Sunday, 31 March 2013

Rahsia Kubis Merah

  

  Kobis merah sering di gunakan untuk membuat salad. Namun kubis ini boleh dimakan mentah atau masak. Ia boleh di campurkan dengan ayam, sosej dan buah-buahan bagi menambah kelazatan menikmatinya.
    Namun begitu, kebanyakan daripada kita biasa dengan kubis bulat dan kubis cina bewarna putih yang sering di goreng atau rebus, tetapi tidak ramai yang biasa menggunakan kubis merah untuk menyediakan juadah.
    Sebenarnya, kubis merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri setanding dengan kecantikan warnanya - ungu dan merah.
    Kubis merah atau nama saintifiknya Brassica oleracea var. capitata f. rubra adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan bewarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup. Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika di belah, ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang mebuat sayur ini kelihatan mempersonakan.
    Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan megelakkan risiko mendapat kanser.
    Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflabin, potasium dan serat diet. Secawan kubis yang di kisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.
   Selain itu kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya lebih bagus kita menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnye secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik megukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates.
 
" Bestnye.. ni yang kene pergi Cameron Highland ni. Borong kubis banyak2. Hehe "
 
Sumber: Sinar Harian

Friday, 29 March 2013

Makanan Sihat Untuk Jantung

Sakit jantung dikenal pasti sebagai punca kematian utama dalam kalangan rakyat negara ini. Terdapat tanggapan bahawa sakit jantung hanya dihidapi mereka yang mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi atau penghidap diabetis. Tanggapan ini silap kerana sakit jantung boleh dialami sesiapa saja yang tidak menjaga jantungnya dengan baik.
    Terdapat beberapa panduan yang boleh diamalkan bagi menjaga kesihatan jantung. Antaranya:

Hentikan tabiat merokok atau minta rakan anda berhenti merokok.
    Merokok boleh menghadkan peredaran darah dalam badan. Ia menyebabkan badan memerlukan lebih banyak vitamin A, C dan E. Tabiat merokok mengakibatkan tekanan darah tinggi, masalah jantung dan denyutan jantung tidak sekata. Jika anda tidak mampu meminta rakan anda berhenti merokok, anda perlu cuba berada di persekitaran yang bebas daripada asap rokok kerana menghidu asap rokok turut menambah risiko serangan sakit jantung sebanyak 30 peratus.

Beringat ketika makan atau mengamalkan diet seimbang
    Makanan seperti daging yang berlemak, keju, makanan bergoreng, mentega dan kek dikenal pasti mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi. Banyakkan makan ikan, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Jika perlu, ikan itu dikukus, dibakar atau dipanggang. Elak makan makanan ringan seperti snek, makanan yang banyak mengandungi MSG dan minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan coklat.

Ketahui tahap kolestrol dalam badan
    Anda memerlukan jumlah kolestrol yang kecil dalam badan bagi menghasilkan urat saraf dan hormon. Kadar yang biasa antara 4.5 dan 5.5.

Kekalkan berat badan sesuai
    Berat  badan yang berlebihan dan kegemukan boleh membawa kepada peningkatan risiko kematian yang cepat kerana masalah kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Satu-satunya cara mengurangkan berat badan secara selamat ialah mengamalkan senaman dan mengubah suai tabiat pemakanan.

Lakukan senaman sebagai gaya hidup
    Jantung turut memerlukan senaman agar dapat sentiasa bertenaga dan mampu menjalankan fungsinya. Ketidakcerdasan akan menyebabkan darah menjadi beku dengan cepat.,

Amalkan gaya hidup bersantai
    Belajar untuk hidup secara bersantai dan tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu hobi atau riadah. Sikap agresif dan tidak bersabar akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Pemilihan telur, ayam dan daging
    Elak memakan kulit ayam kerana ia mengandungi lemak yang tinggi. Buang kulit ayam sebelum memasak atau menggorengnya. Hindari kuning telur kerana ia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Makan sejumlah kecil daging dan elakkan daripada memakan bahagian dalaman daging seperti usus, limpa, hati dan sebagainya. - FOMCA

Monday, 25 March 2013

Resepi Trifle

Semalam dengan rajinnya duk rumah sorang-sorang memandangkan en.husben keje. Teringat kat puding trifle yang telah diGOOGLE resepi last week. Berkobar2 rasenye nak buat. Siap-siap keluar pergi kedai kat belakang rumah beli bahan. Excited punye pasal..xboleh tunggu dah!!
Bila dah buat mesti la sedap kan..bawak gi office lagi. Bagi kengkawan merasa. Al-maklum la.. first time buat. Boleh kawan2 komen. Alhamdulillah majoriti bagi komen yang positif. Boleh la kongsi2 resipi.

