Bila dah buat mesti la sedap kan..bawak gi office lagi. Bagi kengkawan merasa. Al-maklum la.. first time buat. Boleh kawan2 komen. Alhamdulillah majoriti bagi komen yang positif. Boleh la kongsi2 resipi.
Bahan :
a. Tepung Custard 3 sudu ~ naz letak 4 sudu
a. Tepung Custard 3 sudu ~ naz letak 4 sudu
b. Gula 5~7 sudu ~ naz letak 6 sudu
c. Susu cair 1 tin
d. Kek Swiss roll agak2 cukup
e
. Buah dalam tin ~ naz tambah nata de coco
f. Agar-agar Nona sekotak ~ naz guna Jelly crystal perisa rasberry.
g. Buah2 untuk hias atas (ikut suka) ~naz xletak
Cara :
- Potong kek swiss roll sama saiz n hias dalam bekas clear. Siram sedikit kek dengan air buah dalam tin. Sikit2 jer nanti banjir pulak. (Naz letak dalam bekas2 kecil sesuai untuk seorang makan)
- Boil susu cair dgn api perlahan dan tambahkan gula secukup rasa.
- Sambil boil tu, larutkan tepung custard dalam bekas lain dgn setengah tin air. (agak2 dalam 1 cawan). **tepung custard tu kene masukkan sesudu demi sesudu.. kalau x nanti tak larut sepenuhnya. Then, masukkan larutan tepung custard tadi dalam susu sedikit demi sedikit. Kacau bagi mengelakkan custard berketul2.
- Tutup api bila agak2 susu dah masak.
- Tuangkan larutan susu + tepung custard di atak kek. (Sejukkan seketika kalau x, nanti buah2 semua tenggelam dalam custard)
- Letakkan buah-buahan tin atas custard (buah je, air dia buang)
- Tuangkan agar-agar. (arahan buat agar2 kat blakang kotak)
Custard di sejukkan dalam peti ais. Time ni xbeli jelly lagi sebab tu simpan. Petang baru letak jelly.
* Family kecil cukup untuk bancuhan ni. Kalau ramai silalah gandakan sukatan. Sekian...
No comments:
Post a Comment