Huh!! Puasa pon tak lagi tapi dah sebok-sebok cari baju raya. Al-Maklum la..kalau orang perempuan time ni la kena tempah baju. Kena hantar awal. Kalau lambat tailor dah taknak ambil tempahan. Hadoi...sekarang pon majoriti tailor dah penuh. Tak nak ambil tempahan lagi dah. Jawabnye kene beli baju ready made je la... Tahun ni tak tahu la baju raya trend ape. Tapi rasenye peplum lagi kot. Tapi di upgrade la dengan bermacam design. Berlayer-layer, patch lace meriah-meriah, berlabuci sakan dll. Tak gitu?
Raya tahun ni nak pakai baju kurung moden je. Dah tempah tailor. Tapi kain tak hantar lagi. Aci tak?? hehe..Yang penting makcik tu siap request. "Jangan beli kain lembik-lembik. nanti susah nak jahit". Acaner tu? Tak kisah la. Janji die nak jahit. Lagipon taknak pon beli kain lembik..Cotton je kot. Selesa dipakai. Tapi kat makcik tu tempah baju je tau. Kain jahit sendiri.. Pelik kan?? Tapi tak rase pelik pon sebab ma tukang jahit. Ma malas nak layan karenah anak pompuan sorang die ni buat baju kurung moden, die suruh tempah ngan orang lain. Konon-konon nak suruh ma tolong jahitkan kain. Tapi silap-silap memang jahit sendiri juga. Sabo jer la.
Ma dah cakap kat makcik tu nak buat baju kurung moden. Kalau nak buat baju lain makcik tu layan ke tak? Rase macam nak buat baju lain jer. Sebab dah ter'usha' baju-baju kat google. Hadoi.. Terbekenan ngan banyak baju. Antaranya:
Ni design baju raya tahun lepas dari hatta dolmat cantiknye..
Dua-dua baju kat atas dari anisa's collection. Rase nak pakai peplum tapi dah tanya husban die kate tak suka. Die reject tapi hati ni tanak reject. cantik kot. Yang kaler mustard tu rasenye ramai yang pakai / guna design ni untuk majlis persandingan. Baju still pattern kurung modern cuma kain kembang-kembang gitu.. Nak!!! Kalau dapat baju ni mesti time raya nanti ramai yang nak bergambar dengan saya. Perasan!!!!!!
Dress camni pon cantik kan. Simple but sweet. Kalau pakai rase macam princess gitu. Tapi still tak keterlaluan. Boleh pakai bila-bila masa jer. Nak jugak la yang ni.
Untuk husband dia just request nak baju melayu johor lepas tu leher nak jahit tulang belut. Ok senang. Beli baju siap. Lepas tu leher tu jahit sendiri tulang belut. Habis cite. (Kalau nak tempah kompom mahal)
Tahun ni tema baju kaler turqoise / Striking baby blue. design memang la berlambak boleh dapat. Tapi colour yang kitorang nak tu ada ker??
No comments:
Post a Comment