Bahan :
a. Tepung Custard 3 sudu ~ naz letak 4 sudu
b. Gula 5~7 sudu ~ naz letak 6 sudu c. Susu cair 1 tin
d. Kek Swiss roll agak2 cukup
e . Buah dalam tin ~ naz tambah nata de coco

f. Agar-agar Nona sekotak ~ naz guna Jelly crystal perisa rasberry.
g. Buah2 untuk hias atas (ikut suka) ~naz xletak
 
Cara :
  1. Potong kek swiss roll sama saiz n hias dalam bekas clear. Siram sedikit kek dengan air buah dalam tin. Sikit2 jer nanti banjir pulak. (Naz letak dalam bekas2 kecil sesuai untuk seorang makan)
  2. Boil susu cair dgn api perlahan dan tambahkan gula secukup rasa.
  3. Sambil boil tu, larutkan tepung custard dalam bekas lain dgn setengah tin air. (agak2 dalam 1 cawan). **tepung custard tu kene masukkan sesudu demi sesudu.. kalau x nanti tak larut sepenuhnya. Then, masukkan larutan tepung custard tadi dalam susu sedikit demi sedikit. Kacau bagi mengelakkan custard berketul2.
  4. Tutup api bila agak2 susu dah masak.
  5. Tuangkan larutan susu + tepung custard di atak kek. (Sejukkan seketika kalau x, nanti buah2 semua tenggelam dalam custard)
  6. Letakkan buah-buahan tin atas custard (buah je, air dia buang)
  7. Tuangkan agar-agar. (arahan buat agar2 kat blakang kotak)


Custard di sejukkan dalam peti ais. Time ni xbeli jelly lagi sebab tu simpan. Petang baru letak jelly.
 * Family kecil cukup untuk bancuhan ni. Kalau ramai silalah gandakan sukatan. Sekian...

 

Saturday, 23 March 2013

Tutorial Langsir Eyelet Mudah

Haritu dah cite pasal langsir baru kat SINI. Dah boring-boring ni curi-curi buat tutorial langsir yang sangat simple ni. Ini untuk sliding door.

Firstly potong langsir ikut ukuran yang dikehendaki. Untuk lipat dibahagian bawah lebihkan antara 2-4 inci. Kalau lipat kecil tak cantik untuk langsir. Biasanya dalam 3-4 inci. tengok la kepada kesesuaian. Labuh langsir pun kene lebih antara 1-3 inci. Biar nampak macam meleret sikit. Kalau ngam2 xberapa cantik coz nampak macam tergantung. Lepastu jahit tepi. Kalau tak nanti berbulu pulak langsir tu. Kelim kiri dan kanan 1 inci dan bawah ikut kesukaan anda. Kalau rase nak cantum bagi besar pon boleh. Yang naz buat ni sekeping aku cantum 2 bidang kain. So, langsir tu besar sikit la.
Untuk bahagian atas untuk letak tape tu. lebihkan ½inci. Nanti basi jahitan adalah ½inci. Peniti tape dengan langsir dulu sebelum jahit. Nanti senget pulak.

Bila langsir siap dijahit jadi cenggini
**Note: Pastikan bulatan ada pasangan atau dengan kata mudahnya dalam angka genap. Kalau ganjil,nanti bila gantung yang hujung tu jadi xcantik (terkeluar). Kalau terjadi bilangan lubang xgenap, korang kelim/lipat sikit tape tu. Adjust sampai jadi genap.
Lepas tu ambil gunting, gunting bahagian dalam ring tu. Biar ada basi kain jangan rapat sangat dengan ring. Nanti takut time dah masukkan ring kain terbukak pulak.
Dah tu bila dah siap jadi cenggini. Ada lebihan sikit. Potong buruk2 pon xpe. Nanti dah cover dengan eyelet dah xnampak buruk tu.hehe

Lepas tu letak ring di bahagian yang tak terbalik tu masukkan dalam ring. Ketuk dengan hati2. Nanti ring pecah. Time naz buat ni ade 2/3 ring jugak la yang pecah. Ganas..Ganas..
(Hati-hati nak cantik sebelum ketuk tu pastikan ring tu di lapik dengan kain. Nanti bercalar-calar pulak. Dah xcantik)

Tara..Ni la hasil nya..Senang kan. Xpayah hantar kat kedai. Buat sendiri pon boleh. Boleh jimat tu... Nanti boleh beli banglow baru kalau kite berjimat.kehkehkeh

Bila dah gantung jadi macam ni la..Cantik x?
 

Wednesday, 20 March 2013

Preloved Item

Omputih panggil preloved tapi kalau orang melayu kite ni panggil bundle je sume orang tahu. Tak tahu la ape tanggap orang lain tentang pakaian bundle ni. Tapi bagi aku la. Ok jer janji boleh beli bende2 cantik dengan harga murah tapi kualiti baik..
Nak di jadikan citer, balik ke je tadi tengok kat atas katil ade 2 helai suar pompuan. Alamak!! laki aku bawak balik pompuan ker?? (Jahatnye pemikiran) Pastu kuar bilik.

En.husben: "Pegi try suar dalam bilik tu. Muat tak?"
Aku: (Masuk bilik semula pastu terus try. Kuar semula.) "Ok abang. Ngam2 jer. Suar sape ni?"
En. husben: "Bini budak kilang punye. Lepas beranak dah tak muat dah..Die jual RM40 selai. Nanti abang mintak kurang la"
Aku: "Owh..Kalau macam tu abang tolong jual la suar Levis sayang tu. Berapa kali je pakai tak selesa la. Cutting pinggang die lain je dari suar2 yang sayang ade tu"(Terus bawak kuar seluar tu)
En. husben : "Jangan nak mengada2. Cantik lagi suar ni. Dah2 lepas ni diet biar boleh pakai"
Aku : (Hadoi..tekono la plak sabo jer la)

(Sebenarnya suar yang kate suruh my husben jual tu pakai bape kali jer. Pinggang die tak best sangat. Tak tahu la kalau dah gemok. Tapi suar lain2 ok jer. Boleh pakai dengan selesa.)

Ni la hasilnya.. Dapat 2 helai tapi dua2 kene potong coz panjang. Al-maklum lah! xcukup inci. Kene la potong sikit. Nanti la potong. Tunggu balik kampung. Nak potong sendiri malas. Huhu
Ni la suarnye. Dua-dua suar levis


Tak tahu la kalau orang lain xsuka kalau pakai suar bundle ni. Naz rase ok jer coz time belaja2 dulu kitorang 1 rumah ok jer pergi borong baju2 bundle. Biasa la. Nak beli baju mahal2 mane ade duit. Pakai baju bundle sudah. Janji cantik.. Tapi pastikan basuh bersih2 dulu baju yanng beli kat bundle tu. Kalau beli dari kawan2 ni xperlu la. Kite pon tahu die jaga pakaian die macam mana. Kalau dari orang yang tak dikenali lebih baik berjaga2. Seeloknya rendam air panas. Kalau rasa macam xberani jugak nak pakai baju bundle dinasihatkan jangan. Korang beli baju baru je la. Tak payah susah-susah nak pikir panjang.

Tuesday, 19 March 2013

Penjagaan Kulit Ekzema

" Artikel ni terperasan dari Utusan Malaysia. Ada cerita di sebalik artikel ni. My hubby pernah satu ketika dulu mengidap / terkena sakit ni. Tapi dia punya sakit bukan yang jenis melarat besar-besaran tu, Just ada setompok-setompok. Macam kat kaki, tangan  betis, kalau silap makan ke ape ke akan jadi semakin besar dan tumbuh kat tempat lain termasuk telinga dan bibir. Tapi Alhamdulillah sekarang dah baik sepenuhnya. Macam-macan dah buat. Klinik tak payah cakap la.. Pakar pon dah jumpa. Tapi tak ada tanda-tanda perubahan kekal cuma untuk mengawal & memberi kelegaan buat seketika. Kalau malam terpaksa berjaga coz kena monitor dia supaya tak menggaru tempat gatal tu. Kalau dah teruk sangat sifat menggaru tu terpaksa balut dengan bandage atau pakai stokin. Seksa tengok keadaan dia time tu. Pernah berubat kampung tapi lepas tu kami mencuba Jerslin Oil sebab ramai cakap minyak ni berkesan. Alhamdulillah sesuai dan hingga ke hari ini tiada lagi kegatalan. Nanti je la kita post pasal Jerslin Oil ni ek. Kali ni kita share information pasal Ekzema ni."
*  *  *  *  *  *  *  *  *  *
     Ekzema merupakan penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih. Bagi ekzema pada tahp ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh megakibatkan pendarahan. Menurut pakar Dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20% sejak tahun 2001 terutama yang melibatkan kanak-kanak.
     Ekzema atopik di ramalkan akan memberi kesan sehingga 14% kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan di sebabkan perubahan cuaca. Lain-lain faktor termasuk pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
     Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan. Melainkan mereka yang mempunyai seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa.
     Kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23% daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembab dan 29% tidak menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.

Petua Untuk Menjaga Kulit Ini:

Hadkan penggunaan produk isi rumah
Sabaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih detergen, losen lepas mencukur, sabun gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit.
Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembab pada kulit anda. Ini dapat mengekalan tahap kelembapan kulit.

Amalkan ubat doktor
Apabila keadaan ekzema anda sudah bertambah buruk, gunakan ubat yang diberikan doktor. Jika perlu dapatkan nasihat doktor segera sekiranya keadaan masih tidak pulih selepas tiga minggu ubat itu digunakan.

Losen pelembab
Menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembab yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Bentuk krim ini sesuai untuk kulit bermasalah khasnya kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembab dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkan setiap hari.

Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembab untuk menangani kegatalan tersebut. Memakaikan sarung tangan pada bayi mereka magi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan

Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit sudah pulih sepenuhnya.

Monday, 11 March 2013

Hari Penat + Beronok-ronok

Hari sabtu lepas kitorang basuh rumah buat kali yang kedua. Punya la penat. Dari pukul 8 pagi basuh dalam pukul 2 petang baru siap. Hadoi..sakit pinggang, sakit kaki, lenguh tangan, lenguh pinggang, macam2 sakit la. Konon2 nak basuh area ruang tamu & master bedroom je. Tapi dah alang2 basah basuh je la semua. bilik belakang dah ade barang. Kene la tunggu bilik dah kering baru la angkat barang ke depan. Punye la penat.. Dah siap tu terus siap2 nak pergi makan tengah hari. Pastu en. husben cakap. "Tanak terus beli lampu kat dapur tu ke? Nanti nak masak gelap. Kite beli sekali dengan lampu kat depan." Hmmm..dah die bagi green light ape lagi. Jom sajela.. Kitorang pergi beli kat Novalighting cheng. Untuk dapur naz beli pedant light yang ade gantung-gantung 3 biji silinder. Untuk ruang tamu just beli yang simple tadi berLED. Kira2 plus mentol dapat RM370.
Selesai bab lampu. Lepas tu pergi makan kat restoran ikan bakar Malim.

Tengah-tengah makan saje buat2 tanye. "Abang, kite tanak tengok2 perabot ker? Boleh pergi survey. Kalau tak beli pon tak pe. Mane boleh marah customer".
En. husben senyum tanda setuju. Lepas makan die terus ke area semabuk. Kat situ banyak kedai perabot. Last2 pergi cavenzi. Terberkenan ngan sofa berkaler merah. Harga kalau 3+2+1 RM1499 tapi rumah kitorang mane boleh masuk 3+2+1. 3+2 boleh la. Bila tanye orang tu bagi 1290. Die tanye bajet berapa. Kitorang cakap RM2000. Terus la orang tu offer sofa2 yang harga ikut bajet kitorang tu. Pastu my husben cakap la..memang la bajet RM2000 tapi untuk meja makan sekali. Mula2 macam frust jer akak tu.haha..Die bawak kitorang tengok meja makan yang boleh ikut bajet kami tu. Kitorang suke je meja tu tapi biasanta meja makan ada kaca kat atas. Tu die xprovide. Naz xkesah coz dah tau nak buat kaca tu kat mana. Biasalah kalau keja under maintenance ni. Vendor ramai. Huhuhu.. Selesai bab meja. kira2 semua RM2050. Mula mintak kurang jadi 1.9K die tanak bagi. En. husben bab2 tawar menawar ni gile sikit. Macam2 die mintak coffee table la, itu la ini la..last orang surrender. Die cakap amek barang lagi nanti die boleh bagi murah. Memang nak beli cabinet tv. dah die cakap macam tu. Kitorang amek kabinet tv 5". Harga dalam RM799 kalau xsilap. Tapi dia bagi harga plus sofa & meja makan RM2500. Barang kitorang suruh hantar hujung bulan 4 lepas siap kemas rumah

Time nak balik siap kene main dart untuk dapat cabutan. Ni lah hasilnye..

Thursday, 7 March 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Since aku dengar kawan-kawan semua dah mengandung terpikir gak. Aku bile pulak nak mengandung ni? Sedih gak kan. Dah hampir 2 tahun kami berkahwin. Tapi belum dikurniakan cahaya mata. Dulu masa 1st anniversary macam berkobar-kobar nak jumpa doktor check kesuburan la ape la. Tapi masa kurang mengizinkan. Tambah-tambah tme tu sibuk nak cari rumah sampai lupa misi awal. Rase sedih juga kan..Tapi nak buat macam mana kalau dah bukan rezeki kami. Start dari sekarang dah boleh berusaha untuk dapatkan baby. Maklum lah segala keperluan asas dah tersedia. Kereta dah ada, rumah pon dah beli. Ape lagi..Hanya lengkapkan kehidupan kami dengan cahaya mata disamping mencari harta dunia mahupun akhirat. Sekarang dah mula bertindak. Dah banyak membaca pasal kehamilan. Sebelum ni pakai hentam kromo jer. Suke2 je assume waktu subur. Padahal totally salah. Nampak sangat bodoh!! Nasib baik sedar awal walaupun dah lewat. Dah mula mencatit menanda masa period kat kalendar. Dah mula tanya-tanya senior/orang yang lebih berpengalaman, kumpul-kumpul segala information. Yang paling best boleh print out calendar ovulation time. Korang pandai-pandai search la ek. Nanti boleh tampal kat dinding and planning untuk projek mega.ngehngehngeh

Produk untuk membantu proses kehamilan.
Aku bermula dengan ini. Sekarang popular dengan produk lifegel. Dah order 3 pcs dekat http://goldenbeauteempire.blogspot.com dah survey banyak tempat setakat ni dia yang paling murah. Kat luar harga RM80/tube. Tapi kat situ RM68/tube. Tapi kalau beli 10 tube harga lagi murah. Tak mampu kot nak beli banyak-banyak. Beli 3 tube cukup lah..Life gel ni untuk membersih kawasan vagina,menyuburkan, bla bla bla..Cara-cara nak guna dia agak menyeramkan jugak la coz kena masukkan dalam faraj. Tapi die kecik je. Dah nak baby kan kene la buat gak. Tengok la nanti. Camne la aku nak guna mende ni.huhu Takot..

Ni ha kotak die. Tak sabar nak tunggu mende ni sampai..

Life Gel Produk

Rase-rasenye nak beli Ovulation Prediction Kits (OPK) sekarang still search kat mana yang murah. Nanti dah selesai activiti mengcompare harga, naz post kat mana boleh dapat ek. Stakat ni guna life gel dulu.

Saya Kehilangan Sepupu

Segala qada' dan qadar sudah di tentukan olehNya yang maha berkuasa dan maha mengetahui. Semalan kira-kira pukul 10++malam doktor mengesahkan saya kehilangan sepupu. Merupakan anak sulung kepada maksu (sebelah ibu) umur xberapa pasti. Tapi dalam darjah 3/4 kot. huhu kurang pasti.

Tragedi bermula apabila sepupu ;sarah mengikut bapa saudara (pak de) pergi memancing di sungai / parit coz sungai tu xbeapa besar berdekatan dengan rumah. Tengah asyik pak de memancing dia sedar yang sarah tak ada disitu. Dia berkemas balik ke rumah dan bertanya kepada orang di seliling samaada sarah  dah balik keseorangan. Semua cakap tak nampak sarah. Pak de mengesyaki sesuatu. Terus kembali ke tempat kejadian masuk ke dalam sungai tu dan menyelam sambil memeriksa dasar tebing sungai tu. Alangkah terkejutnya bila menjumpai anak saudara dalam keadaan lemas berada di dasar sungai. Dengan segera membawa sarah yang lemah dan kaku ke hospital. Sampai di hospital doktor berusaha keras untuk membantu. Hingga lah pada pukul 10++ malam tadi dia disahkan meninggal dunia. Allah lebih sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Terasa semacam tak percaya pun ada bila dapat berita kematian sarah. Maklum la umur muda lagi. lagipun dalam family kami belum ada yang meninggal dalam usia yang muda. Apa yang terjadi telah tertulis. Seharusnya kami redha dengan ketentuan Illahi. Kita yang masih hidup seharusnya beringat dan bersedia. Kita tak mengetahui berapa panjang umur kita. Hanya DIA yang maha mengetahui. Siap sedia dengan segala bekalan untuk ke SANA kelak..


Ini je gambar sarah yang ada tapi pada Tahun 2010

Tuesday, 5 March 2013

Melunakkan Suara

 
Petua ini sering di amalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ialah ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau nipis itu perlu dicampurkan dengan sedikit gula batu. Kemudian minum ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum menggosok gigi di sebelah pagi.


Melembutkan Kulit Wajah


Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5 hingga 10  minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan berselawat sebanyak 3 kali. Amalkan Seminggu sekali untuk hasil memuaskan.

Sumber: Sinar Harian

Mengharumkan Badan

Kisar 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air. Lakukan sekali dalam seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan Insya-Allah masalah anda akan selesai.


Sumber : Sinar Harian