Sunday, 28 July 2013

Chocolate Chips Femes Emes

Semalam dah buat biskut badam. Bila dah menjadi rase sangat gembira la. Arini mula la bersemangat nak buat biskut lagi.. Last-last decide nak buat chocolate chips. Amek kertas, amek pen ngadap laptop. Google resipi. Last-last berkenan ngan resepi dari hanidamoss. Salin, pastu terus masuk dapur susun barang-barang nak diperlukan. Ape yang takde tulis atas kertas kuar rumah start motor pegi cari barang kat kedai belakang rumah. Memang sangat ketara tahap semangatnye kan... Pastu singgah 7eleven beli m&m sebab kat kedai tu xde m&m. Walaupon mahal belasah je la dah bersemangat sangat ni kan...

Meh sini nak share sikit resepi die:


Bahan bahan
1. 2 ½ cawan tepung gandum - naz guna 3 cawan
2. 2 cawan gula perang  (kalau guna gula castor sila kurangkan)
3. 250g butter 
4. ½  cawan serbuk koko - naz guna 1 sudu teh chocolate emalco (untuk menggelapkan cookies.xletak pon xpe.
5. 1 biji telur grade apa-apa je, belasah :p
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan tambahan
- Chocolate chip
- Badam (chopped)
- M&M - ni untuk orang kaye cam aku jer rase sakit ati x?Haha
 *boleh je tambah ape2 je. Belasah je la.

Cara-cara
1. Ayakkan tepung gandum baking powder dan soda bikarbonat. Kalau guna serbuk koko ayakkan sekali . Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati.  (kalau guna coklat emalco masukkan time ni)
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips &  kekacang. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit thats why naz guna tepung 3 cawan.
Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius.
Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk (untuk merangupkan cookies).
Sudukan dalam dulang pembakar. Jangan besar2 sangat. Letak jauh2 nanti die mengembang.
Lepas bakar sejukkan atas redai. Pastu simpan dalam balang ke tapawe ke. Kang lemau plak..

Ni gambar before bakar. Lepas bakar lupe nak amek.. Tapi boleh tengok tekstur tepung di before bakar. Memang lembik.

Saturday, 27 July 2013

Raya preparation

Dah masuk ramadhan ke-18 ni baru bersemangat nak buat biskut raya.. Macam-macam resepi dah aku google. Sampai juling bijik mate nak pilih mana satu nak buat dulu. Maklum la first time nak beraya kat rumah sendiri, kene la prepare kalau ade orang datang beraya. Macam ramai sangat je orang nak beraya kat rumah aku nanti. Tapi dah first time buat biskut raya ni kena la buat yang simple dulu. Kalau buat yang susah dulu kompom la tu yang akan menjadi biskut raya yang pertama dan terakhir aku buat. Hehe.. kali ni buat biskut badam dulu.

Biskut Badam
Sumber : Yatiememories

Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur *hentam jer gred ape pon
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cwn badam hancur (lebih pon boleh)
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang
 Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen vanilla
  2. Masukan badam hancur ,tepung jagung dan tepung gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak ( suhu oven 160ÂșC )
Heart shape gitu.. Dah siap sedia untuk dibakar
Haha kantoi...bakar atas tudung periuk very classic gitu. Maklum la orang baru nak menceburi bidang bakar membakar ni. mane nak ade loyang bayak..Pakai je la ape yang ada. FYI oven ni pon pinjam MIL punye tau..Kesian saya. Tak mampu nak beli oven. Huhuhu

Saturday, 13 July 2013

Buffet Ramadhan Di Melaka 2013 (Part 2)

Wah hebat.. sampai ade part 2. Ni semua disebabkan gara-gara permintaan yang nafsu yang tinggi di bulan Ramadhan ni.hehe. Tak payah cakap banyak ek. Tengok je la yang mana berkenan.

1. Philea Resort & Spa

Si idaman hati.. Harga still sama dengan tahun lepas. Sape la yang nak belanja makan kat sini tahun ni.hmmm.. Tapi tahun ni ade steamboat. tahun lepas rasanye xde. Kalau ada maybe terlepas pandang la tu.





EQ ada 2 restorant yang menawarkan buffet ramadhan iaitu Seri Nyonya & Rest House cafe. Harga dua-dua restorant sikit lebih kurang. Tapi aku rase Seri Nyonya best kot. Sebab pernah pergi sana. Makanan dia sedap. Cendol kat situ sedap....





3. Permaisuri Hotel & Resort

Kat Melaka ni ada 2 hotel Permaisuri ni. Satu kat MITC (dulu Ankasa hotel) dan satu lagi bersebelahan dengan Stadium Hang Jebat. Kai sini murah dari hotel-hotel lain.
FYI hanya hotel yang kat MITC je ada sijil halal dari JAKIM. Yang dekat Stadium tu tak ada. Kalau korang yakin boleh la pergi kot...



4. Bayview Hotel

Kat sini Ok gak. Dulu-dulu pernah makan kat sini. Makanan die sedap. Tapi tak tahu la macam mana sekarang. Harga pun murah sikit..



Hotel tak letak promotion ni kat website diorang. Tapi diorang ada bagi email kat aku aritu. Terlambat plak nak post kat sini..Klik SINI untuk tengok email dia.
Harga Adult : RM45.00 nett tapi aku dapat beli dengan harga promotion RM39.00 nett.
Untuk menu klik SINI
Kalau nak senang korang call je orang hotel ni. Aku deal ngan Agnes. Dengan dia ni senang sikit
Amik no telepon die nih : 016-556 1270

Harga
Adult: Rm38.00 nett
Child: Rm28.00 nett
Buy 10 Free 1 - untung nih!! Kalau pergi 11 orang dalam RM34.60 sorang

Tak kesah lah korang nak makan kat mana untuk bebuka tahun ni. Tapi yang penting check dulu kat JAKIM. FYI, restoran2 yang dekat hotal tu tak semua ada sijil halal.  Kalau kat hotel tu ada 5 restoran, maybe 3 je restoran yang diorang apply sijil halal. Nanti ada pulak terpergi ke tempat-tempat yang tak ada sijil halal. Untuk hotel-hotel and restoran besar je la. Jangan pulak korang bingai sangat sampai Warung Mak Jemah pun korang nak check. Memang tak de la...






Sunday, 7 July 2013

Untung la..Ade Orang Sayang..

Untung kan kalau ade orang sayang. Ni cite pasal officemate aku  merangkap musuh ketat.Hehe.. Xde la ketat pon tapi selalu je gaduh. Sebelum die pindah office die duk sebelah aku. Tak kire mase dan keadaan. Asik bercakaran, memaki, membengangkan satu same lain dan macam-macam lagi la. Jangan ade mase terluang sikit pon. Mule la mulut memasing macam bertih goreng. Dah2..cite lain plak.

Budak gedik ni bernama Noor Hafizan (Fizan) Hensem ker? Ade sesape nak tekel ker? Sorry die dah kawen kelmarin. Cite pasal persiapan kawen die ni macam-macam hal. Coz ni last minutes planning. Die ada masa 2 minggu je untuk set up majlis belah lelaki (menyambut menantu). Time tu kesian aku tengok die. Muke dah pucat2, gelabah macam-macam la. Di sebabkan die dah meluahkan rase kelam kabut die tu. Aku and kengkawan yang lain bersetuju untuk sepakat buat goody bag untuk majlis kahwin die tu. Budget yang paling minimum tapi chenteq. Mule la aktiviti mengGoogle gamba-gamba. Masing-masing meluahkan pendapat. Finally kitorang dah decide 1 design yang simple but nice.

Lepas dah decide ape nak buat kitorang cari barang. Goody bag ni nak buat dalam 500pcs. So pergi Cowboy. Kat situ kalau nak kawen macam macam ade pilih je yang mane suke. Barang-barang pun murah. Tak payah nak bersusah payah perni Nilai 3. Padahal harga same je. Ade gak yang lagi murah dari Nilai 3.

First cari bahan mentah.
1. Doily Paper
    Kitorang amek saiz 5.5". Harga RM 3.90 sepeket (200 pcs)
    Beli 3 peket : RM 3.90 X 3 = RM 11.70
2. Paper Bag
    Saiz tak ingat. Harga RM 4.60 sepeket (200 pcs)
    Beli 3 peket : RM 4.60 X 3 = RM 13.80
3. Riben
    Saiz & Kaler bercampuran
    Harga RM 2.60 X 8 = RM 20.80

Total : RM 46.30 Tak sampai RM 50 pon.

Ok. Nak tempah TQ taq memang tak sempat la kan.. Nanti nak tampal bile mase pulak. Ape yang kitorang buat? Just print atas A4 paper. Yang vector/border tu just copy paste (Google). Edit sikit-sikit jer. Edit kat paint jer pastu paste kat Microsoft Word. susun bebetul pastu print. Bile potong pakai cutter. Cepat dan tepat. Tapi ade gak yang senget sikit-sikit. Buat tak nampak je la. Hasilnya jadi camni.


Bab deco-just guna riben. nak tahu cite? Beli barang pada hari jumaat. 28/06/13. Pada masa yang sama 29/06/08 aku balik pahang. Nak di nuat cerita punye la takot kalau xsiap aku sanggup bawak kemana saje riben untuk di ikat. Dalam kete pon aku buat tau.. Sebagai bukti aku amek gak gambar ni.

Ni gambar amek dalam perjalanan dari Pahang ke Negeri Sembilan. Walaupon tangan luke aku gagahi jugak hehehe. Wat ayat sedey plak..
Bile dah sampai Melaka mi la meeting ngan kengkawan nak masukkan ape2 yang patut dalam paper bag tu. Alhamdulillah siap. Hasil kerjasama antara Yanie, Nana, Piqah, Adel dan aku. Penat weh. Rase macam nak tercabut tangan ni. Dan ini lah seba sedikit hasil kerja kami. Hebat kan.. Rase macam nak jadi wedding planner plak. ( - _________ - ) v


Inilah hasil kerja/sumbangan kami untuk kau Fizan Oiiii..
cc. Deq wan, Masha, Kak Fida, Nana, Yanie, Dian, Piqah, Adel
sesape yang tak tersenarai kat sini sila bgtau ek..Tak ingat la..