Tuesday 19 March 2013

Penjagaan Kulit Ekzema

" Artikel ni terperasan dari Utusan Malaysia. Ada cerita di sebalik artikel ni. My hubby pernah satu ketika dulu mengidap / terkena sakit ni. Tapi dia punya sakit bukan yang jenis melarat besar-besaran tu, Just ada setompok-setompok. Macam kat kaki, tangan  betis, kalau silap makan ke ape ke akan jadi semakin besar dan tumbuh kat tempat lain termasuk telinga dan bibir. Tapi Alhamdulillah sekarang dah baik sepenuhnya. Macam-macan dah buat. Klinik tak payah cakap la.. Pakar pon dah jumpa. Tapi tak ada tanda-tanda perubahan kekal cuma untuk mengawal & memberi kelegaan buat seketika. Kalau malam terpaksa berjaga coz kena monitor dia supaya tak menggaru tempat gatal tu. Kalau dah teruk sangat sifat menggaru tu terpaksa balut dengan bandage atau pakai stokin. Seksa tengok keadaan dia time tu. Pernah berubat kampung tapi lepas tu kami mencuba Jerslin Oil sebab ramai cakap minyak ni berkesan. Alhamdulillah sesuai dan hingga ke hari ini tiada lagi kegatalan. Nanti je la kita post pasal Jerslin Oil ni ek. Kali ni kita share information pasal Ekzema ni."
*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
     Ekzema merupakan penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih. Bagi ekzema pada tahp ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh megakibatkan pendarahan. Menurut pakar Dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20% sejak tahun 2001 terutama yang melibatkan kanak-kanak.
     Ekzema atopik di ramalkan akan memberi kesan sehingga 14% kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan di sebabkan perubahan cuaca. Lain-lain faktor termasuk pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
     Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan. Melainkan mereka yang mempunyai seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa.
     Kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23% daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembab dan 29% tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Petua Untuk Menjaga Kulit Ini:

Hadkan penggunaan produk isi rumah
Sabaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih detergen, losen lepas mencukur, sabun gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit.
Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembab pada kulit anda. Ini dapat mengekalan tahap kelembapan kulit.

Amalkan ubat doktor
Apabila keadaan ekzema anda sudah bertambah buruk, gunakan ubat yang diberikan doktor. Jika perlu dapatkan nasihat doktor segera sekiranya keadaan masih tidak pulih selepas tiga minggu ubat itu digunakan.

Losen pelembab
Menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembab yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Bentuk krim ini sesuai untuk kulit bermasalah khasnya kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembab dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkan setiap hari.

Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembab untuk menangani kegatalan tersebut. Memakaikan sarung tangan pada bayi mereka magi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan

Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit sudah pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment