintak sponsor dari vendor/supplier untuk department tahun ni. Terpaksalah menggigihkan diri untuk mencari jugak. Buat masa sekarang just ini jer yang dapat. Semua buffet ramadhan ni di sekitar negeri Melaka sahaja ek. negeri lain tak ambil port. Hehe..
Sila Pilih yang mana menjadi idaman kalbu
Tahun lepas dah pergi. Tahun ni mintak-mintak ade orang yang bermurah hati bagi voucher Hatten Hotel ni. Kawasan cafe indoor tak berapa besar tapi still selesa. untuk keterangan lanjut sila klik SINI
Tak pernah kesini. Ada budget lebih boleh kot.. Lagipun hotel ni berada di kawasan bandar Melaka. Sesak kot nak pergi kesana. Kalau nak tahu kat mana Hotel Casa Del Rio & information pasal hotel ni. Sila klik SINI. Kalau beli voucher dari sekarang hingga 10 July 2013. Beli 5 percuma 1.
Kat sini boleh pergi. Harga kompom-kompom lah murah. Dari awal tahun kononnye nak pergi makan ostrich burger kat sini. Sampai sekarang tak pergi. Buffet ramadhan nanti ade tak burger tu? Tempahan sebelum ramadhan, dapat 20% discount.
A'Famosa resort. Harga moderate tapi jauh la pulak. Hmm..ni kalau nak pergi pon weekend. Kalau weekdays tak sempat kot. Tempahan awal untuk buffet ramadhan sebelum 9 July 2013. Dapat discount.
Still menunggu flyer & promotion buffet ramadhan dari hotel-hotel sekitar Melaka. Especially hotel area Ayer Keroh sebab senang nak pergi. Jalan pun tak sesak. Nak pergi Philea Resort lagi!! Mampukah??
Kalau dah keluar flyer/promotion buffet ramadhan 2013 yang lain di sekitar melaka ni, akan di upload lagi ek.. Selamat berpuasa !!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment