Saturday, 23 March 2013

Tutorial Langsir Eyelet Mudah

Haritu dah cite pasal langsir baru kat SINI. Dah boring-boring ni curi-curi buat tutorial langsir yang sangat simple ni. Ini untuk sliding door.

Firstly potong langsir ikut ukuran yang dikehendaki. Untuk lipat dibahagian bawah lebihkan antara 2-4 inci. Kalau lipat kecil tak cantik untuk langsir. Biasanya dalam 3-4 inci. tengok la kepada kesesuaian. Labuh langsir pun kene lebih antara 1-3 inci. Biar nampak macam meleret sikit. Kalau ngam2 xberapa cantik coz nampak macam tergantung. Lepastu jahit tepi. Kalau tak nanti berbulu pulak langsir tu. Kelim kiri dan kanan 1 inci dan bawah ikut kesukaan anda. Kalau rase nak cantum bagi besar pon boleh. Yang naz buat ni sekeping aku cantum 2 bidang kain. So, langsir tu besar sikit la.
Untuk bahagian atas untuk letak tape tu. lebihkan ½inci. Nanti basi jahitan adalah ½inci. Peniti tape dengan langsir dulu sebelum jahit. Nanti senget pulak.

Bila langsir siap dijahit jadi cenggini
**Note: Pastikan bulatan ada pasangan atau dengan kata mudahnya dalam angka genap. Kalau ganjil,nanti bila gantung yang hujung tu jadi xcantik (terkeluar). Kalau terjadi bilangan lubang xgenap, korang kelim/lipat sikit tape tu. Adjust sampai jadi genap.
Lepas tu ambil gunting, gunting bahagian dalam ring tu. Biar ada basi kain jangan rapat sangat dengan ring. Nanti takut time dah masukkan ring kain terbukak pulak.
Dah tu bila dah siap jadi cenggini. Ada lebihan sikit. Potong buruk2 pon xpe. Nanti dah cover dengan eyelet dah xnampak buruk tu.hehe

Lepas tu letak ring di bahagian yang tak terbalik tu masukkan dalam ring. Ketuk dengan hati2. Nanti ring pecah. Time naz buat ni ade 2/3 ring jugak la yang pecah. Ganas..Ganas..
(Hati-hati nak cantik sebelum ketuk tu pastikan ring tu di lapik dengan kain. Nanti bercalar-calar pulak. Dah xcantik)

Tara..Ni la hasil nya..Senang kan. Xpayah hantar kat kedai. Buat sendiri pon boleh. Boleh jimat tu... Nanti boleh beli banglow baru kalau kite berjimat.kehkehkeh

Bila dah gantung jadi macam ni la..Cantik x?
 

9 comments:

  1. saya mencari gelang eye let tu.... kat mana boleh beli..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelang ni ada jual kat Nagoya, Kamdar, kedai2 langsir biasa pon ada.
      Yang jenis tape ni xsilap RM3 semeter. Yang bulat sebijik2 tu 80sen satu.
      Nak raya ni maybe harga lagi murah kot.

      Delete
  2. Salam..nice review..nak tanya sket..mmg kena letak ke tape tu..kalo x letak, xleh? N kalo wat langsir ni mmg kena 2 lapis ke..maksud sy, yg jarang tu kena ada gak eh? Tgh mencari idea nk wat langsir eye let ni..tp x bape faham TnC nye..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x letak tape pon boleh. Tapi eyelet without tape tu jenis lain sikit ade corak2.Lagi cantik la. Tapi kene pandai adjust kain. Coz nanti kene lipat melipat. Banyak orang post pasat tutorial tu. Haritu tengok eyelet tu harga 80sen sebiji. Xsilap sekeping langsir guna 16biji eyelet. Kalau sliding guna 2 keping bermaksud kene pakai 32 biji eyelet. Tapi biasanya orang letak tape @ pengeras kain. Kalau lembik kat bahagian atas takut xcantik.Nanti melayut kebawah kalau kain tu berat.

      Yang day curtain tu xletak pon xpe. Saya pasang sebab senang nak selak langsir, cahaya xterang sangat masuk dalam rumah lagipon xde la orang luar dapat tengok direct ke dalam rumah (cam samar-samar je)

      Delete
  3. Salam.. Nak tanya.. Mcm mn u psg day curtain (lining) tu? Pakai railing ke? So kalau nk ade day n night curtain kne satu railing then satu lg pki rod tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Day curtain tu saya gantung pakai railing & night curtain tu pakai rod. Tapi kalau beli rod jenis besi macam yang saya guna,die datang dalam 2 line (lagi 1 rod simpan dalam store hehehe). Nanti boleh gantung day&night curtain sekali kat situ. Tak payah beli railing. Rod jenis kayu saya tak pasti macam mana.

      Delete
  4. saya nak tanya ring kuning tu pasang sebelah sahaja ke?atau depan belakang... bila menggunakan pita yg sedia ada ring..maknanya x payah lipat kain utk tutup sebelah belakang la yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ring pasang bahagian depan sahaja. Belakang tak pertu. Lagipun time gantung nanti tak nampak pun bahagian belakang tu.

      Delete
  5. Salam, tumpang iklan sis..Penebuk Langsir Eyelet!!!
    Dengan mesin penebuk lubang eyelet,kerja anda MUDAH,CEPAT & KEMAS!!!!!
    Dapatkannya sekarang...just punch sahaja,terus terbentuk bulatan yg kemas & cantik..xperlu gunting gunting..
    Call/whatsapp 0199380263
    (Serious buyer only). Sila rujuk fb "eyelet penebuk langsir"

    ReplyDelete